ULASAN DI ANTARA UMNO DAN KOMUNIS
Terus terang saja aku katakan bahawa aku sendiri adalah seorang anggota PKM dan juga seorang anggota Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya. Jika dibandingkan dengan ulasan yang diberikan di ruangan ulasan penjual ubat dengan apa yang aku pelajari dan aku amalkan adalah berkebalikan. Untuk pengetahuan semua, bukan semua perajurit TRM itu anggota PKM, sebahagian mereka hanya perajurit sahaja. Anggota PKM ada yang berjuang secara bersenjata dan ada yang bergerak secara bawah tanah. Syarat-syarat menjadi anggota PKM adalah tinggi, semua ini ada tercatat secara jelas dalam Perlembagaan PKM". Syarat utama ialah rela berkorban jiwa raga demi pembebasan rakyat." Jika seseorang tak dapat membuang tabiat mementingkan diri, jangan kata nak jadi anggota PKM, nak jadi anggota Liga Pemuda Komunis pun tak boleh. Liga Pemuda Komunis adalah sebuah organisasi di bawah PKM.
Berkenaan ulasan di penjualubat wordpress, Saudara Mat Amin juga telah memberi sedikit penjelasan. Aku copy ulasan beliau untuk tatapan bersama:
Di bawah adalah sedikit ulasan aku kepada ulasan-ulasan yang ditinggalkan di Penjual Ubat.Pandangan yang menganggap komunis menolak agama adalah salah. Komunis menganggap agama adalah kebebasan peribadi. PKM terang-terang menyebut dalam pernyataannya bahawa mengamalkan kebebasan beragama.
Untuk mengetahui kisah tentang komunis di Malaysia, sila ke http://matamin02.blogspot.com
---
Kepada abu nuqman
Cubalah saudara fikirkan betul2 apa maksud “agama adalah candu rakyat”. Sama jugalah dengan “rezeki secupak takkan dapat segantang”. Fikiran ini lahir akibat agama itu sudah “dijadikan candu”, bukan lagi dijadikan pedoman.
Dalam sejarah, golongan pemerintah menggunakan agama untuk “mencandui” rakyat supaya lena, tidak melawan penindasan dan kezaliman penguasa.
Kami Rejimen Ke-10 dan juga pasukan2 TPNM yang mengamalkan prinsip kebebasan beragama, menghormati adat resam dan agama setiap bangsa. Bahkan di dalam PKM terdapat perintah “setiap anggota parti haruslah mengikuti adat dan agama bangsa masing2″. Ini sudah bererti kepada setiap anggota parti komunis tidak boleh menukar agama.
Sungguhpun begitu, kami di Rejimen Ke-10 tegas dengan adat budaya Melayu dan agama Islam. Sesiapa yang berkahwin dengan anggota kami yang beragama Islam, maka dia haruslah menerima agama Islam. Ini adalah tuntutan Islam dan sudah menjadi budaya Melayu di Malaysia.
---
Tidak ada alasan untuk kita menolak PKM kerana mereka juga salah satu dari kekuatan menentang penjajah untuk kemerdekaan tanah air. Usaha melaga-lagakan kaum, agama, dan aliran dalam masyarakat adalah sebahagian strategi kaum penjajah untuk menundukkan perlawanan rakyat. Bila semua aliran bertentangan, bila semua kaum bertentangan, bila semua agama bertentangan, kekuatan rakyat tidak dapat dibentuk. Inilah caranya kaum penjajah mencucuk hidung kita.
Melagakan kaum komunis dengan aliran lain adalah sangat disukai oleh kaum penjajah.
Sepatutnya berbagai aliran yang progresif, berbagai kaum, berbagai agama bersatu menentang musuh bersama dan mendirikan kerajaan rakyat yang patriotik dan demokratik di mana semua aliran, semua kaum dan agama hidup bersama secara sihat.
Jika kita melihat kaum komunis harus disisihkan, ertinya kita masih lagi dibawah pengaturan strategi penjajah. Selagi kita tidak terlepas dari pemikiran ini, kita tidak akan dapat bersatu dalam erti kata sesungguhnya.
1. abu nuqman: "..komunis adalah satu ideologi yang menolak agama, tak percaya tuhan, saya kira lebih tak percaya Allah sebagai tuhan dari tuhan kepercayaan agama lain. agama candu masyarakat….banyak bukti komunis bencikan agama, di china, rusia dll…"
benarkah komunis Cina membenci agama? Tahukah bahawa umat Islam di Cina lebih banyak dari rakyat Malaysia? Tahukah bahawa Masjid Saad Abi Waqas di Guang Zhou berusia seribu tahun lebih?
gambar-gambar Masjid Saad Abi Waqas di Guang Zhou, dirakam pada Jun tahun 2009 oleh seorang sabahat yang berkunjung ke sana.


Dalam Memoir Ibu Suriani Setengah Abad Dalam Perjuangan menyebut beliau pernah melawat Masjid Beijing yang berusia 1000 tahun.
Di atas hanyalah disebutkan agama Islam di China. Jadi apakah dasarnya yang dikatakan komunis Cina membenci agama.
Apakah maksud Karl Marx yang menyebutkan "agama adalah candu rakyat"? Maksud Marx itu ada kebenarannya apabila kita melihat bagaimana agama dipergunakan untuk mempertahankan pemerintah yang tidak adil. Di sinilah letaknya maksud "candu rakyat" itu. Sila lihat PANDANGAN MARXIS TENTANG AGAMA
Kita boleh lihat di negara kita pun berlaku perkara di mana agama dipergunakan untuk melindungi kedudukan pemerintah atau institusi kerajaan yang tidak adil.
Dengan menyebutkan agama adalah candu rakyat tidak bererti Marx menolak agama. Jika kita lihat gambar-gambar Karl Marx dan isterinya Jenny, kita dapati bahawa Jenny memakai palang salib di lehernya yang menandakan agama Kristian.
Apakah Saudara Abu Nuqman pernah mendengar orang komunis mencaci agama seperti mana saudara melabelkan mereka membenci agama? Sayangnya yang mengakui diri beragama itulah yang mempercayai propaganda penjajah lalu melemparkan berbagai cacian dan fitnahan.
2. Nizam: "Maksudnya sebusuk2 komunis, busuk lagi umno." Sebaiknya penulis menjelaskan di mana busuknya komunis itu.
Apakah rela mengorbankan jiwa raga demi pembebasan rakyat itu perkara yang buruk? Apakah membangun keadilan untuk semua itu perkara yang buruk? Apakah berjuang menentang penjajah secara bersenjata itu perkara yang buruk? Apakah membunuh kaum penjajah dan pengikut-pengikutnya perkara yang buruk? Fikirlah sendiri.
3. Nizam: "Jadi eloklah dibuat perbandingan begini kerana komunis adalah perkara yang paling teruk atau hina pada pandangan melayu di malaysia."
Saya kira pandangan ini tidaklah tepat mana. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya (ketika itu belum ada Malaysia) aliran komunis, nasionalis, agama dan sosialis telah bekerjasama menjadi satu kekuatan raksasa menentang penjajahan. Tahukan bahawa pernah wujud PUTERA AMCJA? AMCJA sebahagian besarnya di pimpin PKM manakala PUTERA juga bekerjasama dengan PKM. Yang tak bekerjasama dengan PKM hanya UMNO sahaja. UMNO berkebalikan pula, dia bekerjasama dengan penjajah British. Aku berpendapat organisasi-organisasi yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air adalah lebih mulia manakala mereka yang bersekongkol dengan kaum penjajah adalah pengkhianat bangsa dan seburuk manusia.
sila baca:
Membaca Manifesto Parti Komunis dalam bahasa Malaysia
Asal Usul Kebencian Terhadap Komunis
4. Mat Karkoon: "Pandangan Tuan Haji Mohamad Sabu SALAH. Maupun dari segi Politik dan Falsafah dan Pemikiran apatah lagi Tasawwuf."
Ajaran Islam begitu luas, mencakupi segala-galanya. Ajaran komunis atau sosialis adalah sebahagian dari ajaran Islam yang luas itu. Atas dasar inilah, syarikat Islam Merah Indonesia didirikan, atas alasan ini juga Dr. Burhanuddin bekerjasama dengan kaum komunis dalam perjuangan untuk kemerdekaan. Jadi jika Tuan Haji Mat Sabu itu pro komunis sekalipun, tidaklah menyalahi ajaran Islam.
Manusia hari ini menentang komunis tetapi menyokong kapitalis. Kaum kapitalis yang mengamalkan keuntungan sendiri dan menjadi kaya mendadak hasil penyelewengan dan penindasan ke atas rakyat. Sedangkan komunis adalah lawan kapitalis.
Ada juga orang menyalah tafsirkan "hak milik umum" ke atas alat2 produksi itu sebagai menentang pemilikan harta peribadi. yang dimaksudkan hak milik umum ke atas alat2 produksi itu ialah alat peroduksi yang bersifat antarabangsa. Petronas, Guthrie, misalnya.
prinsip pembahagian ekonomi di masyarakat sosialis ialah setiap orang bekerja mengikut kemampuan dan menerima mengikut kerja manakala prinsip pembahagian ekonomi di masyarakat komunis ialah setiap orang bekerja mengikut kemampuan dan menerima mengikut keperluan.
Dengan sumber ekonomi yang melimpah ruah, manusia tidak lagi perlu membuat kerja selama 8 jam. Seorang perlu bekerja beberapa jam sahaja. Semua kekayaan adalah milik negara dan akan diagihkan untuk rakyat. Tidak ada ruang untuk perseorangan. Ringkasnya semua orang dalam masyarakat akan menerima layanan sama rata dari kerajaan.
5. Mat Karkoon: "Umno lahir dari ibu penjajah British Sekular Kapitalis. Jauh bezanya dengan Aliran Komunis Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dll yg lahir dari bapaknya Moa Zee Tung."
Adalah salah jika dikatakan aliran komunis Malaya lahir dari Cina Mao Zedong. PKM dan revolusi Malaya adalah hasil dari pengaruh Revolusi Russia, Revolusi Cina dan Revolusi Indonesia. KMM, parti politik Melayu pertama yang memegang prinsip sosialisme adalah lahir dari revolusi Indonesia. KMM diteruskan oleh PKMM, API, PETA, AWAS, BTM. Dan golongan ini pula mendirikan Rejimen Ke-10. Dalam perjuangan untuk kemerdekaan yang bermula selepas kekalahan Jepun, organisasi-organisasi ini telah bekerjasama erat dengan berbagai aliran termasuk sosialis dan komunis. PKM pula lahir dari kelas buruh Malaya yang dipunggah oleh penjajah British dari China dan India.
Ulasan
korea utara?
TOLONG sebarkan tentang sejarah penubuhan rejemen 10
kenapa bernama sedemikian (rejemen 10). mengapa 10?
apa kena mengena dgn 10 muharam
misalnya.
Blog ini adalah bertujuan untuk rujukan semua tentang sejarah tanah air. Perbezaan blog ini dengan kini dan silam ialah ianya lebih tersusun dan tidak mengandungi isu2 semasa.
Blog ini masih dalam pembinaan dan akan di lancarkan dalam masa terdekat. Oleh itu adalah amat di harapkan agar para blogger memberi link kepada blog ini di blog-blog mereka.
anda boleh lawati blog ini di http://wasiatpejuang.blogspot.com/.
Terima kasih
Penyokong Kebenaran
mat taib ibrahim kami panggil pak ngah.arwah dari keluarga ulama'.
Sdr. Abu Nuqman,
Kami menerima saudara dengan penuh ikhlas dan terbuka.