Tajuk: Siti Norkiah Mahmud: Serikandi dari Pahang Utara Penulis: Dr. Mohammed Salleh Lamry Penerbit: Strategic Information and Research Development (SIRD) Centre Tahun: 2011 ISBN: 9789675832109 Harga: RM20.00 / S$13.00 Muka surat: 177 Perjuangan kemerdekaan di luar arus perdana, yang diwakili oleh golongan nasionalis kiri, bukan saja melahirkan wira yang gagah berani seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D., Musa Ahmad, Wahi Anuar, Ibrahim Chik dan Abu Samah Mohd Kassim, tetapi juga sreikandi yang cekal dan gigih seperti Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Zainab Mahmud dan Siti Norkiah Mahmud. Berbanding dengan adiknya Zainab Mahmud, Siti Norkiah Mahmud mungkin kurang dikenali. Akan tetapi, perjuangan Siti Norkiah tidak kurang hebatnya dengan bermula sebagai Ketua AWAS Pahang (1946-1948).