MENGAPA CLIFFORD MEMECAT DATOK BAHAMAN DARI JAWATANNYA

Hugh Clifford Penjajah British telah mengambil sederaten langkah untuk menguasai Negeri Pahang. Jauh pada tahun 1880-1881, melalui Frederick Weld ia telah memainkan taktik lunaknya untuk memujuk sultan dan pembesar-pembesar Pahang. Pada tahun 1885, Gabenor Chechil Clemente Smith pula telah mengirim rombongan yang diketuai Swettentam ke Pahang. Pada tahun 1887, Frederick Weld menghantar pegawai tingginya bernama Hugh Clifford bersama-sama Wan Mansor, adik Sultan Pahang yang lari ke Singapura. Clifford telah menjalankan dasar pecah belah, mempergunakan pertentangan di kalangan pembesar-pembesar, mencampurtangani perselisihan antara saudagar-saudagar dengan orang-orang besar di daerah-daerah serta menghantar ramai orang British dari Singapura ke Ulu Pahang. Pada bulan Julai 1887, Gabenor sendiri datang ke Pekan, menuduh Sultan melanggar perjanjian. Dengan demikian dia telah mengajukan beberapa syarat kepada Sultan antaranya mendesak Sultan meminta maaf, mengakui kekuasaan British ke a