Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

GERAKAN POLITIK KIRI DI HULU LANGAT, 1946-1948*

Imej
GERAKAN POLITIK KIRI DI HULU LANGAT, 1946-1948 * Dr. Mohamed Salleh Lamry ** Dr. Mohamed Salleh Lamry Pendahuluan Mengikut versi sejarah arus perdana atau versi sejarah “rasmi”, perjuangan untuk mencapai kemerdekaan di Malaysia biasanya dikatakan bermula dengan penubuhan UMNO dan penentangan terhadap gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Setelah berjaya menghapuskan Malayan Union, UMNO bersama-sama dengan MCA dan MIC  mengadakan perundingan dengan kerajaan Bristish untuk mendapatkan kemerdekaan, dan  kemedekaan diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya dalam keadaan aman damai  pada tahun 1957. Tersirat dalam versi sejarah arus perdana ini seolah-olah UMNO-lah yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.        Versi sejarah arus perdana ini sekurang-kurangnya salah dari dua segi. Pertama,  salah dari segi tarikh permulaan perjuangan kemerdekaan. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan bukan bermula  pada tahun 1946, tetapi  jauh lebih awal daripada itu. Kalau    penentangan pemb

SEMUA GOLONGAN PATRIOTIK-DEMOKRATIK BERSATULAH!

Imej
Pada bulan Mei 1937, parti politik Melayu yang pertama KMM atau Kesatuan Melayu Muda didirikan untuk merebut kemerdekaan tanah air di atas landasan demokratik - sosialisme. Kerana KMM mengemukakan tuntutan untuk kemerdekaan, ia telah diharamkan oleh fasis Jepun. Untuk mengelakkan dari tangkapan fasis Jepun, sebahagian anggota KMM telah menyertai perang anti-Jepun di bawah pimpinan PKM. Pada bulan Oktober 1945, didirikan pula PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya untuk meneruskan semangat dan cita-cita KMM di atas dasar gabungan kekuatan nasionalis, sosialis dan agama. Program politiknya ialah berjuang untuk kemerdekaan tanah air dari belenggu penjajahan. Dr. Burhanuddin telah memainkan peranan yang penting dalam penubuhan dan memimpin PKMM dilandasan perjuangan. Pada tahun 1946 diadakan Kongres Melayu Seluruh Malaya di bawah anjuran berbagai persatuan Melayu di berbagai negeri termasuk PKMM dan berdirilah UMNO pada 11 Mei. Kongres kedua yang membincangkan masalah dasar perjuanga

KENANG-KENANGAN: TENTERA DAN RAKYAT BAGAI AUR DENGAN TEBING

Imej
Tentera kita bukan saja erat bersatu padu dan sangat akrab di dalam barisannya, tetapi juga berkhidmat sepenuh hati untuk massa rakyat dan telah menjalin hubungan yang sangat karib dengan massa rakyat luas. Suatu kali, satu regu penyusun massa dari pasukan penggempur tentera kita masuk ke sebuah kampung Orang Asal untuk melakukan pekerjaan. Secara kebetulan, terdapat seorang nenek yang sakit tenat dalam bahaya. Saudara-saudara orang Asal yang kehilangan akal terpaksa mengusungnya ke tepi kampung. Pada saat itu juga kawan-kawan kita tiba di sana. Tanpa menghiraukan penat lelah, kawan petugas perubatan segera memeriksanya serta memberi suntikan dan ubat untuk dimakan. Melalui perawatan dan perubatan yang teliti selama beberapa hari, kesihatan nenek itu beransur-ansur pulih. Begitu berita baik ini tersebar, saudara-saudara orang Asal dikampung-kampung berdekatan sangat gembira. Apabila bertemu dengan kawan-kawan, mereka pun menunjukkan ibu jari dan dengan terharu berkata “Nangoi baik!”

ABDULLAH C.D. KOMEN TENTANG FILEM BUKIT KEPUNG

Imej
Kampung Perdamaian Sukhirin, 23 September 2011 – “Filem Bukit Kepung patut diharamkan”, demikian kata Abdullah C.D., Pengasas Rejimen Ke-10. Pandangan ini dibuat ketika beliau menjawab soalan mengenai laporan akhbar Utusan Melayu menuduh Mat Indera sebagai “pengganas”. Mat Indera terlibat dalam satu serangan hendap ke atas Balai Polis Bukit Kepung dalam tahun 1950. Ditanya tentang Mat Sabu yang mencetuskan kontroversi bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, Pak Abdullah berkata, “Mat Sabu berkata benar. Dia tau sejarah dan dia berani membongkarnya. “Mat Indra melawan British. Dia benci penjajah, mana boleh jadi pengganas?” Seterusnya pejuang kemerdekaan ini menceritakan tentang riwayat Mat Indera sebagai guru agama dan ketua kesatuan buruh. “Dia aktif dalam gerakan buruh dan dalam PKMM. Setelah darurat, dia pimpin pasukan Rejimen Ke-10 bahagian Johor.” Menyebut tentang Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula, beliau telah menyingkap satu lipatan dalam sejarah yang tidak

SEJARAH MENGIKUT PANDANGAN SEORANG ANAK MUDA

Imej
Meluruskan Kembali Sejarah Kemerdekaan Negara:Catatan Ringkas Mengenai Perjuangan Nasionalis-Kiri-Radikal oleh Rizal 'Syeikhryz' Hamdan   30hb Ogos 2011 MUKADIMAH Baru-baru ini, telah tercetus satu kontroversi berkenaan kebangkitan semula pengaruh komunisme di Malaysia. Penulis memerhatikan perkembangan ini semenjak daripada peristiwa Demonstrasi BERSIH 2.0 pada beberapa bulan terdahulu. Di antara taktik yang digunakan oleh regim pemerintah ialah dengan menuduh,tujuan penganjuran demonstrasi tersebut adalah untuk menghidupkan kembali pengaruh komunis dalam negara (penangkapan 6 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia di bawah Emergency Ordinance 1948). Hal yang sama turut terjadi beberapa hari yang lepas, apabila Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu memberikan komen tentang peranan pihak Parti Komunis Malaya (PKM) dalam perjuangan kemerdekaan negara. Komen ini,seperti yang telah penulis jelaskan,mempunyai 'beban sejarah' dan ia pantas menjadi modal politik piha

BUKU BARU DARI GERAKBUDAYA - SEPTEMBER 2011

Imej
Ngeri Gina Yap Lai Yoong Publisher: Buku Fixi Year: 2011 ISBN: 9789671038451 231 Pages RM16.00 / S$11.20   Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis. Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka. Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?   What Really Happened 9 July 2011 Edited by Nathaniel Tan Publisher: Kinibooks Year: 2011 ISBN: 9789671004425 209 Pages RM30.00 / S$21.00 *Bilingual/Dwi-bahasa (English/Bahasa Melayu)   “Three things cannot long remain hidden: the sun, the moon and th