HARI WANITA PEKERJA ANTARA BANGSA: DI SEBALIK WAJAHMU
HARI WANITA PEKERJA ANTARABANGSA 8 MAC
Sajak:
DI SEBALIK WAJAHMU
(Sempena Hari Wanita 8 Mac)
Kau sering dilukiskan sebagai bunga
atau laksana burung mendendangkan irama
membawa keindahan dan kebahagiaan
menyerikan alam
mengilhamkan penyair dan pujangga
Namun
di sebalik kehalusan bicaramu
di sebalik lemah gemalai langkahmu
di sebalik keayuan wajahmu
tersimpan sekeping hati yang teguh
membara semangat yang kukuh
dengan jari jemari
menggenggam sebuah ikrar
untuk berjuang dan berjuang lagi
membela nasib kaum sejenismu
dan nasib rakyat jelata.
nyatalah bahawa sesungguhnya
kau yang dikatakan
kaum yang lemah ini
punya kekuatan
untuk menghancurkan belenggu
dan maju
di jalan kebebasan dan kebahagiaan!
Nurlisa
8 Mac 1989
Ulasan