SAMPAHSENI: HARI DAN BULAN BAHAGIA
Hari Dan Bulan Bahagia
Selamat-selamat, 1 Mei tarikh mengingat kemenangan kelas pekerja dalam perjuangan menuntut waktu kerja 8 jam.
bersama kelas pekerja membantah cukai GST. bersama kita membantah pembukaan pasaran ke arah pasaran kunun bebas.
pembukaan pasaran
tanpa hak-hak demokratik rakyatnya,
tanpa hak-hak asasi manusia,
tanpa kehakiman adil, hanya akan menjadikan Malaysia sepenuhnya ekonomi dunia ketiga - dengan pengurangan kelas menengah, dengan melebarnya jurang kekayaan miskin-kaya, dengan sumber alam semulajadi dikeruk, seperti misalnya, seperti yg pernah terjadi di Amerika Selatan, air hujanpun akan dicukai, diperas ke tangan-tangan kuasa besar dunia, ke poket syarikat-syarikat raksasa multi nasional (MNC).
kita melihat sebenarnya, negara-negara 'pasar bebas' kunun maju seperti Jerman, Amerika Syarikat, Eropah Barat atau di Korea Selatan membuka pasaran mereka dengan paling kurang memberi jaminan hak-hak demokratik rakyatnya dan hak asasi manusia, ini termasuklah dengan memberi
-hak berkesatuan sekerja
-hak gaji minima
tanpa jaminan hak-hak demokratik dan hak asasi manusia, bukan pasaran yang dibuka, ibunda tanah air sedang dikangkang untuk dinodai kerakusan kapitalis kongonkmerat keparat (MNC).
klik untuk membaca seterusnya
Ulasan