SAJAK: SATU KEBANGKITAN

Satu Kebangkitan

Sekarang di tampuk kekuasaan
sudah bertakhta dwi - tunggal
yang bijak berpura-pura
yang satu tak mahu mengaku dirinya ekstrimis;
tapi sejarah telah menyaksikan
bahawa mereka berdua
adalah algojo yang tangannya merah
berlumuran darah rakyat murba
Tionghua, Melayu, India,
yang nahas
dalam peristiwa Mei 13
yang mengganas.

Hari ini
mereka berteriak-teriak lagi
melepaskan iblis anti-komunis
menghulurkan tangan besi
untuk mencekik kebangkitan umat
yang sudah bosan
dengan janji-janji kosong tentang syurga
tapi tetap hidup di neraka.

Lihatlah!
betapa gagahnya
suatu kebangkitan
di desa
di kota
di hutan rimba
berderap serempak
dengan pekikan BERONTAK!
dan akan terpelantinglah mereka
dari takhta
kerana rakyat akan berkuasa!

oleh: Putera, 1982


---
Sumber: Suara Demokrasi Malaya

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
puisi ini sungguh benar.....
Unknown berkata…
kehebatan orang yang buat sajak ini membuka mata masyarakat tentang sejarah yang kian dilupakan
Unknown berkata…
kehebatan orang yang buat sajak ini membuka mata masyarakat tentang sejarah yang kian dilupakan

Catatan popular daripada blog ini

ALFATIHAH BUAT KAWAN TIWI – MUALAF REJIMEN KE-10

GERAKAN ORANG MELAYU MENENTANG JEPUN