MERDEKA? APA ITU...

Merdeka? Apa itu... (Kiriman dari anak muda generasi baru sempena hari kemerdekaan ke-53) Jika kemerdekaan 31 Ogos 1957 berlatarbelakangkan Inggeris, apa pula beza sambutan kemerdekaan pada 2010. Bezanya hari ini kita tidak lagi nampak kelibat penjajah Inggeris meliar-liar di kampung atau dibandar tetapi telah ditukar dengan kelibat pemimpin-pemimpin dari parti penyamun warisan penjajah iaitu UMNO di kaca televisien, radio, surat khabar, dan lain-lain media propaganda kepunyaan mereka. Mereka mendakwa merekalah yang memerdekakan negara ini dari British. Tetapi patung di Tugu Negara menunjukkan orang-orang Inggeris yang mengibar bendera Malaysia dengan memijak jasad tentera rakyat. Persoalan timbul, mengapa muka Inggeris pucat lesi itu terpacak di tugu yang sepatutnya dimuatkan dengan gambar-gambar pahlawan-pahlawan negara yang telah gugur beratus tahun dahulu untuk kemerdekaan hari ini supaya diingati semula? Merdeka bermaksud kita bebas dari segala bentuk cengkaman. Hari ini, k