
63 tahun yang lalu, golongan kiri terdiri dari parti-parti dan pertubuhan patriotik-demokratik telah melancarkan hartal di seluruh negara menuntut kemerdekaan penuh tanah air. Penjajah British dan tali barutnya bagaikan cacing kepanasan berhadapan dengan perjuangan rakyat tersebut. Beberapa bulan selepas itu, kaum penjajah telah mengisytiharkan undang-undang darurat mengharamkan semua parti-parti tersebut dan menyumbat para aktivis dan pemimpinnya ke penjara.
Walaupun hartal itu telah berlalu, tapi semangatnya tak pernah padam. Ia terus menyala memberikan kekuatan kepada kita untuk terus berjuang demi sebuah negara yang benar-benar merdeka, adil dan demokratik.
Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from
fahmi reza on
Vimeo.
Video oleh Fahmi Reza, dipetik dari
http://10tahun.blogspot.com/
Ulasan