21 MEI DALAM SEJARAH

Keistimewaan Rejimen Ke-10 ialah dari komander hingga ke perajuritnya semua terdiri dari putera puteri bangsa Melayu. Anggotanya terdiri dari ialah anggota PKMM, API, AWAS, Barisan Tani Malaya dan kesatuan buruh yang tegas berjuang untuk kemerdekaan tanah air.
Oleh itu Rejimen Ke-10 berakar umbi dari seluruh masa sejarah perjuangan orang Melayu melawan penjajahan, seperti perang Datok Maharajalela dan Datok Sagor di Perak, Datok Bahaman di Pahang, Perang Tok Janggut di Kelantan dan lain sehinggalah penubuhan KMM (Kesatuan Melayu Muda), PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan organisasi-organisasi dibawah pimpinannya.

Abu Samah Mohd Kassim (Allahyarham) yang menjadi anggota
Markas Besar Rejimen Ke-10 adalah cicit saudara Datok Bahaman. Melalui cerita lisan yang diturunkan ke atasnya oleh Mat Lela, beliau menceritakan kisah perang tersebut kepada para perajurit. Abu Samah pernah rapat dengan KMM. Dalam masa pendudukan Jepun, beliau pernah membantu pasukan TAJRM dan membangkitkan orang ramai menentang fasis Jepun. Selepas Jepun kalah beliau menjadi anggota PKMM dan sekaligus juga menjadi anggota UMNO.

Oleh itu, walau apapun fitnahan yang dilemparkan penjajah dan pengikut-pengikutnya, perjuangan Rejimen Ke-10 mempunyai kesinambungan yang rapat dengan perjuangan datuk nenek orang Melayu menentang penjajahan demi kemerdekaan tanah air. Sesunggunya Rejimen Ke-10 telah membela maruah bangsa Melayu yang ratusan tahun dihina dibawah penguasaan penjajah British.
Baca juga:
Ulasan