MUALAF REJIMEN 10 MENYAMBUT MAULUD NABI
14 Mac, Kampung Perdamaian Sukhirin – Seorang Mualaf bekas anggota Rejimen Ke-10 hari ini mengadakan majlis menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammd (s.a.w.). Majlis ini bermula selepas solat zohor. gambar kiri: Pak Mamat (sebelah kanan), di kirinya ialah Pak Hasan juga seorang kader veteran Rejimen Ke-10. Difahamkan rakan-rakan seperjuangan yang tinggal di kampung tersebut ikut meraikan majlis itu. Majlis yang dimuatkan dengan doa, selawat dan tahlil itu diakhiri dengan jamuan ringkas.
Mualaf tersebut ialah Saudara Liau Chin Sun atau lebih dikenali sebagai nama Pak Mamat seorang komender Rejimen Ke-10 TRM, berasal dari Teriang, Pahang.
Sesungguhnya segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah (s.w.t). Tiada siapa yang menduga yang Liau Chin Sun akhirnya memeluk Islam. Kedatangannya ke Rejimen Ke-10 adalah tidak dirancang. Beliau yang pada mulanya berkhidmat di salah sebuah pasukan Cina telah diperintahkan ke pasukan Cina yang lain. Akan tetapi, utusan yang membawa beliau telah tersalah menghantarnya ke Rejimen Ke-10 TRM. Sejak dari itu beliau mulai bergaul dengan kawan-kawan Melayu dan belajar bahasa dan adat resam Melayu.
Setelah beberapa tahun di Rejimen Ke-10, beliau telah berkahwin dengan seorang puteri Pahang dan memeluk Islam. Puteri Pahang tersebut ialah Ibu Siti Mariam Idris, seorang anggota AWAS dan kader Rejimen Ke-10 yang berasal dari Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang.
Ulasan
Moga ganjaran terbaik yang diberikan Ilahi kepada semua anggota Rejimen 10 yang masih hidup mahupun yang elah meninggalkan kita.
harapan semua agar selepas PRU13 kelak. tuan-tuan akan kembali ke Tanah Melayu.
Buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Maafkanlah pahit maung yang dilalui oelh angkara Penjajh Inggeris dan talibarut mereka.