ALFATIHAH UNTUK KAWAN LIJAH

Kawan Lijah, puteri terpuji rakyat marhaen Pattani, Selatan Thailand telah pergi menghadap Illahi pada hari Khamis 23 Februari 2012 dalam usia 76 tahun. Jenazahnya dimakamkan di tanah tumpah darahnya, Kampung Jambu, Pattani. Allahyarhamah mengidap sakit buah pinggang yang kemudian merebak menjadi radang paru-paru. Allahyarhaman meninggalkan dua orang anak, seorang putera dan seorang puteri. Suaminya, Allahyarham Dolmat telah meninggal dunia pada 24 April 2010. Kawan Lijah atau nama sebenarnya Limah Karim hidup menderita di bawah penindasan masyarakat kapitalis dan sistem feudal yang memandang wanita sebagai kaum darjat rendah. Beliau tertarik dengan kisah perjuangan wanita dalam angkatan AWAS. Dengan demikian beliau berketetapan hati untuk ikut berjuang bersama anggota AWAS dalam Rejimen Ke-10 pada akhir tahun 60-an. Dalam perjuangan bersenjata yang kusut masai, Kawan Lijah telah memperlihatkan semangat seorang serikandi terpuji, pantang menyerah dihadapan mara bahaya dan susah p