JUMAAT DI MASJID DARUL AMAN
30 Julai 2010 - Masjid Darul Aman di Kampung Perdamaian Sukhirin di penuhi makmum yang menunaikan solat Jumaat. Ikut sama menunaikan solat beberapa orang tamu dari kampung jiran. Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 adalah sebuah kampung yang didirikan khas untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya dengan bantuan Kerajaan Diraja Thailand. Sejak dari Darurat 1948 kaum penjajah British telah melebel mereka sebagai pengganas dan anti-agama kerana mereka menentang penjajah secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Selepas merdeka hingga kini, lebel ini diberikan pula oleh kerajaan Malaysia. Gambar-gambar yang dipaparkan di bawah adalah mereka yang dilebel pengganas dan anti-agama tersebut.