Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Imej
Kami warga Kampung Perdamaian Sukhirin dan Kampung Perdamaian Yaha mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Betong dan rakan seperjuangan di Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia serta kawan-kawan seperjuangan di serata pelusuk dunia  yang menyambut Tahun Baru Cina ini,  kepada massa revolusioner di mana jua mereka berada,  dan kepada seluruh kaum Cina baik di Malaysia, Thailand, Indonesia dan seluruh dunia. Semoga semua mencapai kejayaan yang lebih cemerlang! Kad dari Kampung Perdamaian Sukhirin dan Yaha Kad kiriman  dari Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

SEKAT KEBEBASAN DI INTERNET, MALAYSIA BAKAL IKUT JEJAK TUNISIA

Imej
gambar dari Malaysiakini.com Sekat kebebasan di internet, Malaysia bakal ikut jejak Tunisia Di dalam sejarah manusia, semakin kuat sesuatu kerajaan atau pemerintah menekan dan menyekat rakyat, maka perlawanan yang bakal di terima juga bakal menjadi semakin hebat. Sejarah telah membuktikan bagaimana kerajaan dan pemerintahan kuku besi yang kuat seperti kerajaan Shah Reza Pahlavi di tumbangkan oleh revolusi rakyat. Di Asia Tenggara, Ferdinand Marcos yang pada satu ketika dahulu tidak terkalahkan juga terpaksa keluar negara setelah berlakunya "people power uprising" yang menyaksikan seorang suri rumah, Corazon "Cory" Aquino menjadi ikon revolusi dan di angkat sebagai presiden wanita yang pertama di Filipina pada tahun 1986.

SERANGAN HENDAP DI JALAN CHENOR

Imej
Medan pertempuran telah dipilih iaitu di Batu 11, Jalan Chenor. Rupa bumi di situ agak baik terletak di suatu selekoh. Kereta-kereta terpaksa mengurangkan kelajuan apabila sampai di sini. Saya mengatur barisan hendapan lebih kurang sebagai berikut: Platun 1 dipimpin Mat Jelita menghendap di barisan hadapan, dilengkapkan dengan selaras breengun. Platun 2 diketuai Johan menghendap di suatu jurusan sebagai penembak utama, juga dilengkapkan dengan selaras breengun. Platun 4 diketuai Hasan menghendap di tengah yang merupakan sudut lereng. Naib Ketua Platun Rosli memimpin satu regu menghendap di jalan menghala Temerloh untuk menghadang bala bantuan musuh dan satu seksyen lagi menghendap di jalan menghala Paya Pasir juga untuk menghadang bala bantuan musuh. Saya memilih kedudukan bersama dengan Platun 1, berhampiran dengan penembak breengun. Kami tidak mengetahui secara tepat musuh akan melalui jalan itu. Tapi melalui penyiasatan kami, musuh sentiasa melalui jalan tersebut. Lebih-lebih

MAT INDERA: PERTEMPURAN MENENTANG PENJAJAH BRITISH

Imej
Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor. Mat Indera terkenal di kalangan massa sejak masa aman lagi sebagai guru agama dan pemimpin buruh pelabuhan Muar. Langgam memimpinnya yang bijak, cekap dan gagah berani dalam pertempuran menyebabkan massa rakyat menganggapnya sebagai "kebal", "boleh mengghaibkan diri" dan lain-lain. Seorang lagi pahlawan terkenal anak Johor ialah Atan Karim yang juga rakan seperjuangan Mat Indera, pernah bersama-sama dalam Kesatuan Buruh Pelabuhan Muar, memiliki semangat nasionalisme y

SITI MARIAM IDRIS @ ATOM

Imej
Siti Mariam binti Idris (alias Atom) (Dilahirkan di Temerloh, Pahang, Malaya pada tahun 1927) Emak Emak saya telah menyertai gerakan revolusi sejak zaman pendudukan Jepun lagi. Dia menyokong Tentera Anti-Jepun PKM, juga ikut serta dalam Liga Anti-Jepun. Pada suatu hari, emak beritahu kami dia hendak pergi mesyuarat. Dia tidak boleh beritahu sesiapa pun, termasuk kami, dia hendak mengikuti mesyuarat apa. Ini rahsia, kata emak, kalau tidak dia mungkin dibunuh.

KAWAN

Imej
Pemilik itu mengila lagi. Kali ini kami dipaksa belajar sejarah, mengenal asal usul kami dari keturunan hamba yang tiada bermaruah katanya menjejak kaki, menumpang teduh ditanah miliknya.Hamba yang tak berhak hidup di bumi bertuah ini jika tanpa belas sang pemilik. Hamba yang tiada maruah, cuma ada celaan yang celaka dipikul diatas pundak. Hamba yang hanya layak bertuankan sang pemilik angkuh, peneroka awal tanah ini, di angkat maruah di sanjung daulat. Sejarah silam itu tidak perlu diajar, tetap kami mengerti. Tetap kami taruh kukuh dalam peti kayu bawaan dari tempat asal kami. Peti penuh adat, peti penuh falsafah, peti penuh maruah milik kami. Tidak perlu kami diajar untuk melihat sejarah dari sudut mereka. Sejarah dulu telah lepas pergi, barang yang lepas, tak guna dikenang lagi, biarlah dia hanyut dalam sungai waktu di senjakala. Maruah kami tidak pernah hilang, andai nyawa jadi taruhan, maruah kami tetap kukuh, sebab kami tidak pernah wujud tanpa maruah, tiada maruah, tiadalah ka

KAWAN SALIM PUTERA REVOLUSI SUNGAI PAHANG

Imej
Salim 1.        Nama asalnya Awang Derus bin Mat Kassim, nama perjuangannya Salim 2.        Lahir di Kampung Kerinau, Mukim Bangau, Daerah Temerloh, Pahang 3.        Beliau mempunyai 5 orang adik beradik, 3 diantaranya menyertai revolusi  bersama Rejimen Ke-10. 4.        Sebelum darurat, beliau menyertai pertubuhan patriorik di bawah PKMM dan PKM, menjadi anggota API, PETA, bertugas mengutip derma, menabur siaran memperluas pengaruh perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. 5.        20 Jun 1948, berundur ke hutan mengelakkan diri dari tangkapan penjajah dan bergabung membentuk pasukan gerila. Beliau  bertugas memimpin regu penyusun massa di kampung Kerinau, Paya Pulai dan Batu 5. 6.        Pernah memimpin unit produksi membuka ladang untuk menambah perbekalan pasukan.

LAGU REVOLUSIONER: PATRIOTISME

Imej
PATRIOTISME Gunung Tahan, sungai aliran, Pasir memutih Nusantara. Kaum patriot bela nusa bangsa Patriotism kita Tetap turun temurun Perang tani berkobaran Perang pembebasan lajutan Bersihkan noda penjajahan Tugu merah kemerdekaan. Dalam taufan perjuangan Komunis nasionalis agama bersatu padu Pahlawan muncul silih berganti PKMRM mewarisi. Oh saudara setanahair Teruskan perjuangan Kobar semangat patriotism Luaskan front bersatu Bangunkan Malaya baru.

KAWAN ADNAN, ORANG PERTAMA DIGANTUNG MATI SETELAH DARURAT

Imej
Adnan berasal dari Bangi Selangor adalah orang Melayu yang pertama digantung mati setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat pada bulan Jun 1948 kerana berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Beliau adalah anggota PKMM dan JKM bahagian Selangor.  Mengikut laporan yang disampaikan Kamarulzaman Teh, beliau, Adnan, Ganapathy dan lain-lain pernah ditempatkan dalam satu sel untuk menjalani hukuman gantung. Mereka adalah kumpulan pertama yang akan menjalani hukuman gantung kerana berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Mereka yang dikenakan hukuman gantung itu amat tinggi semangat juangnya. Walau pun sudah tahu saat akan mati, tetapi semangat mereka menyala-nyala, mereka menyanyi dan lain-lain. Adnan dengan tegas menyatakan bahawa "saya adalah anggota PKM, berjuang untuk pembebasan rakyat, biarlah saya yang pertama menghadapi tali gantung penjajah". - dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian 2

KAWAN TAN CHAY WA GUGUR DI TIANG GANTUNG REJIM REAKSIONER KUALA LUMPUR

Imej
KAWAN TAN CHAY WA GUGUR DI TIANG GANTUNG REJIM REAKSIONER KUALA LUMPUR Tan Chay Wa dengan tenang menjalani hukuman gantung demi kebenaran dan demi tanahair dan rakyat. Beliau adalah aggota Parti Komunis Malaya yang baik. Selama hayat dikandung badan, beliau menjawat anggota Jawatankuasa Daerah Barisan Pembebasan Nasional Malaya (kemudian ditukar nama menjadi Barisan Pembebasan Rakyat Malaya). Pada 2 Jun 1979, Tan Chay Wa telah ditangkap oleh rejim reksioner Kuala Lumpur di sebuah ladang yang terletak di Jalan Kulai, Air Hitam, Johor. Setelah jatuh ke dalam cengkaman kuku syaitan, beliau sentiasa teguh tak berganjak dan taat setia pada revolusi baik di bawah siksaan yang kejam mahupun di dalam penjara.

ANAK-ANAK PERDAMAIAN

Imej
gambar-gambar sekitar aktiviti hari kanak-kanak di Kampung Perdamaian Sukhirin. seorang guru sekolah dasar Kampung Perdamaian Sukhirin membuka majlis Anak-anak berbagai peringkat umur memenuhi dewan perhimpunan

KAWAN ATAN KARIM BERKORBAN DI TIANG GANTUNG DEMI KEMERDEKAAN

Imej
Kawan Atan Karim adalah seorang Ketua Platun Tentera Pembebasan Nasional Malaya, berasal dari Johor, rakan seperjuangan Mat Indra. Pada tahun 1949, beliau ditugaskan memimpin satu seksyen regu penyusun massa bergerak di kawasan sekitar Batu 6, Jalan Air Hitam – Muar. Massa rakyat disepanjang kira-kira 30 batu kiri kanan jalan tersebut dengan hangat menyokong pasukan bersenjata. Kerana perkembangan pesat gerakan pasukan bersenjata Melayu tersebut, penjajah British telah menyeludupkan ramai hantu ke kalangan massa untuk mendapatkan maklumat. Pada suatu hari tempat kediaman mereka telah diketahui oleh penjajah. Ia mengerahkan 25 buah kereta tentera yang penuh dengan askar untuk mengepung unit penyusun massa tersebut.

PEJUANG REVOLUSI....

Imej
Terima kasih blog Pejuang Pro Demokrasi yang telah menyiarkan berita ini di blognya dan terima kasih kepada rakan-rakan yang ikut memberikan perhatian di facebook. lihat juga sini: ziarah-pejuang Sabtu, 2011 Januari 08 Pejuang Revolusi Kita Uzur dan Daif,Ayuh kita bantu mereka

WARGA BATANG KALI TUNTUT GANTI RUGI ATAS KEGANASAN ASKAR INGGERIS

Imej
Selama berlangsungnya darurat, penjajah British telah melakukan berbagai keganasan ke atas rakyat demi mempertahankan tanah jajahan Malaya.  Massa yang tak berdosa ditangkap, dipenjara, disiksa, dibunuh, dibuang negeri bahkan digantung mati. Sebahagian mereka dihalau dari kampung halaman, manakala kampung halamannya dibakar hagus. Kampung Belum adalah antara kampung yang paling malang. Kampung Melayu yang sudah wujud selama ratusan tahun itu dimusnahkan dalam sekelip mata oleh penjajah Inggeris. Dan yang lebih menyedihkan ialah berita-berita begini  sengaja dirahsiakan kepada umum oleh media perdana. Warga Malaysia tuntut Inggris Sejumlah keluarga warga Malaysia yang ditembak tentara Inggris 60 tahun lalu menuntut ganti rugi. Chong Koon Ying mengunjungi lokasi penembakan ayahnya dan 23 lainnya

TOL – LUKAH DIPERGENTINGAN

Imej
TOL – LUKAH DIPERGENTINGAN Oleh Aman Tiba-tiba hati tergerak untuk menziarahinya, Malaysia, bumi yang benar-benar pernah kuserahkan sepenuh cinta….! Kecintaanku pada bumi ini tiada galang ganti melainkan darah dan nyawa yang pernah kami persembahkan demi kebebasannya. Memang aku tergamam melihat bangunan-bangunan pencakar langit di Bandar Kuala Lumpur. Tidak seperti ditempatku. Kiri dan kanan dikelilingi hutan yang hijau. Jika didongak, tampak banjaran-banjaran gunung. Anginnya lebih dingin dan segar. Di Kuala Lumpur ini hutannya adalah deretan batu-batu. Malam pula penuh dengan kerlipan lampu-lampu, terang benderang - Aku terpegun juga.. ! Jalan-jalannya bersimpang siur. Kenderaan padat dan sesak. Lebuhraya yang sedang kulalui ini adalah lebuh raya utara-selatan, dikatakan paling panjang di sini. Kenderaan berpusu-pusu mengisi dua jalur jalan dan di sesetengah tempat tiga dan empat jalur. Juga penuh sesak dengan kenderaan.

PSM TIDAK IKTIRAF PELANTIKAN KHUSRIN

Imej
PSM TIDAK IKTIRAF PELANTIKAN DATO’ MOHAMAD KHUSRIN KENYATAAN AKHBAR : 1 JANUARI 2011 Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kesal dengan pelantikan “pintu belakang” Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dimana pemilihan tersebut merupakan langkah tidak menghormati kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor sebagai kerajaan yang sah dipilih rakyat Selangor mengikut amalan sistem demokrasi negara kita. Pemilihan SU Kerajaan Negeri yang baru ini tanpa sebarang rundingan dengan Kerajaan pilihan rakyat Selangor adalah tindakan biadap dan telah membelakangan amalan biasa dimana proses pemilihan itu sepatutnya memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan  Menteri Besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan.

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU DARI RAKAN SEPERJUANGAN

Imej
Sempena ketibaan Tahun Baru 2011, Kami dengan hormat menyapaikan ucapan Selamat Tahu Baru kepada Kawan Abu, Kawan Amin , Kawan Anas, Kawan B. dan keluarga serta segenap kawan di Kampung Perdamaian Shukirin dan Kampung Perdamaian Yala. Daripada Ah An

SAMBUTAN 21 TAHUN PERDAMAIAN: UCAPAN PENGERUSI

Imej
 (Ucapan Pengerusi Majlis Merayakan 21 Tahun Perdamaian, Kawan Indradjaja) Pengerusi majlis, Kawan Indradjaja  Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh. Kawan Pimpinan yang dihormati, Kawan-kawan dan saudara-saudari yang dikasihi, Hari ini, kita, segenap anggota Kampung Chulabhorn Pattana Ke-12, yang terdiri daripada bekas anggota Rejimen Ke-10 dan anggota-anggota keluarga mereka, berkumpul di dewan ini untuk memperingati ulangtahun ke-21 ditandatanganinya Perjanjian Damai Hadyai 2 Disember Tahun 1989 dan sekaligus menyambut Tahun Baru Tahun 2011.

SAMBUTAN 21 TAHUN PERDAMAIAN (2)

Imej
Sebahagian gambar cara kesenian yang dipersembahkan dalam perayaan menyambut 21 tahun perdamaian di Kampung Perdamaian Sukhirin Veteran Kompeni 22, Kawan Sukur menyampaikan lagu lama - HAI PEMUDA PEMUDI Tarian Kipas dari anak-anak kelas 4 -5

SAMBUTAN 21 TAHUN PERDAMAIAN (1)

Imej
2 Disember adalah satu tarikh bersejarah bagi bekas perajurit Rejimen Ke-10 dan juga terbentuknya Kampung Peramaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Mereka tidak merayakan tarikh tersebut tepat pada waktunya kerana sebahagian anak-anak mereka sedang bersekolah di luar kampung. Untuk memberi peluang kepada anak-anak generasi baru  mengikuti sendiri tarikh penting ini, perayaan tersebut telah ditunda sehingga 1 Januari 2011 bersamaan dengan masa cuti sekolah. Oleh itu perayaan menyambut 21 tahun perdamaian dan tahun baru 2011 disambut serentak. Bagi warga Kampung Perdamaian Sukhirin, 2 Disember adalah hari kemenangan - kemenangan polisi ketiga-tiga pihak dan kemenangan rakyat. Jika ditilik dari segi sejarah, tarikh tersebut juga merupakan kemenangan polisi PKM dan TRM.