BAGAIMANA IMPERIALIS BRITISH MENGUASAI SINGAPURA DAN JOHOR
Setelah memperoleh Pulau Pinang, penjajah British mengalihkan pula perhatiannya untuk mencari sebuah pangkalan yang lain yang lebih strategik kedudukannya. Kali ini mereka mahu mencapluk pulau Singapura pula. Pada masa itu, Johor, Singapura, Pahang, Riau dan Lingga merupakan sebuah negara kesatuan dengan pusat pemerintahannya bertempat di Riau. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah, Sultan Kerajaan Riau telah mangkat. Ini memberi peluang kepada British untuk memasukkan jarumnya. Pengganti Sultan sepatutnya Tengku Husin, akan tetapi yang dilantik sebagai sultan yang baru ialah adiknya, Tengku Abdul Rahman. Stamford Raffles yang mewakili kepentingan Kompeni Hindia Timur ketika itupun tak lengah-lengah lagi. Dia lalu menghubungi Tengku Husin dari Riau melalui Temenggong Abdul Rahman yang merupakan wakil Kerajaan Riau yang mentadbir Johor dan Singapura ketika itu. Dalam rungingan tiga pihak itu, Tengku Husin dan Temenggong Abdul Rahman, pihak British berjanji akan mengangkat Tengku Husin