Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

DARI KEDAI HITAMPUTIH: RASHID MAIDIN DALAM KENANGAN

Imej
dvd dokumentari PUTERA SEJATI TANAH AIR RASHID MAIDIN dvd dokumentari PUTERA SEJATI TANAH AIR RASHID MAIDIN Durasi: 42 minit Format: DVD-r Penerbit: Muzium Sejarah Kampung Sukhirin Distributor: Alteraktif Harga: rm9 akan mula dijual pada 01okt2010 sebagai meraikan kelahiran rashid maidin pada okt 1917. Posted by sulaiman ibrahim at 12:05 AM --- untuk maklumat lanjut sila ke http://thekedaihitamputih.blogspot.com

RASHID MAIDIN: BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN

Imej
Dari p engamatan seharian dan analisis politik yang sistematik, PKM telah nampak jelas bahawa akan sampai ketikanya nanti penjajah British akan melancarkan penindasan besar-besaran, ganas lagi berdarah. Maka, pihak kepimpinan pusat PKM telah mengeluarkan arahan kepada kader-kadernya di dalam pelbagai organisasi untuk berundur ke desa. Berjuang Untuk Kemerdekaan Usaha gigih kami dari PKM, PKMM dan pelbagai pertubuhan seperti kesatuan-kesatuan buruh dan persatuan-persatuan anak negeri, serta juga oleh tokoh progresif berbilang kaum menyebarkan cita-cita ‘Merdeka’, telah disambut hangat oleh semua lapisan rakyat seluruh tanah air. Pekikan ‘Merdeka!’ kedengaran berkumandang di sana sini. Seruan Merdeka di kalangan orang Melayu yang paling lantang ketika itu ialah dari PKMM dan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), kemudian Pembela Tanah air (PETA), (pengganti API yang diharamkan oleh penjajah British) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM),

CHEN NAN @ HAJI HASHIM MENYUMBANGKAN JIWA REMAJA DEMI KEMERDEKAAN TANAH AIR

Nama asal Kawan Chen Nan iaLah Chen Kwang Chang. Pada masa Perang Anti-Jepun beliau bernama Lao Yang; masa perjuangan secara damai selepas tamat Perang Dunia Kedua bernama Ah Mu dan pada masa Perang Anti-British bernama Chen Nan. Kawan-kawan Melayu membahasakan beliau sebagai Kawan Haji Hashim. Nama Haji Hashim diberikan oleh Allahyarham Ahmad Boestamam ketika beliau bermesyuarat bersama kawan-kawan dalam PKMM. Kawan Chen Nan lahir di Taiping, Perak pada tahun 1921. Masa kecil menerima pelajaran dalam bahasa Cina dan Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuala Lumpur, beliau sudahpun memperhatikan peristiwa-peristiwa penting dalam negeri, mengambil berat jesejahteraan dan kesengsaraan rakyat, tidak puas hati pada pencerobohan dan pemerintahan imperialis British. Kerana itulah beliau menyertai gerakan pelajar. Dalam gerakan itu, beliau telah bertemu dengan kader Parti Komunis Malaya (PKM), kemudian beliau menjadi anggota PKM, dan menjadi seorang anasir cergas dalam

RASHID MAIDIN: MENGOBARKAN SEMANGAT MERDEKA

Imej
Masa itu merdeka hanya lahir dari mulut golongan kiri sahaja. Masih ada lagi golongan United Malay National Organisation (UMNO), mereka bukan saja tidak mahu kemerdekaan, tapi menentang gerakan kami pula. Masa itu UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Mereka berkata kami berjuang, tetapi ‘buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon.’ Mengobarkan Semangat Merdeka Kerja menerbitkan akhbar juga ada pahit manisnya. Dari segi kewangan menerbitkan akhbar, kami terpaksa berjimat cermat. Itu pun mujur jugalah pengarang kami terdiri dari orang-orang progresif yang sama-sama bercita-cita dan bersemangat kemerdekaan. Mereka tidak pentingkan sangat soal ganjaran, tapi bekerja dengan penuh kesedaran untuk perjuangan. Untuk menjimatkan wang, kami beli kertas besar, jadi terpaksalah potong sendiri. Setelah akhbar dicetak, saya terpaksa pula mengedarnya ke kedai-kedai buku untuk dijual, kemudian memungut hasil penjualannya pula. Dalam perjalanan mengurusk

KAWAN NORDIN, PUTERA TERPUJI ANAK TANI MISKIN

Imej
Kawan Nordin dilahirkan di sebuah pondok usang di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. Ayahnya seorang petani miskin yang rajin dan jujur. Sejak kecil Kawan Nordin hidup dalam kesusahan. Pada 20 Jun 1948, kaum penjajah British mengharamkan semua pertubuhan yang berjuang untuk kemerdekaan serta melakukan penangkapan di seluruh negara. Ramai aktivis politik masuk hutan memanggul senjata menentang penjajah British. Kezaliman kaum penjajah British dan anjing buruannya telah membangkitkan kesedaran nasional di dada Kawan Nordin. Dengan keinginan kuat untuk menghalau kaum penjajah British dari bumi tanah air Kawan Nordin telah menyertai pasukan asas Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pada akhir tahun 1948. Apabila Rejimen Ke-10 dirasmikan pada 21 Mei 1949, beliau menjadi salah seorang anggota pengasas pasukan tersebut. Beliau berani bertempur, tekun bekerja, memperhatikan politik, giat belajar,kemajuannya cepat meningkat. Pada tahun 1949 beliau menjadi anggota PKM dan d

MAJLIS PELANCARAN BUKU THE ROAD TO REFORM

Imej
Majlis Pelancaran buku The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor : 7:30 malam Isnin, 27hb Sept Salam sejahtera, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) menjemput anda ke majlis pelancaran buku The Road To Reform: Pakatan Rakyat In Selangor di Petaling Jaya. The Road to Reform merupakan buku pengenalan tentang pengalaman reform Selangor yang pertama lagi menyeluruh, berikutan Pilihanraya Mac 2008, dengan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional. Dengan susunan sekitar empat aspek teras perubahan – politik, ekonomi, sosial dan budaya – Para penulis fokus pada kedua-dua pencapaian dan kesukaran ketika merealisasikan cita-cita Pakatan. Buku yang ringkas, padat lagi mudah diperolehi ini wajib dibaca bagi sesiapa yang prihatin terhadap dasar dan politik perubahan Malaysia pada persimpangan yang penting serta genting ini. Antara penulis-penulis yang hadir pada majlis pelancaran buku ialah: Abdul Aziz Bari, Wong Chin

DI MANA BUMI DIPIJAK: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Imej
2 Feb. 1963 - Operasi 'Cold Store' di Singapura: Penindasan terhadap golongan kiri, kononnya kerana menentang pembentukan Malaysia; ada tahanan politik yang ditahan berpuluh-puluh tahun tanpa bicara. 4 April 1963 - Indonesia umumkan 'Konfrontasi' membantah pembentukan Malaysia. 16 Sep. 1963 - Malaysia dibentukkan (tanpa Brunei) tanpa persetujuan rakyat. Indonesia dan Filipina menentang rancangan British ini. Penentangan terhadap Malaysia dijadikan alasan untuk menahan beribu-ribu pemimpin dan aktiis pembangkang tanpa bicara. Antaranya, Dr. Burhanuddin, Presiden PAS, Pak Sako, Pengerusi Parti Buruh, Boestamam, Ketua Parti Rakyat, dan Aziz Ishak, bekas Menteri UMNO. 1965 - Kongres Ekonomi Bumiputera pertama menuntut kemajuan ekonomi Melayu. 9 Ogos 1965 - Singapura keluar dari Malaysia. 31 Ogos 1957 - Hamid Tuah dan pengikutnya yang kelaparan tanah membuka ladang tanpa izin pemerintah di Teluk Gong dengan sokongan mahasiswa serta cerdik pandai. Okt. 1967 -

BABAK KEDUA PENUKARAN KUDA

Imej
Pada pertengahan bulan Januari tahun 1953, McDonald memanggil Onn bin Jaafar dan rakan-rakannya ke Ipoh untuk bersidang. Mereka yang ikut serta dalam sidang tersebut ialah Onn bin Jaafar, E.E. C. Thuraisingam, P.P. Narayanan, Menteri-menteri Besar Perak dan Kelantan serta Yong Seok Ming, Sia Yu Chiang, Wai Chi Kang, Kim Sui On dan seorang Serani dari Pulau Pinang bernama V. Shelly, Tan Cheng Lock anak beranak sudah bermasam muka dengan Onn bin Jaafar, jadi mereka berdua tidak hadir. Di sidang itu McDonald telah menganalisa situasi politik dan berkata bahawa Perikatan MCA-UMNO dikuasai orang Cina. Dia meminta para hadirin mengkaji masalah jalan keluar bagi Parti Kemerdekaan dan Onn bin Jaafar menurut situasi politik ketika itu. Dia mengusulkan penubuhan Badan Politik Pusat yang terdiri dari wakil-wakil semua parti politik dan pertubuhan, dua tiga orang pegawai British seperti dia juga boleh turut serta untuk membincangkan masalah pemerintahan sendiri. Itulah jalan yang paling baik ka

PERANG DI MALAYA: 1 GERILAWAN LAWAN 65 ASKAR BRITISH

Imej
Tidak lama setelah Henry Gurney mati, Parti Konservatif telah berkuasa semula di Inggeris. Kekalahan Inggeris di Malaya sangat mencemaskan benggolan-benggolan Parti Konservatif. Pada bulan November tahun 1951, Setiausaha Tanah jajahan Oliver Lyttleton diutus untuk bergerak di negeri kita, kemudian Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi merangkap Pengarah Gerakan yang baru pada bulan Februari tahun 1952. Ketika itu, imperialis British dalam petunjuknya kepada Temper berkata”Malaya harus dijadikan sebuah negara yang mewujudkan pemerintahan sendiri sepenuhnya pada masa yang dianggap sesuai. Kerajaan Inggeris yakin benar negara ini akan tetap tinggal dalam Komanwel dan pemberontakan komunis sedang menghambat kemajuan politik negara ini”. Oleh kerana itu, katanya, “tugas utama Gerald Templer ialah memulihkan undang-undang dan ketertiban Malaya agar dapat menghapuskan halangan di jalan kemajuan”. Dalam ucapannya setelah ia memegang jawatan itu, Gerald Templer berkata baha

FELDA

Imej
Oleh: Dr. Nasir Hashim HASRAT PENEROKA LADANG TIDAK KESAMPAIAN ‘Li (Rosli) bangun nak …. Bangunlah.’ Entah berapa kali rayuan Ayah berdendang di telinga ku. Aku mencelikkan mata. Jam di tangan mengisyaratkan 4:30 pagi. Menggosok mata lagi. Selalunya Emaklah yang mengejut aku pada pagi-pagi buta seperti ini. Bukan Ayah. ‘Tolong Ayah toreh getah nak. Ayah tak berapa sihat. Takut tak sempat dapat kuota kerja.’ Setahu aku, semenjak aku melangkah masuk Maktab hinggalah sudah bekerja, Ayah tidak lagi menyuruh aku menoreh getah ataupun memungut sekerap getah. Ayahlah yang selalu mengingatkan Emak supaya jangan kejutkan aku dari mimpi. Dah lah aku balik sekali sekala. Maka biarlah aku tidur sepuas-puas hati. Begitulah kehendak Ayah ku. Tapi …. Kali ini Ayah perlukan tenaga ku. Kalaulah aku dapat membantu Ayah .…. apa salahnya. Dapatlah aku mengimbau kembali zaman muda ku di Kampong Bombai, Melaka. Dulu, bukan aku tidak pernah menolong Ayah menoreh getah, membekukan getah, memerahk

SUASANA AIDILFITRI DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
menjelang solat sunat Aidilfitri Solat Sunat Aidilfitri Menziarahi Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani --- Gambar dirakam oleh Aman

KENANGAN RAYA DI REJIMEN KE-10

Klip 1 Selamat Hari Raya (clip 1) Uploaded by hmn07 . - Arts and animation videos. Klip 2 Selamat Hari Raya (clip 2) Uploaded by hmn07 . - Independent web videos. Klip 3 Selamat Hari Raya (clip 3) Uploaded by hmn07 . - Watch original web videos. Klip 4 Selamat Hari Raya (clip 4) Uploaded by hmn07 . - Discover more animation and arts videos.

BUKU BARU DARI GERAKBUDAYA - SEPTEMBER 2010

Imej
Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan Abdul Hadi Awang Publisher: Jundi Resources Year: 2010 129 Pages RM15.00 / SGD10.50 Buku ini ditulis oleh seorang ulama gerakan Islam tersohor tanahair yang telah puluhan tahun tidak pernah jemu untuk menyampaikan Islam yang syumul kepada masyarakat, tokoh maestro kebangkitan Islam ini juga telah mengarang lebih daripada 40 buah buku bernunsakan fikrah dan dakwah yang tersebar ke seluruh Negara semenjak dekad 80-an. Tuan Guru selain memimpin pertubuhan siasah cum dakwah terbesar di negara ini, juga disela-sela kesibukan itu juga sentiasa berbakti di ladang ilmu dengan berkhutbah, berkuliah, membentangkan kertas kerja , menyampaikan tazkirah dan pelbagai program. Panduan di antara ilmu dan segudang pengalaman maka lahirlah karya ini bagi menambahkan koleksi maklumat dan suluhan ilmu kepada masyarakat Islam di negara ini. Buku ini membicarakan persoalan penting di alaf baru ini, persoalan Pal

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI WARGA KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Gambar: bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin (klik gambar untuk paparan yang jelas)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Imej

BABAK PERTAMA TUKAR KUDA

Imej
Setelah pulang dari London pada tahun 1949, Tunku Abdul Rahman pun dilantik menjadi Timbalan Pendakwaraya di Kuala Lumpur oleh imperialis British, agar supaya dia dapat memainkan peranan lain pula dalam penipuan politik yang dijalankan imperialis British. Pada tahun 1947 hingga 1948, ketika dia masih berada di London dia menyenandungkan lagu yang senada dengan Onn bin Jaafar yang ada di dalam negeri dalam usaha membela mati-matian hak istimewa dan kedudukan sultan-sultan,menentang syarat-syarat kewarganegaraan dan menganjurkan dipulihkannya keadaan sebelum Perang Dunia Kedua. Tapi setelah dia balik dari London, imperialis British pun mulai menggunakannya sebagai kuda tunggangan yang lain. Ia telah membuat pendapat awam bagi Tunku Abdul Rahman agar boeh diangkat naik takhta menggantikan Onn bin Jaafar bila perlu. Oleh kerana itu dia sentiasa bertengkar dengan Onn bin Jaafar baik di sidang UMNO mahpun di tempat-tempat lain. Misalnya dia mendendangkan lagu basi chaovinisme jika Onn bin

MERDEKA dan SEBUAH NEGARA PENCURI

Imej
MERDEKA dan SEBUAH NEGARA PENCURI (http://www.tongkatbahaman.com) Jika rakyat buta dan jahil tentang bagaimana kemerdekaan negara diperjuang dan dicapai maka apakah makna merayakannya…! Perayaan yang saban tahun diselubungi propaganda politik UMNO. UMNO telah menulis sejarah merepeknya untuk diwarisi oleh generasi muda seperti seorang gadis yang disolek sesuka hati hingga kita tidak mengenal wajahnya yang sebenar…! Akibatnya generasi muda langsung tidak memahami sejarah bangsanya sendiri. Sejak dari dulu pemimpin-pemimpin UMNO memang sangat cekap dalam mencuri. Mulanya mereka mencuri jasa dan usaha PUTERA-AMCJA yang terdiri dari gabungan tenaga progresif yang telah diterima oleh rakyat Malaya mendesak merdeka dari British. Golongan progresif ini diburu hingga ke hutan hanya kerana semboyan “MERDEKA“nya. Dari sinilah orang tua-tua Melayu telah mencipta satu peribahasa “ Lembu punya susu sapi dapat nama” dan “Senohong gelama ikan duri, bercakap berbohong lama-lama mencuri”. Bermula

PENIPUAN PEMERINTAHAN SENDIRI

Imej
Setelah Perang Pembebasan Nasional Anti-British meletus, imperialis British dengan kalap sekali berteriak-teriak bahawa ia dapat menumpas perlawanan bersenjata rakyat dalam tempoh setengah tahun atau setahun setengah. Strategi perang cepat selesainya telah bengkrap dan ia terlepur dalam rawa-rawa perang jagka lama kerana kekuasaan penjajahannya amat tidak mendapat tempat di hati rakyat dan kerana perlawanan gagah berani rakyat negeri kita. Untuk menyelamatkan diri dari kegagalannya, imperialis British telah mendatangkan tenteranya yang lebih banyak lagi bagi memperkuat serangannya di samping memainkan penipuan politik pula. Pertama-tama McDonald telah mengadakan mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil bangsawan feudal, pegawai-pegawai rejim penjajah, borjuis komprador besar dan pengkhianat buruh di tempat kediaman Onn bin Jaafar pada 31 Disember 1948. Pada 10 Januari tahun 1949, apa yang disebut “jawatankuasa perhubungan kaum” telah ditubuhkan di bawah pimpinan McDonald; antara an

RANCANGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN PERJUANGAN MENENTANGNYA

Imej
Untuk memperalatkan lebih lanjut Onn bin Jaafar dan sebangsanya, imperialis British telah mengumumkan dibatalkannya rancangan Malayan Union dan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengulangkaji masalah sistem perlembagaan pada keseluruhannya pada bulan Julai tahun 1946. Pengerusi Jawatankuasa itu ialah Macdonald dan 11 orang ahlinya terdiri dari 5 orang pegawai British dan 6 orang wakil Sultan berbagai negeri dan UMNO. Setelah bergerak di belakang tabir selama 3 bulan, mereka menelurkan konsep persetujuan tentang Persekutuan Tanah Melayu. Konsep tersebut menetapkan 9 buah negeri dari Melaka di Semenanjung serta Pulau Pinang bercantum menjadi Persekutuan Tanah Melayu; nama Gabenor imperialis British ditukar menjadi Pesuruhjaya Tinggi, kedudukan sultan sebelum Perang Dunia Kedua dipertahan, hak istimewa orang Melayu ditegaskan dengan maksud yang tersembunyi; pembatasan permohonan kerakyatan dari orang bukan Melayu diperketat dan lain sebagainya. Konsep itu dengan sepintas lalu menggambar

TUKAR TIUB SEMPENA HARI MERDEKA

Selasa, 2010 Ogos 31 ANAK MUDA BANGUN MELAWAN FAKTA FAKTA YANG WAJIB DI KETAHUI OLEH GENERASI MUDA MERDEKA : laungan merdeka datangnya dari KMM – kesatuan melayu muda yang ditubuh pada tahun 1938. parti melayu kiri pertama yang mengerakan nasionalisma melayu. parti ini di haram kan oleh penjajah british. bila KMM haram maka british menubuhkan gerombolan. lihat tarikh gerombolan lama ditubuhkan pada tahun 1946. KMM melaungkan MERDEKA ! untuk tanah melayu gerombolan lama meluangkan hidup melayu ! kerana ketika itu kurang rasuah untuk beli oxygen MERDEKA TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH: ini bohong. ini tipu besar. ini lebong. ini sengaja di sebarkan oleh gerombolan. parti komunis, angkatan pemuda insaf, awas, peta adalah antara puluhan organisasi yang angkat senjata melawan british. beratus ribu yang gugur tewas mengabadikan darah mereka untuk kelahiran malaya yang merdeka. kalau tak percaya tanya robert kouk yang kaya raya itu. adik dia gugur di hutan p

MUSTAPHA HUSSEIN: PEJUANG KEMERDEKAAN

--- Video diciplak dari Astro lihat juga: Mustapha Hussein, Berjuang Untuk Kemerdekaan Tanah Air NASIONALIS, AGAMA, SOSIALIS DAN KOMUNIS DALAM KONGRES ISLAM DI GUNUNG SEMANGGOL