KAWAN ROZIAH, SERIKANDI PAHANG UTARA Perajurit wanita Rejimen Ke-10 dalam latihan "bergelut dengan tangan kosong" Di antara beberapa banyak putera puteri terbaik Sungai Pahang, Kawan Roziah adalah salah satu daripadanya yang telah menyumbangkan jiwa raga dan darah segarnya demi usaha kemerdekaan dan pembebasan ibu pertiwi. Kawan Roziah beradal dari Kampung Peruang, Mukim Budu, Daerah Benta, Pahang. Sebagai seorang anak tani berumur awal 20-an, Kawan Roziah seperti mana wanita-wanita lain tidak bersekolah, buta huruf. Akan tetapi beliau berusaha belajar sendiri dengan bantuan rakan-rakan yang lain. Sebagai seorang wanita progresif beliau berjuang keras bukan sahaja menentang penjajahan untuk kemerdekaan tanah air, tetapi juga berjuang untuk melepaskan belenggu feudalism yang mengongkong kaum wanita. Kerana semangat perjuangannya yang luar biasa, beliau pernah terpilih sebagai wakil pergerakan Awas daerah Benta untuk menghadiri kongres Awas yang pertama di Kanjang, Selan