Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

PERUTUSAN TAHUN BARU PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD 21 MALAYSIA

Imej
Sehari dua lagi, 2011 akan melabuh tirai dalam pekikan lantang sejagat menuntut pembaharuan. Dalam tahun 2012 yang bakal mengganti, insan dan umah berharap agar akan dapat menyongsong suatu zaman serba baru yang lebih bermakna. Pada saat menghantar yang lama dan menyambut yang baru ini, kami dengan takzim mengucapkan selamat Tahun Baru kepada semua rakan seperjuangan lama, sahabat lama, rakan baru serta semua yang berjuang demi mewujudkankan masyarakat yang lebih baik, mudah-mudahan kalian berada dalam keadaan sihat wal’ afiat dan kelancaran dalam segala usaha. Sepanjang tahun lalu, krisis ekonomi dalam negeri-negeri maju di Amerika dan Eropah berlanjutan selama tiga tahun lebih dan masih tidak namak tanda mereda, malah sebaliknya negeri-negeri Eropah terperlus ke dalam krisi hutang semakin tenat, di hadapan rakyat sedunia, sistem kapitalis itu telah mendedahkan lebih lanjut kepincangan yang membawa maut kepada dirinya sendiri. segala kepincangannya membuat orang lebih mengenali

ALFATIHAH DARI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD 21 MALAYSIA

Imej

ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM IBRAHIM CHIK

Imej
Terkejut mendapat berita berkenaan kepergian Allahyarham Ibrahim Cik, yang lebih kami kenali dengan nama Kawan Kamar (@ Kawan Alang). Al-Fatihah... . Atas nama Kawan Abdullah C.D. dan Kawan Suriani, serta seluruh bekas anggota Rejimen Ke-10, kami menyatakan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga allahyarham. Semoga allahyarham dicucuri rahmat Illahi dan diletakkan bersama para syuhada sejati yang diredai oleh Allah s.w.t.. Jasa dan sumbangan allahyarham sentiasa dikenangi. —— Kampung Perdamaian Sukhirin 30 Dis. 2011. Selepas sembahyang Jumaat, Kawan Abdullah C.D. dan kawan-kawan bekas perajurit Rejimen Ke-10 bertahlil dan memanjatkan doa buat Allahyarham Ibrahim Chik.

KOMENTARI NOVEL: MENGHARUNGI TITIK NOKHTAH

Imej
Komentari Novel: Mengharungi Titik Noktah Abdul Halim Ali | Dec 23, 2011 04: http://merdekareview.com/bm/news.php?n=12568 Persoalan Oleh kerana analisis novel bukan kekuatan saya, maka setelah membaca teks sms Nasir, saya bersedia secara mental dengan beberapa pertanyaan.  Apakah novel Nasir satu penyataan tentang tafsiran hidup?  Satu laporan tentang kehidupan real yang beliau harungi dan melintas titik-titik noktah?  Sebagai hiburan semata, awal-awal lagi ditolak pertanyaan itu.  Ringkasnya, apakah kebergunaannya novel tersebut? Setelah itu, konsekuen pertanyaan di atas, saya ingin tahu pula apakah tipe/jenis penerbitan Nasir: adakah itu novel sejarah, seperti karya Pramoedya Anan Toer - Bumi Manusia, Arus Balik dan lain-lain?  Ataupun novel tipe Proletarian , seperti yang dihasilkan Charles Dickens tentang kesulitan kelas proletar dalam kerangka Revolusi Industri kapitalis di-Inggeris tetapi yang ditulis novelis daripada kelas borjuis kecil. Hal-hal yang saya

PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA MERAYU KERAJAAN TUNAIKAN PERSETUJUAN DAMAI

Imej
Kesihatan Chin Peng Diberi Keprihatinan Masyarakat Kerajaan Didesak Membenarkan Beliau Balik Ke Tanah Airnya Satu khabar angin “Chin Peng sakit tenat dalam keadaan koma ” disiarkan dalam Sin Chew Daily 1 Oktober, keadaan kesihatannya amat diambil berat oleh masyarakat. Peguam-Peguam yang pernah mewakili Chin Peng segera menelefon menghubungi penjaga Chin Peng, dan menerima telefon Chin Peng menyangkal khabar angain itu. Keesokan harinya 2 Disember, Sin Chew Daily dan media-media lain telah menyiarkan berita menyangkal khabar angin. Diberitakan bahawa Setiausaha PKM, Chin Peng yang kini 87 tahun itu menegaskan beliau tidak sakit tenat, malah berada dalam keadaan sihat。 Peguam Leong kata bahawa dalam telefonnya Chi Ping menyatakan:“Saya tidak sakit, malah berada dalam keadaan sihat, tinggal dalam rumah di Thailand.” Peguam Chan Kok Keong memberitahu Malaysiakini berkata desas-desus mengenai Chin Peng di laporan media adalah tidak betul. "Dia dalam keadaan baik dan tidak da

KENYATAAN EMPAT PERTUBUHAN TENTANG PEMANSUHAN ISA

Imej
Kenyataan Empat Pertubuhan Tentang Pemansuhan ISA Setelah berita pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tersiar, keempat-empat pertubuhan persa-habatan di mana anggota-anggotanya telah menjadi mangsa kekejaman ISA segera mengeluarkan kenyataan bersama, menunjukkan bahawa ini adalah kejayaan perjuangan gigih jangka panjang rakyat negara kita. Pada 19 Disember, Persatuan Persahabatan Phoenix, Persatuan Kawan Karib dari tujuh negeri, Yayasan Patriotik dan Perdamaian Malaysia dan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia secara khusus mengadakan sidang akhabar di dewan mesyuarat Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)., mengumumkan kenyataan bersama kepada media tentang pemansuhan ISA yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak Kenyataan Bersama empat Pertubuhan itu diedarkan kepada para wartawan. Kenyataan Bersama itu menegaskan bahawa ISA adalah pengganti kepada Undang-Undang Darurat yang terkenal dengan kekejamannya, yang j

PELANCARAN BUKU MENGHARUNGI TITIK NOKHTAH

Imej
Salam perjuangan. Parti Sosialis Malaysia dan Gerakbudaya ingin melanjutkan jemputan kepada rakan-rakan seperjuangan, peminat novel dan masyarakat umum untuk menghadiri majlis pelancaran buku Dr. Mohd Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara. Majlis tersebut akan turut hadir oleh seorang moderator dan 3 orang panelis yang akan mengulaskan novel terbaru ini. Majlis Pelancaran Mengharungi Titik Noktah --novel tulisan Dr. Mohd Nasir Hashim 8:30 malam, 8 disember 2011 @ KL Selangor Chinese Assembly Hall Moderator : Wan Hamidi Hamid, Editor Roketkini Panelis : Siti Solehah (Kak Wan), Peneroka Bandar Kg Chubadak Halim Ali, Pensyarah & bekas Setiausaha Agong PSRM YB Saari Sungib, Penulis & ADUN Ulu Kelang Sebarang pertanyaan, sila hubungi Letchimi Dev 016-2960224 @ Chong Yon Sin 016-3797231@ PSM 03-22747791. Sila sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan anda! Mengharungi Titik Noktah Novel yang berkisah mengenai perjuangan pekerja dan peneroka bandar, yang dimiskinkan

GERAKAN ANAK MUDA: MENAWAN WALL STREET

Imej
Menawan Wall Street: Perkara Yang Paling Penting Di Dunia Sekarang Perlu ditegaskan bahawa kita mampu untuk membina sebuah masyarakat yang baik, untuk semua dan pada masa yang sama menghormati had sebenar yang boleh ditampung bumi. berikut merupakan terjemahan SS daripada tulisan Naomi Klein ( http://www.thenation.com/article/163844/occupy-wall-street-most-important-thing-world-now ) tentang gerakan Menawan Wall Street (klik http://occupywallst.org/ )yang telah sampai tempiasnya ke sini: Salah seorang jurubicara dalam perarakan menyokong buruh untuk gerakan Menawan Wall Street berkata: “Kita menemukan antara sesama .” Perasaan yang merakam keindahan tentang apa yang tercipta [di sini] – sebidang ruang cukup luas (juga idea cukup besar sehingga tak mampu terkandung) untuk semua orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk kita saling hidup bersama. Jika ada suatu perkara yang aku tahu, ianya adalah hanya terdapat 1 peratus sahaja orang-orang yang sukakan krisis. Apabila orang

MEMALI: SEJARAH BERDARAH MELAWAN ISA

Memali: Sejarah berdarah melawan ISA Amin Iskandar - Nov 19, 2011- malaysiakini.com Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan. Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri. Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah. Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM). Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama. As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan k

SEJARAH RINGKAS KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Teks ucapan Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) Saudara Droman Binza sempenya meraikan kedatangan Pegawai Daerah Jeli, Kelantan di Kampung Perdamaian Sukhirin pada 18 November 2011. SEJARAH RINGKAS KAMPUNG CHULABHORN PATTANA 12 (KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN) Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Yang Dimuliakan Pegawai Daerah Jeli dan rombongan, Yang Dimuliakan Wakil Ketua Daerah Sukhirin dan rombongan Dan saudara saudari sekalian yang tercinta! Parti Komunis Malaya (PKM) didirikan pada tahun 1930. Pada masa Perang Dunia Ke-2, PKM adalah satu-satunya parti politik yang menentang penjajahan fasis Jepun dengan kekuatan bersenjata di Malaya. Pada bulan Jun tahun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat, mengharamkan semua parti politik dan pertubuhan patriotik-demokratik yang berjuang untuk kemerdekaan. Kerana itu, PKM terpaksa memperjuangkan kemerdekaan dengan cara perjuangan bersenjata. Pada 1 Februari 1949, PKM merasmik

PEGAWAI DAERAH JELI MELAWAT KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Kampung Perdamaian Sukhirin, 18/11/2011: Satu rombongan kakitangan kerajaan daerah Jeli telah mengadakan lawatan persahabatan Sukhirin - Jeli yang  di pekan Sukhirin. Daerah Jeli di Kelantan , Malaysia dan Sukhirin di Naratiwat, Selatan Thailand merupakan daerah yang bertetangga. Dalam kunjungan persahabatan kali ini, Pegawai Daerah Jeli telah mengambil kesempatan  melawat Kampung Perdamaian atau  secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12. Beberapa tahun lepas, Kampung Perdamaian Sukhirin pernah menjadi tuan rumah bagi pertemuan persahabatan antara kakitangan pemerintah daerah Jeli dengan kakitangan pemerintah daerah Sukhirin. Dalam kunjungan singkat ini, rombongan Pegawai Daerah Jeli telah diraikan di dewan perhimpunan kampung Perdamaian. Ketua Kampung Perdamaian, Drome Binza telah memperkenalkan sedikit sebanyak latar belakang kampung perdamaian yang bermula dari sejarah penubuhan PKM 1930, peristiharan darurat 1948 , penubuhan Rejimen Ke-10 TPNM pada tahun 1949 sehingga perd

MEMPERINGATI PEJUANG KEMERDEKAAN MAT INDERA

Imej
Atas nama Abdullah C.D. dan rakan seperjuangan Mat Indera, KINI DAN SILAM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dari PAS Kawasan Batu yang telah memberikan sumbangan berupa sebuah papan tanda dan usaha untuk memelihara pusara Allahyarham yang telah terbiar lama. Kami berpendapat, langkah ini adalah satu usaha positif bagi memperbetulkan sejarah tanah air yang sekian lama diputarbelit oleh kaum penjajah British dan tali barutnya yang kini masih memegang kekuasaan pemerintah tanah air. Di bawah adalah catatan dari Dato' Tarmizi Mohd Jam yang disiarkan diruangan facebook beliau. PAS BATU SERAH SIGNBOARD PUSARA MAT INDERA DI TAIPING   PAS Kawasan Batu telah menyerahkan papan tanda bagi pusara Allahyarham Mat Indera dan akan memperelokkan pusara yang terbiar itu sebagai ingatan genarasi akan datang terhadap tokoh dan pejuang kemerdekaan yang dijatuhkan hukuman gantung oleh penjajah British pada tahun 1953. Dalam ziarah "XPDC Terjah Juang PAS Ba

KORBAN DAN ZIARAH YAYASAN UNIT AMAL DI KAMPUNG PERDAMAIAN

Imej
8 November, suasana di Kampung Perdamaian Sukhirin agak lengang kerana kebanyakan warga (mereka yang berasal dari sempadan) pulang berhari raya bersama keluarga di kampung masing-masing. Akan tetapi kekosongan itu telah digantikan dengan aktiviti yang amat bererti - ibadah korban oleh rombongan Yayasan Amal, sebuah badan NGO. Daging korban telah diagihkan kepada seluruh warga.  Bagi pihak warga Kampung Perdamaian Sukhirin, KINI DAN SILAM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yayasan Unit Amal dan kepada mereka yang terlibat dalam bahagian korban tersebut. Semoga ibadat korban ini mendapat keredaan dan ganjaran dari Allah Taala.  KINI DAN SILAM difahamkan bahawa, ziarah korban rombongan ini  juga bertujuan mencari jawapan atas persoalan benarkan Rejimen Ke-10 "tidak bertuhan" dan "anti-agama" yang terus menerus dipropagandakan oleh Kerajaan UMNO BN, apakah Mat Indra yang memimpin pasukan Melayu menyerang Balai Polis Bukit Kepung pada tahun 1950 &qu

AIDILADHA DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
80 persen penduduk kampung ini terdiri dari bekas perajurit Rejimen Ke-10 dan anak/cucu mereka yang lahir selepas perdamaian 1989. Walaupun peperangan telah ditamatkan dan perdamaian telahpun dinikmati, namun cop "pengganas komunis", "tidak bertuhan", "anti-agama" dan sebagainya masih dikenakan ke atas mereka. Berikut adalah pilihan gambar-gambar menyambut Hari Raya Korban di Kampung Perdamaian Sukhirin yang dirakam sebentar tadi. Seorang anak generasi baru membacakan khutbah Aidiladha merakam gambar kenangan dengan Abdullah C.D. selesai solat.   upacara korban

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini, kepada rakan seperjuangan dan rakan-rakan dari berbagai aliran politik patriotik-demokratik. seterusnya boleh tonton di sini

SIAPA PENGKHIANAT KEPADA NEGARA?

Imej
Membaca berita arus perdana, kita tak putus-putus berhadapan dengan pembohongan-pembohongan bahkan sesetengahnya amat melucukan. Di atas adalah keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 Oktober 2011 yang memuatkan kenyataan Perdana Menteri 1Malaysia memfitnah golongan kiri Melayu sebagai "pengganas komunis". Kenyataan ini dibuat Perdana Menteri untuk menyanggah kenyataan Tuan Haji Mohd. Sabu yang melabelkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Mat Indera adalah seorang pemimpin pasukan gerila Melayu yang bergerak di Johor yang terlibat menyerang balai polis Bukit Kepung pada tahun 1950. Dari sini timbullah persoalan siapa pengkhianat dan siapa pula pejuang  kemerdekaan tanah air. Untuk mendapat jawapan sebenar atas persoalan di atas, kita cukup dengan memberikan jawapan kepada 54 solan yang dikemukakan oleh seorang mahasiswa remaja yang  disiarkan oleh blog tongkatbahaman. 54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun “merdeka…” Benarkah UMN