8 November, suasana di Kampung Perdamaian Sukhirin agak lengang kerana kebanyakan warga (mereka yang berasal dari sempadan) pulang berhari raya bersama keluarga di kampung masing-masing. Akan tetapi kekosongan itu telah digantikan dengan aktiviti yang amat bererti - ibadah korban oleh rombongan Yayasan Amal, sebuah badan NGO. Daging korban telah diagihkan kepada seluruh warga.
Bagi pihak warga Kampung Perdamaian Sukhirin, KINI DAN SILAM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yayasan Unit Amal dan kepada mereka yang terlibat dalam bahagian korban tersebut. Semoga ibadat korban ini mendapat keredaan dan ganjaran dari Allah Taala.
KINI DAN SILAM difahamkan bahawa, ziarah korban rombongan ini juga bertujuan mencari jawapan atas persoalan benarkan Rejimen Ke-10 "tidak bertuhan" dan "anti-agama" yang terus menerus dipropagandakan oleh Kerajaan UMNO BN, apakah Mat Indra yang memimpin pasukan Melayu menyerang Balai Polis Bukit Kepung pada tahun 1950 "tidak beragama" kerana terlibat dengan PKM?
 |
korban diiringi gema takhbir |
 |
Ziarah kediaman Abdullah C.D. |
 |
bacaan Al-Quran dari anak-anak generasi baru |
 |
persembahan lagu-lagu nasyid |
 |
sembang santai bersama warga Kampung Perdamaian |
 |
Jamuan bersama warga Kampung Perdamaian |
Ulasan