Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

BERPERANG DAN BERHIJRAH

Imej
Oleh: Minda Panji Darman “Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah .... Al-Imran: 110) JIKA rakyat dan orang Islam di Malaya betul-betul membaca al-Quran dan memahami ajarannya pasti mereka tidak dapat ditembusi oleh sebarang dakyah, tipudaya dan propaganda kaum Imperialis Inggeris. Tidak mungkin sama sekali Malaya dijajah begitu lama hingga 450 tahun. Penjajahan yang begitu lama telah menyebabkan orang-orang Melayu berada di dalam kegelapan yang panjang. Dalam kegelapan ini tidak mustahil juga wujud dari bangsa ini musuh-musuh dari kalangan mereka sendiri yang menentang tindakan revolusioner sebangsanya untuk keluar dari tekanan luar pada masa itu.

ZIARAH PEJUANG-OLEH AHMAD NIZAM HAMID

Imej
Kawan Tahir atau lebih dikenali oleh kawan-kawan Rejimen Ke-10 sebagai Penghulu adalah seorang kader veteran yang amat dihormati oleh para perajurit. Beliau pulang ke kampung halamannya selepas Rejimen Ke-10 memberhentikan perjuangan bersenjata selaras dengan perjanjian perdamaian 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Pari Komunis Malaya yang ditandatangani di Hadyai pada 2 Disember 1989. Berikut adalah petikan posting dari blog Saudara Ahmad Nizam Hamid, LANAILESTARI .

TEKS UCAPAN KAWAN AFFANDI, PENTERJEMAH MEMOIR ABDULLAH C.D.

Imej
Tiga bahagian memoir terjemahan dalam bahasa Tionghua ini semuanya berjumlah 440,000 huruf layak digelar sebagai sebuah karya sejarah yang agung. Memoir ini bersama satu lagi karya sejarah yang agung berjumlah lebih empat ratus ribu huruf Tionghua, iaitu My side of History dari Setiausaha Agung PKM, Chin Peng, menjadi dua buah dokumen sejarah yang amat penting dan bermakna. .

BLOG BARU TONGKAT BAHAMAN

Imej
KINI DAN SILAM mengucapkan selamat belayar kepada blog TONGKAT BAHAMAN (http://www.tongkatbahaman.com) yang baru dilancarkan pada bulan Mei lepas. Dengan ciri reka bentuk menarik, blog ini turut membongkar sejarah tanah air yang cuba dilindungi dari pengetahuan umum. “Tongkat Bahaman adalah sebuah laman web yang bersifat kritikal terhadap semua pandangan, fahaman atau ideologi sekalipun. Memperjuangkan kebenaran dan kebaikan, menentang kebatilan dan kebejatan seperti yang diperintahkan oleh Al-Quran:”

MAT INDERA: PENJARA TAK TAKUT, GANTUNG TAK GENTAR

Imej
Mat Indera amat disayangi oleh massa revolusioner yang cintakan kemerdekaan ibu pertiwi tetapi amat dibenci oleh kaum penjajah British. Oleh itu kaum penjajah telah menawarkan hadiah 25,000 ringgit jika dapat menangkap hidup-hidup Mat Indera dan 10,000 ringgit jika dapat dibunuh. Mat Indera bersama rakan guru agama kerajaan Johor.

MAT INDERA PUTERA TERPUJI KELAS BURUH JOHOR

Imej
Mat Indera lahir dalam sebuah keluarga miskin di Muar, Johor dan mempunyai tiga orang adik beradik. Kerana kemiskinan, beliau hanya dapat bersekolah Melayu beberapa tahun sahaja dan kemudian meneruskan pelajarannya ke sekolah agama. Berkat kemajuannya dalam belajar dan atas perhatian guru besarnya, beliau dapat menjadi guru agama untuk sementara waktu. Sebagai seorang guru yang baik, pengaruhnya dengan cepat tersebar luas di kalangan pelajar-pelajar dan orang ramai di Muar serta daerah sekitarnya.

FILEM BUKIT KEPUNG DAN PERTEMPURAN MENYERANG BALAI POLIS

Imej
Pada 23 Februari 1950, satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun. Mereka mengetahui bahawa polis-polis di situ terdiri dari orang Melayu. Untuk mengelakkan pertumpahan darah yang besar mereka tak putus-putus melaungkan seruan "surrender", "buang senapang tak mati", agar polis-polis itu terselamat dari maut. Akan tetapi kerana polis-polis itu berlawan mati-matian, mereka terus ditekan dengan tembakan hebat dan lontaran bom tangan sehingga balai polis tersebut terbakar dan ditawan. Kompeni tersebut merampas sejumlah senjata dan peluru.

PELANCARAN MEMOIR ABDULLAH C.D.: ALU-LUAN DARI WAKIL PENAJA

Imej
Rejimen Ke-10 , pasukan Melayu dari PKM, adalah barisan pahlawan, barisan pengibar panji antara rejimen-rejimen TPNM yang lain. Kenyataan terbukti bahawa Kampung Perdamaian Sukhirin yang didiami bekas perajurit-perajurit Melayu juga yang terbesar dan teramai sekali penduduknya antara empat kampung perdamaian PKM di selatan Thai. ALU-ALUAN Saudara-saudari sekalian, Sahabat-sahabat lama dan Kawan-kawan sekalian,

PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH 20 JUN '48

Imej
Tamat Perang Dunia Kedua, imperialis British segera menghantar tentera ekspedisinya mendarat di Malaya dan meletakkan semula negeri kita di bawah pemerintahan langsung empayar Britain. Kerana tidak rela diperhamba lagi, rakyat negeri kita telah menyuarakan seruan memperjuangkan kemerdekaan. PKM, PKMM dan lain-lain pertubuhan patriotik demokratik berbagai aliran semua kaum rakyat negeri kita melancarkan serentetan perjuangan melawan pemerintahan imperialis British. (gambar kanan : Inilah wajah-wajah algojo sebenarnya disebalik Undang-Undang Darurat 1948)

PELANCARAN BUKU

Imej
PELANCARAN BUKU TARIKH: Sabtu 26 Jun 2010 MASA: 11am – 1pm TEMPAT: KL and Selangor Chinese Assembly Hall, Jalan Maharajalela PROGRAM: Kata-kata aluan oleh Nora Murat (Amnesty International) Panel: Edmund Bon Tai Soon (Chairperson Constitutional Law Committee Bar Cauncil) M. Ravi (Dedicated abolitionist and Yong Vui Kong’s lawyer in Singapore) Alan Shadrake (Penulis)

DARURAT DAN KEMERDEKAAN

Imej
Dua ciri penting Darurat ialah, pertama dengan melaksanakan Undang-undang Darurat penjajah British cuba memadamkan semangat kemerdekaan yang sedang menggelora ketika itu yang dipelopori oleh PKM, PKMM dan lain-lain; kedua ia telah membangkitkan perlawanan bersenjata golongan patriotik-demokratik di bawah pimpinan PKM. Sila rujuk KEDAI HITAM PUTIH (http://thekedaihitamputih.blogspot.com/) untuk mendapatkan buku DARURAT DAN KEMERDEKAAN

JOMO: SASARAN 30% EKUITI BUMI TIDAK AKAN TERCAPAI

Imej
Jomo: Sasaran 30% ekuiti bumi tidak akan tercapai http://www.malaysiakini.com Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS. "Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

AMANAT PEJUANG BAHAMAN KEPADA REJIMEN KE-10

Imej
“Jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.” “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”. “Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya.” 100 tahun lebih yang lalu, daerah Temerloh pernah berkobar pemberontakan kaum tani Melayu melawan penjajah British di bawah pimpinan Datok Bahaman. Pemberontakan yang bermula di daerah Temerloh itu dengan cepat merebak ke seluruh Negeri Pahang. Pada masa itu kaum tani di sana di bawah pimpinan Datok Bahaman telahpun mengenal sifat-sifat pencerobohan dan niat jahat penjajah British yang hendak merompak kekayaan bumi tanah air dan hendak menghamba abdikan rakyat.

DIALEKTIKA: SITI NORKIAH BT. MAHMUD BAGINDA

Imej
Siti Norkiah binti Mahmud Baginda

MASSA RAKYAT DI KAMPUNG BERKURUNG TEGUH MENYOKONG REJIMEN KE-10

Imej
Kampung-kampung di sekeliling bandar Temerloh seperti Buntut Pulau, Pangkalan Manggis, Bangau Tanjung, Bangu Parit, Bukit Pak Silat, Batu Satu, Tanjung Lalang, Batu Tiga, Gantuk, Songsang, Kenalau, Tualang terdiri organisasi massa yang kukuh sebagai pangkalan gerila kita. pondok pengawal untuk mengawasi orang ramai dalam kampung berkurung

BRIGS DIRIKAN KAMPUNG BERKURUNG NAK PUTUSKAN HUBUNGAN TPNM DENGAN ORANG RAMAI

Imej
Semasa Darurat (1948-1960) seramai 1.2 juta penduduk desa (iaitu kira-kira 1/7 penduduk Malaya ketika itu) telah dipindahkan dari tempat kediaman mereka, kira-kira 650 ribu orang (42% India, 38% India dan 16% Melayu) telah dikumpulkan semula di estet-estet getah, lombong bijih dan sekeliling pekan yang wujud pada masa itu. (gambar kiri: General Brigss) Lori dan trak tentera digunakan untuk memindah paksa orang ramai ke kampung-kampung berkurung

JEMPUTAN KE MAJLIS BERSAMA KAWAN-KAWAN KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Semua dijemput hadir ke dua majlis bersama bekas anggota Rejimen Ke-10. Kepada yang berminat sila ikuti panduan di bawah. (1) JEMPUTAN KE UPACARA PELANCARAN MEMOIR ABDULLAH C.D. (EDISI CINA) 1. Tema: Upacara Pelancaran Memoir Abdullah C.D. 2. Masa: Pukul 7.30 malam 19 Jun 2010 3. Tempat: Tingkat 2 Bangunan Kesatuan Cina Selangor, KL (Dewan She Fang Shan) Agenda: a. Menayangkan gambar2 kehidupan biasa Pengerusi PKM Abdullah C.D.

SAJAK TT: MEREKA PUN DATANGLAH

Imej
MEREKA PUN DATANG LAH tukar tiub mereka pun datang lah siapa siaga senjata di tangan berdiri tecegak jentolak besar mula bergerak sebatang demi sebatang jatuhlah pohon pohon zaiton ha ha ha maka gugur bertaburan buah buah zaiton bertaburan seperti terputusnya tali tasbih mereka pun datang lah soldadu soldadu gagah berdiri berselendang besi berseligi di tangan siapa siaga membedil siapa sahaja maka anak anak pun membaling batu ha ha ha maka anak anak pun membaling batu ha ha ha lalu di tembak gas pemedih mata ha ha ha maka anak anak pun membaling batu ha ha ha lalu di tembak peluru getah ha ha ha maka anak anak pun membaling batu ha ha ha lalu ditembak peluru hidup

SULUH MALAYA

Imej
Majalah Suluh Malaya terbitan 18 Mei 1946

KAWAN ASMARA PUTERA TERPUJI NEGERI JOHOR

Kawan Asmara seorang pahlawan yang gagah perkasa dalam pertempuran dan tidak gentar menghadapi musuh yang ganas. Beliau adalah seorang anggota PKM yang setia, jiwa raganya dipersembahkan untuk kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat. Nama asal Kawan Asmara ialah Hashim bin Osman. Beliau lahir pada tahun 1925 di sebuah kampung di Segamat, Johor dan sejak kecil lagi telah kehilangan ibu bapa. Kawan Asmara sempat belajar selama 3 tahun di sekolah Melayu dan beberapa tahun di sekolah Inggeris, kemudian menyambung pelajaran di sekolah pertukangan untuk belajar ilmu injin dan bertukang besi. Tapi malangnya, Perang Pasifik telah meletus, Malaya telah diduduki fasis Jepun, maka pelajarannya pun terbengkalai.

BERTEMPUR DENGAN ASKAR AUSTRALIA DI BUKIT CHEMPEDAK

Imej
Askar Australia adalah antara askar komanwelth yang dibawa kaum penjajah British ke Malaya. Mengikut catatan 8 batalion askar Australia telah dikerahkan untuk mempertahankan kekuasaan British di Malaya. Pasukan komanwel ini dipropagandakan sebagai handal bertempur, banyak pengalaman, pernah menegakkan jasa dalam Perang Dunia Kedua dan lain-lain oleh penjajah British. Akan tetapi hakikat mereka sebagai tentera upahan penjajah terbongkar apabila berhadapan dengan pasukan tentera rakyat yang berjuang untuk rakyat dan tanah air. Senjata moden mereka tidak dapat menundukkan perajurit tentera rakyat yang hanya menggunakan persenjataan yang amat sederhana atau ketiggalan zaman. Perajurit Rejimen Ke-10 sedang berlatih militeri

BUKU BARU DARI GERAKBUDAYA - JUNE 2010

Imej
New books from Gerakbudaya - 1st Release for June 2010 Dear friends and customers, The following books are now available. Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2 Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor Publisher: Jundi Resources Year: 2010 ISBN: 9789834460686 229 Pages RM25.00 Jihad dan dakwah telah melalui jalan panjang sepanjang keberadaan aqidah Islam di pentas dunia ini. Dalam denainya, ramai tokoh-tokoh telah dimunculkan oleh Allah SWT untuk membentangi agama ini walaupun berdada dengan kezaliman dan pemimpin tirani di sepanjang abad pertarungan iman dan kufur. Buku ini adalah salah satu usaha menyingkap keperibadian, pengalaman dan sejarah tokoh-tokoh yang pernah menoreh sejarah dengan tinta emas. Ada di antara mereka yang syahid dibunuh, diserkap jeriji dan palang penjara besi, bergelandangan jauh dari bumi leluhur akibat tekanan pemerintah sekular. Buku ini diharap mampu menyirami dahaga pencinta-pencinta

PERANG-PERANG PATRIOTIK ORANG MELAYU MENENTANG INGGERIS

Imej
1831 – 1833 - Perang Naning - Melaka 1866-1873 - Perang Raja Mahadi - Selangor 1874 dan 1876 - Perang Sungai Ujung - Negeri Sembilan 1875-1876 - Perang Maharajalela dan Sagor -Perak 1891-1895 - Perang Bahaman di Pahang 1915 - Perang Tok Janggut di Kelantan 1928 - Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu Datok Maharajalela (kiri) dan Datok Bahaman (kanan)

RESOLUSI KONGRES PSM KE-12

Imej
RESOLUSI KONGRES PSM KE-12 KENYATAAN AKHBAR KONGRES KE 12 6 JUN 2010 Parti Sosialis Malaysia (PSM) Berjaya mengadakan Kongres Parti ke 12 antara 4-6hb. Jun yang dihadiri oleh 250 orang perwakilan dan pemerhati di Dewan perhimpunan Cina, Selangor. Kongres juga membentang tiga kertas kerja mengenai 1)1Malaysia dan Model Ekonomi Baru Najib, 2) Isu transisi kepimpinan dalam PSM dan 3) isu Krisis cuaca dunia dan menyelamatkan Alam Sekitar. Kongres juga telah membincangkan 26 usul yang dibawa oleh cawangan dan fron PSM. 16 usul telah diterima, 5 usul telah ditolak, tiga usul telah ditarik balik dan dua usul akan dibincang di bahagian Jawatankuasa parti yang lain.

ASAL USUL NEGARA HARAM ZIONIS ISRAEL

Imej
Sejak 3500 tahun Sebelum Masehi, Palestin telah didiami oleh orang-orang Arab Palestin. Ia terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean di sebelah barat, Lubnan di utara, Syria dan Jordan di sebelah timur dan Laut Merah serta Semenanjung Sinai di sebelah selatan. Kedudukannya amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah kawasan telaga minyak yang paling kaya di dunia. Ia juga sebagai batu loncatan ke Benua Asia dan Afrika. Oleh itu banyak negara barat mengidam-idam untuk menguasainya.

KEMBARA ANAK MUDA MENCARI KEBENARAN

Imej
Anak-anak muda hari ini sudah terbuka mindanya, melebarkan sayap melangkaui tempurung sempit propaganda penjajah. Untuk tujuan tersebut, mereka berusaha mencari di mana sahaja bahan sejarah dapat dicungkil.

SELAMAT BERSIDANG PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Imej
KONGRES PSM KE 12 - JUN 4 SEHINGGA JUN 6 DI KUALA LUMPUR SOSIALIS MENJANA KUASA RAKYAT Parti Sosialis M alaysia (P SM) akan meng adakan Ko ngres Parti ke 12, buat kali pertamanya di Kuala Lumpur iaitu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor .

SETAKAT MANA KEIKHLASANNYA MENENTANG ZIONIS ISRAEL?

Imej
Tahniah ku ucapkan kepada PM Malaysia kerana turut sama mengutuk kekejaman kaum Zionis Isreal ke atas kapal bantuan kepada rakyat Gaza. Aku berharap kutukan PM itu terbit dari sanubari hati yang mendalam. Apakah PM juga akan mengutuk Henry Gurney, pakar strategi Zionis yang memusnahkan tanah air dan rakyat Palestin yang kini masih diiktiraf sebagai Pahlawan Bangsa di Malaysia? Apakah PM juga bersedia memulaukan berbagai ejensi yang ada kaitan dengan Zionis Isreal? ---

TAHNIAH KEPADA KONGRES PEMUDA SOSIALIS

Imej
KINI DAN SILAM mengucapkan tahniah sehangat-hangatnya kepada kongres pemuda sosialis yang diadakan pada 30 Mei 2010. Usaha kawan-kawan sosialis bererti usaha untuk kemakmuran dan keharmonian masyarakat kita dan juga bahagian penting dalam perjuangan mengisi kemerdekaan yang amat besar ini. Semoga kawan-kawan dengan sungguh-sungguh mempelajari pengalaman-pengalaman penting yang telah dirintis oleh pendahulu kita seperti PKM, KMM, PKMM, API/PETA, AWAS Barisan Tani Malaya dan lain-lain dari berbagai aliran fahaman poplitik masyarakat kita dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.

PENJUAL UBAT: ISRAEL TAK AKAN KEKAL

Imej
Israel tak akan kekal.. Presiden Palestin Mahmoud Abbas pernah berkata mereka mahu mengiktiraf Israel dan tidak mahu Israel dihancurkan serta mahu mewujudkan sebuah Negara Palestin di sebelah Negara Israel. Mahmoud Abbas memang CELAKA BESAR..!! Baca disini..

DUNIA MENGUTUK KEKEJAMAN ZIONIS ISRAEL

Imej
Anggota PBB kutuk Israel Gelombang protes atas aksi Israel bergulir di banyak negara Anggota Dewan Keamanan PBB mengutuk Israel menjelang sidang darurat nmengenai penyerangan konvoi bantuan kemanusiaan Gaza.