MERDEKA? APA ITU...
Merdeka? Apa itu...
(Kiriman dari anak muda generasi baru sempena hari kemerdekaan ke-53)
(Kiriman dari anak muda generasi baru sempena hari kemerdekaan ke-53)



Bagaimana British boleh menjadi begitu pemurah.
British telah memberi kemerdekaan separa masak kepada Tunku Abdul Rahman atas berbagai sebab. Dua sebab terpenting ialah kerana

• British mahu menjaga harta benda seperti ladang-ladang estet dan pemilikan-pemilikan yang lain. Dengan itu mereka mencari barua iaitu UMNO untuk menjaga kepentingan tersebut sebelum mereka beransur-ansur meningalkan Malaya dengan tidak mengalami kerugian.
Kemerdekaan hari ini bukanlah mudah dicapai seperti yang digambarkan di TV1,TV3 dan lain-lain media arus kerajaan. Ia juga bukan dicapai dengan manis mulut pandai berpelat Inggeris di London. Ia adalah hasil rentetan perjuangan yang panjang. Yang digambarkan oleh media kerajaan ialah tentera Malaysia memerangi PKM (selepas merdeka), tidak pula kita gambarkan tentera rakyat dari PKM memerangi Inggeris.(sebelum merdeka) Siapa yang datang dan menjajah kita? Inggeris ataupun PKM? siapa yang melawan Inggeris? Perjuangan yang membuahkan hasil dan yang terakhir ialah perjuangan bersenjata dari Parti Komunis Malaya.
Mengapa PKM perlu berjuang mengangkat senjata?
Perjuangan kemerdekaan menghalau British ibarat menghalau tetamu yang tidak diundang nyah dari rumah tempat kita berteduh. Mula-mula ada seseorang memberi salam mahu berkenalan dan bersembang diluar pagar rumah. Apabila lama kelamaan dia bosan dan meminta untuk masuk berbual didalam rumah. Tuan rumah pun mengizinkan, kemudian dia meminta untuk bermalam hanya semalaman kerana hari sudah lewat. Selepas itu, dia makin kerap mahu bermalam dirumah kita kerana katannya sungguh enak berada dirumah ini. Pada waktu malam pula, selepas tuan rumah tidur nyenyak, dia memikirkan untuk menyamun harta benda yang ada dirumah tersebut dan membawa pulang kerumahnya. Setelah berjaya menyamun, dia mahukan rumah itu pula lalu dipaksanya tuan rumah supaya menukar nama pemilikan. Akibat takut yang amat sangat, tuan rumah pun menukarkan pemilikan dan telah kehilangan tempat berteduh. Apabila hujan, mahu juga si bekas tuan rumah mencari tempat berteduh dirumah itu tetapi telah dihalaunya. Akibat tidak tahan lagi dengan perlakuan si penyamun, tuan rumah menjadi berang lalu mengumpulakan segala kekuatan ahli keluarga dan seluruh kampung untuk mengusir penyamun itu keluar dari rumah itu dengan apa cara sekalipun. Maka merekapun cuba mengajak penyamun berunding tetapi tidak dilayannya. Akibat tidak ada jalan lain lagi, tuan rumah telah bawalah segala jenis parang, tombol, dan lain-lain senjata untuk mengasak supaya si penyamun keluar. Tindakan ini telah disengasalahertikan oleh polis dan mengecap tindakan ini sebagai mengganas lalu polis berkomplot dengan si penyamun kerana mereka menerima rasuah. Akibat takut dengan amukan oleh orang kampung, si penyamun melantik si polis untuk menjaga harta benda dirumahnya lalu penyamun lari meninggalkan rumah dan kampung itu. Sebelum penyamun meningalkan rumah tersebut, dia memberitahu si polis bahawa jangan cuba memburukkan namanya atau dia akan datang semula menyamun.
31 Ogos 2010 ini, kita perlu merongkai tulisan-tulisan sejarah arus kerajaan yang sudah terbelit dek penulisan sejarawan UMNO. Sumbangan dari semua pihak kearah kemerdekaan haruslah diiktiraf dengan mengenepikan permusuhan. Para sejararawan negara perlulah menulis sejarah dengan jujur dan benar untuk tatapan generasi mendatang agar mereka sedar kesenangan yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan dengan darah oleh moyang mereka dahulu. Dari sini, kita dapat melahirkan masyarakat yang teguh jati diri (menolak rasuah) yang cintakan tanah air dan berjuang untuk membela rakyat dari ditindas.
Selamat Hari Merdeka!
Ulasan