MISTERI PKM HARAM DAN PENGGANAS KOMUNIS

pejabat PKM di Kuala Lumpur sebelum darurat Sebelum 1948 PKM bukan pertubuhan haram Ada antara kita barangkali yang terlupa atau tidak tahu bahawa PKM hanya diharamkan pada tahun 1948. Sebelum itu, PKM adalah sebuah pertubuhan yang "sah" atau halal; bukan pertubuhan haram. Meskipun sebelum tahun 1948 kebanyakan ahli dan pemimpin PKM memilih bergerak "di bawah tanah" dan hanya sebahagian saja yang mengenalkan diri secara terbuka, tetapi ibu pejabat PKM yang terletak di Kuala Lumpur adalah pejabat yang "terbuka" dan boleh dikunjungi oleh siapa saja. Sebelum tahun 1948 juga anggota PKM tidak dimomokkan dan dilabel sebagai pengganas.Tidak ada istilah pengganas komunis sebelum tahun 1948 Anggota PKM atau orang-orang komunis hanya dimomokkan sebagai pengganas dan sebagai orang-orang yang anti-Tuhan atau tidak beragama selepas tahun 1948 sebagai perang saraf penjajah Inggeris untuk menumpaskan perjuangan PKM. Kebetulan selepas berakhirnya Perang Dun