AKU SEORANG KOMUNIS
(Sempena Hari Malaysia)
Kata mereka, aku komunis
kerana aku mengganas.
Ya, memang aku mengganas
mengganas …
terhadap kuasa penjajah.
Kata mereka , aku komunis ..
kerana aku membunuh.
Ya, memang aku pembunuh,
akulah pembunuh imperialis
yang menindas buruh dan tani,
aku membunuh talibarut imperialis,
akulah juga yang membunuh
Henry diselekoh maut dilereng Frazer,
justeru dialah yang mengkhianati rakyat dan bumi Palestin,
demi menghalang agenda sama dibumiku.
Kata mereka, aku komunis
Kerana senjata yang ku acukan kepada imperialis
demi membebaskan tanahairku.
Kata mereka, aku komunis..
yang tidak percaya agama.
Aku hanya percaya kepada agama dan Tuhan yang Satu
yang mengajarku supaya membela yang lemah,
yang berdoa kepadaTuhanNya supaya melepaskan mereka
dari siksaan belenggu imperialis,
yang memasung mereka dengan kemiskinan
di bumi yang kaya.
Kata mereka, aku komunis
kerana menghasut…
Ya aku menghasut,
menghasut buruh dan tani miskin
Wahai adik-adiku,
imperialis satu demi satu telah lenyap
Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula
terlalu lama bangsaku dipasung mereka
hingga mereka tidak kenal lagi
musuh dan sahabat.
Kata mereka lagi, aku komunis
kerana kerosakan.
Ya, memang akulah yang merosakkan
lombong, gudang dan estate milik kapitalis Inggeris,
sumber tenaga kolonial
hegemoni politik tanah jajahan.
40 tahun dipangkal pokok aku beradu
bersama rifle dan brengun,
demi citaku untuk melihat bangsaku
bebas dan merdeka!
Ulasan
komunis mana yg membunuh rakyat sendiri kerana mahukan pemerintahan dari saudara sebelah barat..
komunis mana yg membunuh rakyatnya di dataran di negara sendiri..
komunis mana yg berterusan menindas saudara kita di negara yg bet'tan-tan' hujongnya..
komunis mana yg mengangkat anaknya menjadi pengganti dirinya..
komunis mana yg menjadikan hukuman bunuh sebagai hukuman yg mudah lalu menjualkan organnya..
komunis mana yg mengangkat tokoh ilmuan dan agama sebagai pemimpin mereka
samad-kgb
mysamad@yahoo.com