DIALEKTIKA: MAT INDERA PEJUANG BUKAN PETUALANG

Mat Indera pejuang, bukan petualang Ketika timbul kontroversi mengenai Mat Indera tidak lama dahulu, ada seorang profesor memberi pendapat, bahawa Mat Indera pada mulanya adalah seorang pejuang, kerana pernah menjadi salah seorang pemimpin API di Muar, Johor. Akan tetapi, apabila kemudian dia masuk PKM dan berjuang bersama-sama dengan komunis, maka dia telah berubah menjadi petualang. Antara alasan profesor itu adalah bahawa PKM bukan pejuang kemerdekaan, sebaliknya merupakan golongan yang didalangi oleh kuasa luar dan mahu menjadikan Malaya sebuah negara komunis. Selaras dengan itu, komunis (PKM) juga dikatakan antiraja dan antiagama. Jika komunis berkuasa, bukan saja Malaya akan menjadi republik, malah kebebasan beragama juga akan hilang. Pendapat profesor ini saya kira banyak berasaskan andaian saja dan bukan berdasarkan fakta sejarah. Dari segi fakta sejarah, PKM adalah pihak yang kalah. Jadi soal PKM mendirikan republik komunis, membuang raja dan menyekat kebebasan ber