KEADILAN MESTI DITEGAKKAN

BERKUMPUL DI BUKIT AMAN JAM 3.00 PETANG
SEMUA DI JEMPUT DATANG KE BUKIT AMAN JAM 3 PETANG
PEMIMPIN –PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT
AKAN BERHIMPUN DI BUKIT AMAN JAM 3 PETANG INI.
MEREKA MEMBANTAH KENYATAAN KPN YANG UGUT
UNTUK UNDUR KAN POLIS JIKA ORANG RAMAI TIDAK
HENTIKAN KRITIKAN TERHADAP POLIS:
DALAM KES PENEMBAKAN MATI AMINULRASHID
http://tukartiub.blogspot.com
-----
KPN sedia arah anggota polis undur | ||
|
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.
"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online. Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis. Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu. "Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama. Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".
"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau. Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya. Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.
"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini.
|
Ulasan
Bintang 3 yang dimaksudkan ialah TAJRM atau MPAJA. Tentera ini dibawah pimpinan PKM, sama seperti TPNM atau TRM. Disiplin dan tingkah lakunya sama sahaja.
TAJRM bergerak dalam masa perang dunia kedua. Ia dibubarkan oleh Lai Te yang tak mahu menentang British dan tak mahu mengisytiharkan kemerdekaan Malaya serentak dengan Indonesia. Lai Te adalah seorang sepai 3 lapis yang menyusup menjadi Setia Usaha Agung PKM.
Akan tetapi harus diambil perhatian bahawa pada masa perang dunia kedua, selain TAJRM juga wujud pasukan2 penyamun kuomintang. Mereka mempunyai persenjataan yang baik2.
Tentang senjata TAJRM: Pada mulanya senjata diberikan penjajah British, tapi itu sebahagian kecil sahaja. Kemudian mereka dapat memungut senjata yang ditinggalkan penjajah British. Sehingga akhir perang, barulah penjajah British menghantar senjata untuk membantu TAJRM. Sejumlah besar senjata yang diberikan penjajah British itu disimpan dan digunakan untuk melancarkan perang melawan penjajah British apabila diidytiharkan darurat pada Jun 1948.
Bila meletusnya darurat, pasukan TAJRM tadi dikumpul semula 8 rejimen semuanya untuk melancarkan perang terhadap British. Pasukan ini dinamakan TPNM atau Tentera Pembebasan Nasional Anti-British.
Semoga penjelasan saya memuaskan saudara.