PERISYTIHARAN PENUBUHAN REJIMEN KE-10
klip video ini sedutan dari filem PAHLAWAN KEMERDEKAAN yang diterbitkan oleh Studio TV Rejimen Ke-10 pada tahun 1986.
Blog sambungan Kampung Perdamaian Sukhirin – Kini Dan Silam. Kampung Perdamaian Sukhirin (Kampung Chulabhorn Patana 12) adalah sebuah kampung bermastautinnya bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya yang dibangunkan selepas penandatanganan perdamaian 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989. Rejimen Ke-10 didirikan pada 21 Mei 1949 di Temerloh, Pahang di bawah pimpinan Abdullah C.D., berjuang untuk kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah British.
Ulasan
kalau berjuang utk negara, kenapa komunis membunuh rakyat, mengancam rakyat, merogol, mencuri, membakar segala?
perjuangan komunis hanya berpaksikan pemilikan kuasa utk negara china.
dan falsafah komunis juga mengatakan 'Agama adalah umpama racun pd rakyat'. jd komunis bkn sahaja menentang rakyat yg tidak meneruti kerakusan komunis malah menolak sebarang agama. Wadah perjuangan seperti ini hanya menguntungkan org yg BERKUASA saja. menolak agama pulak tu... MasyaAllah. Sesat berjalan, balik ke pangkal jalan.
Tak cukup dengan itu dia memutarbelitkan kata2 Marx yang menyebut " candu masyarkat" menjadi "racun kepada rakyat".
Kalau tak tahu lebih elok tidak menunjukkan kebodohan sendiri.
Kepada tanpa nama sila semak fakta sejarah siapa sebenarnya yang menjajah Tanah Melayu, siapa yang bersuhabahat dengan penjajah dan siapa pula yang berjuang menentang penjajah. Apa pula balasan yang diterima oleh pejuang2 tersebut?