YANG KU TETAP MILIK KU,YANG KAU KAN JADI MILIK KU

Sudah menjadi dasar kaum kapitalis menindas klas bawahan untuk mengembungkan sejemput kelas mereka. Lojik mereka ialah "yang aku tetap milik ku, yang kau akan jadi milik ku” . Kisah pahit penduduk Denai Pinggiran iadalah salah satu diantara contoh yang terbaru. Kaum kapitalis birokrat mendirikan mahligai di atas darah, keringat dan air mata golongan miskin.
Sejak zaman pemerintahan penjajah British sehinggalah kemerdekaan dipegang di bawah UMNO, tak terhitung berapa ramai kaum tani, kaum setinggan, penduduk miskin kota dll yang menghadapi nasib malang tersebut. Sebahagian tragedi sebegini mendapat liputan akhbar manakala sebahagian lagi tidak ramai yang mengetahuinya kerana penduduk terlibat takut untuk mempertahankan hak mereka dan tidak berani meminta bantuan masyarakat.