Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

SAJAK: DIA KEKASIHKU

Imej
Dia kekasihku  (Mengenangi Kawan Agus) Putera Gunung Tahan Waris datuk Bahaman Pembawa obor patriotisma Pejuang buruh yang berani Penyebar percikan api perjuangan Bangun menentang kezaliman Dia pejuang kemerdekaan Dalam tubuhnya mengalir darah satria Berjiwa patriotik Bernadi marhein Bermata tajam Menerjah setiap kezaliman Mengenali ketidakadilan Semangatnya …0 Kental – tak tunduk pada pujukan Berani – mendepani kekejaman lawan Teguh – pada tekad dan azam Tabah – kesusahan diremeh dipijak-pijak Penyakit dianggap ujian Ilahi Kawan Agus Pemegang panji komunisma Perajurit berani regimen 10 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya Pengawal jujur lagi setia “empat disiplin sepuluh peringatan” Disemat kukuh dalam dada Dipegang kejat Diikut taat Dia kekasihku Seorang lelaki sejati Tak pandai merungut Tak erti berkira Penyayang mesra berbicara Peramah bijak mengatur kata Pengikut setia Muhammad saw Bersemai di sisi-Nya Perginya dia kekasihku Hilan

PENGATURAN PENTADBIRAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN PARTI KOMUNIS MALAYA SELARAS DENGAN PERSETUJUAN MENAMATKAN PERMUSUHAN

Imej
            Kerajaan Malaysia, selepas ini disebut sebagai Kerajaan dan Parti Komunis Malaya, selepas ini disebut sebagai PKM, dengan ini bersetuju dengan Pengaturan Pentadbiran di bawah ini untuk melaksanakan persetujuan bersama yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Hadyai, Thailand bagi menamatkan semua permusuhan. PERKARA 1 - PENAMATAN AKTIVITI-AKTIVITI BERSENJATA 1.1        Kerajaan dan PKM akan menamatkan semua aktiviti bersenjata dengan ditandatanganinya Persetujuan ini. 1.2        Kenyataan-Kenyataan Akhbar Semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana satu pihak selepas ini haruslah dibuat dengan semangat persetujuan dan tidak harus mengandungi sebarang istilah memfitnah seperti "penyerahan diri beramai-ramai" dan "kapitulasi" (pengkhianatan/serah diri). PERKARA 2 - PEMBUBARAN PASUKAN-PASUKAN BERSENJATA 2.1        Pengumuman Pembubaran       PKM akan membubarkan semua pasukan bersenjatanya, khasnya Tentera Ra

SYAIR MERAYAKAN PERDAMAIAN

Imej
SYAIR MERAYAKAN PERDAMAIAN Assalamualaikum kawan dan saudara Selamat berkumpul selamat berjumpa Mengingati sejarah bermula cerita Membina kampung sekuat tenaga. 2 Disember bermula cerita Tandatangan sejarah tamatkan sengketa Perajurit gerila jadi rakyat jelata Kampung Perdamaian mula diteroka. Pembangunan pesat mula dijalankan Bantuan kerajaan dan pimpinan Jadilah sebuah desa yang aman Lengkap berbagai segala kemudahan. 23 tahun masa berjalan Kampung kita banyak perubahan Zuriat baru terus bermunculan Harapan kita di masa depan. Kepada anak2 saya berpesan Jadilah manusia arif budiman Berilmu beramal teguh keimanan Tabah dan cekal hadapi dugaan. Kepada kawan2 seperjuangan sekalian Kamulah pejuang kamulah pahlawan Biar tiada sedikitpun ganjaran Sejarahmu sentiasa jadi kenangan. Akhir sekali saya berseru Marilah kita bersatu padu Membina kampung masyarakat maju Semoga Allah menurunkan restu.