Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

DARURAT: APA KATA CHIN PENG

  Interview ini dirakam oleh aktivis politik dan seni anak muda generasi kini yang ingin menyingkap sudut sejarah yang telah digelapkan oleh penjajah. DARURAT: APA KATA CHEN PING by hmn07

DARURAT: APA KATA CHIN PENG

DARURAT: APA KATA CHEN PING by hmn07

DARURAT: APA KATA RASHID MAIDIN

 Video ini adalah sedutan ucapan Rashid Maidin sempena pembukaan tugu kesatria kemerdekaan di Kampung Perdamaian Jaha, Wilayah Yala, Selatan Thailand DARURAT: APA KATA RASHID MAIDIN by hmn07

DARURAT: APA KATA RASHID MAIDIN

DARURAT: APA KATA RASHID MAIDIN by hmn07

DARURAT: APA PENDAPAT PENAJA REJIMEN KE-10

Imej
Abdullah C.D., penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 Kerana perjuangan menentang penjajah British terus berkembang sehingga tidak dapat dikawal lagi, maka pada 18 Jun 1948, penjajah British mengistiharkan undang-undang darurat di seluruh negara. Parti-parti atau pertubuhan-pertubuhan patriotik-demokratik (golongan kiri) semuanya diharamkan. Antaranya PKM, PKMM, PETA, AWAS, BTM, Hizbul Muslimin, New Democratic Youth League (NDYL), Kesatuan-kesatuan buruh dan lain-lain. Pada 20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangkapan secara besar-besaran ke atas kader-kader dan anggota-anggota parti atau pertubuhan-pertubuhan patriotik-demokratik seperti PKM, PKMM dan lain-lain. Di antara mereka ada yang dipenjara, disiksa, dihukum gantung dan dibuang negeri.

MISTERI SEBUAH TUTUP KAWAH

Imej
Tutup kawah ini dipebuat daripada zink alumanium oleh tukang pembuat tin Kompeni Ke-21, Rejimen Ke-10 pada awal tahun 1980-an. Ia digunakan dengan dapur tak berasap buatan gerila. Saban hari ia berkhidmat untuk menyediakan makanan untuk seluruh pasukan. Pada tahun 1986 Badan Intelijen Bersama telah melancarkan kempen kepung basmi besar-besaran ke atas Rejimen Ke-10 yang berpangkalan di Sukhirin. Pihak musuh telah mendapat maklumat tepat tentang kedudukan pasukan induk Rejimen Ke-10 yang terletak di muara yang mencantumkan dua batang sungai Air Teka yang menjadi pucuk Sungai Saiburi, sungai yang terpanjang di Selatan Thai.

INTERVIEW DENGAN SERIKANDI SUNGAI PAHANG, SITI MARIAM IDRIS

interview Siti Mariam Idris 1 by hmn07 interview Siti Mariam Idris 2 by hmn07

SUARA HATI SERIKANDI SUNGAI PAHANG

Imej
Siti Mariam Idris (Allayarhamah) seorang puteri Sungai Pahang yang tidak rela melihat tanah airnya diinjak-injak orang Inggeris dengan sesuka hati. Beliau telah menyertai AWAS untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Setelah penjajah British mengharamkan AWAS pada tahun 1948, meliau memanggul senjata, bergabung dalam Rejimen Ke-10 untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan. interview Siti Mariam Idris 1 by hmn07 Benarkah Rejimen Ke-10 pengganas? Benarkah Rejimen Ke-10 tidak beragama? Bagaimanakah soal agama di Rejimen Ke-10? Sila ikuti penjelasan dari Siti Mariam Idris (Allahyarhamah), seorang kader veteran Rejimen Ke-10. interview Siti Mariam Idris 2 by hmn07