Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

PERUTUSAN TAHUN BARU PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD 21 MALAYSIA

Imej
Sehari dua lagi, 2011 akan melabuh tirai dalam pekikan lantang sejagat menuntut pembaharuan. Dalam tahun 2012 yang bakal mengganti, insan dan umah berharap agar akan dapat menyongsong suatu zaman serba baru yang lebih bermakna. Pada saat menghantar yang lama dan menyambut yang baru ini, kami dengan takzim mengucapkan selamat Tahun Baru kepada semua rakan seperjuangan lama, sahabat lama, rakan baru serta semua yang berjuang demi mewujudkankan masyarakat yang lebih baik, mudah-mudahan kalian berada dalam keadaan sihat wal’ afiat dan kelancaran dalam segala usaha. Sepanjang tahun lalu, krisis ekonomi dalam negeri-negeri maju di Amerika dan Eropah berlanjutan selama tiga tahun lebih dan masih tidak namak tanda mereda, malah sebaliknya negeri-negeri Eropah terperlus ke dalam krisi hutang semakin tenat, di hadapan rakyat sedunia, sistem kapitalis itu telah mendedahkan lebih lanjut kepincangan yang membawa maut kepada dirinya sendiri. segala kepincangannya membuat orang lebih mengenali

ALFATIHAH DARI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD 21 MALAYSIA

Imej

ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM IBRAHIM CHIK

Imej
Terkejut mendapat berita berkenaan kepergian Allahyarham Ibrahim Cik, yang lebih kami kenali dengan nama Kawan Kamar (@ Kawan Alang). Al-Fatihah... . Atas nama Kawan Abdullah C.D. dan Kawan Suriani, serta seluruh bekas anggota Rejimen Ke-10, kami menyatakan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga allahyarham. Semoga allahyarham dicucuri rahmat Illahi dan diletakkan bersama para syuhada sejati yang diredai oleh Allah s.w.t.. Jasa dan sumbangan allahyarham sentiasa dikenangi. —— Kampung Perdamaian Sukhirin 30 Dis. 2011. Selepas sembahyang Jumaat, Kawan Abdullah C.D. dan kawan-kawan bekas perajurit Rejimen Ke-10 bertahlil dan memanjatkan doa buat Allahyarham Ibrahim Chik.

KOMENTARI NOVEL: MENGHARUNGI TITIK NOKHTAH

Imej
Komentari Novel: Mengharungi Titik Noktah Abdul Halim Ali | Dec 23, 2011 04: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=12568 Persoalan Oleh kerana analisis novel bukan kekuatan saya, maka setelah membaca teks sms Nasir, saya bersedia secara mental dengan beberapa pertanyaan.  Apakah novel Nasir satu penyataan tentang tafsiran hidup?  Satu laporan tentang kehidupan real yang beliau harungi dan melintas titik-titik noktah?  Sebagai hiburan semata, awal-awal lagi ditolak pertanyaan itu.  Ringkasnya, apakah kebergunaannya novel tersebut? Setelah itu, konsekuen pertanyaan di atas, saya ingin tahu pula apakah tipe/jenis penerbitan Nasir: adakah itu novel sejarah, seperti karya Pramoedya Anan Toer - Bumi Manusia, Arus Balik dan lain-lain?  Ataupun novel tipe Proletarian , seperti yang dihasilkan Charles Dickens tentang kesulitan kelas proletar dalam kerangka Revolusi Industri kapitalis di-Inggeris tetapi yang ditulis novelis daripada kelas borjuis kecil. Hal-hal yang saya

PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA MERAYU KERAJAAN TUNAIKAN PERSETUJUAN DAMAI

Imej
Kesihatan Chin Peng Diberi Keprihatinan Masyarakat Kerajaan Didesak Membenarkan Beliau Balik Ke Tanah Airnya Satu khabar angin “Chin Peng sakit tenat dalam keadaan koma ” disiarkan dalam Sin Chew Daily 1 Oktober, keadaan kesihatannya amat diambil berat oleh masyarakat. Peguam-Peguam yang pernah mewakili Chin Peng segera menelefon menghubungi penjaga Chin Peng, dan menerima telefon Chin Peng menyangkal khabar angain itu. Keesokan harinya 2 Disember, Sin Chew Daily dan media-media lain telah menyiarkan berita menyangkal khabar angin. Diberitakan bahawa Setiausaha PKM, Chin Peng yang kini 87 tahun itu menegaskan beliau tidak sakit tenat, malah berada dalam keadaan sihat。 Peguam Leong kata bahawa dalam telefonnya Chi Ping menyatakan:“Saya tidak sakit, malah berada dalam keadaan sihat, tinggal dalam rumah di Thailand.” Peguam Chan Kok Keong memberitahu Malaysiakini berkata desas-desus mengenai Chin Peng di laporan media adalah tidak betul. "Dia dalam keadaan baik dan tidak da

KENYATAAN EMPAT PERTUBUHAN TENTANG PEMANSUHAN ISA

Imej
Kenyataan Empat Pertubuhan Tentang Pemansuhan ISA Setelah berita pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tersiar, keempat-empat pertubuhan persa-habatan di mana anggota-anggotanya telah menjadi mangsa kekejaman ISA segera mengeluarkan kenyataan bersama, menunjukkan bahawa ini adalah kejayaan perjuangan gigih jangka panjang rakyat negara kita. Pada 19 Disember, Persatuan Persahabatan Phoenix, Persatuan Kawan Karib dari tujuh negeri, Yayasan Patriotik dan Perdamaian Malaysia dan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia secara khusus mengadakan sidang akhabar di dewan mesyuarat Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)., mengumumkan kenyataan bersama kepada media tentang pemansuhan ISA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak Kenyataan Bersama empat Pertubuhan itu diedarkan kepada para wartawan. Kenyataan Bersama itu menegaskan bahawa ISA adalah pengganti kepada Undang-Undang Darurat yang terkenal dengan kekejamannya, yang j

PELANCARAN BUKU MENGHARUNGI TITIK NOKHTAH

Imej
Salam perjuangan. Parti Sosialis Malaysia dan Gerakbudaya ingin melanjutkan jemputan kepada rakan-rakan seperjuangan, peminat novel dan masyarakat umum untuk menghadiri majlis pelancaran buku Dr. Mohd Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara. Majlis tersebut akan turut hadir oleh seorang moderator dan 3 orang panelis yang akan mengulaskan novel terbaru ini. Majlis Pelancaran Mengharungi Titik Noktah --novel tulisan Dr. Mohd Nasir Hashim 8:30 malam, 8 disember 2011 @ KL Selangor Chinese Assembly Hall Moderator : Wan Hamidi Hamid, Editor Roketkini Panelis : Siti Solehah (Kak Wan), Peneroka Bandar Kg Chubadak Halim Ali, Pensyarah & bekas Setiausaha Agong PSRM YB Saari Sungib, Penulis & ADUN Ulu Kelang Sebarang pertanyaan, sila hubungi Letchimi Dev 016-2960224 @ Chong Yon Sin 016-3797231@ PSM 03-22747791. Sila sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan anda! Mengharungi Titik Noktah Novel yang berkisah mengenai perjuangan pekerja dan peneroka bandar, yang dimiskinkan