Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

GERAKBUDAYA: JUALAN BUKU TAHUN BARU

Imej
Kepada teman-teman; pelanggan yang dihormati, GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd menjemput anda ke JUALAN BUKU TAHUN BARU 2011 Tarikh: 7 Januari (Jumaat) hingga 9 Januari (Ahad) 2011 Masa: 10:00 pagi - 7:00 malam Tempat: No.11, Lorong 11/4E, 46200 Petaling Jaya, Selangor.  Tel: 03-7957 8342/43  Web: http://bookshop.gbgerakbudaya.com/ Kami berdekatan dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berdepan dengan Restoran Grand City dan Restoran Sri Paandi (PJ). Hubungi: SK 019-352 3864 atau Chong 016-379 7231.

SELAMAT TAHUN BARU

Imej
KINI DAN SILAM mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada kawan seperjuangan berbagai kaum baik yang pulang ke Malaysia atau menetap di Selatan Thai, kepada segenap aktivis politik pembangkang yang patriotik demokratik yang sedang berjuang  untuk membangun sebuah kerajaan bercorak rakyat yang demokratik, adil dan saksama, juga kepada rakan bloger berbagai aliran yang sedang dengan gigih berjuang membangkitkan kesedaran masyarakat, membongkar ketidakadilan dan menjernihkan kebenaran yang telah diselewengkan pihak berkuasa. Kami berharap setiap kita dengan sungguh-sungguh membuat ulang kaji, mengenal kekurangan dan kelemahan kita, mengobarkan kelebihan dan mengatasi segala kekurangan. Dengan azam baru, marilah kita  menyongsong tahun baru dengan langkah yang lebih gagah perkasa. Kami juga berharap setiap kita lebih memperat perpaduan dan kerjasama. Hanya dengan bersatu barulah kita dapat mengumpul kekuatan perkasa demi menempuhi segala rintangan di jalan kemajuan. SELAMAT TAHUN BARU

BAGAIMANA KAUM KAPITALIS BIROKRAT MEROMPAK HARTA RAKYAT

Imej
Di bawah rangka strategi penjajah British, satu kelas baru - kelas kapitalis birokrat Melayu telah dilahirkan. Selepas merdeka kelas ini telah mengambil alih peranan yang dimainkan penjajah British mengaut kekayaan negara. Dasar Ekonomi Baru ditelurkan untuk memberi peluang kepada kelas ini mengembung secara mendadak. Dengan menggunakan kekuasaan yang diamanahkan kaum penjajah British dan dengan topeng  MELAYU atau BUMIPUTERA atau KETUANAN MELAYU kelas ini telah melakukan perompakan besar-besaran ke atas sumber alam negara dan wang rakyat.  Di bawah  sedikit pendedahan yang dibuat oleh Hishamuddian Rais yang muatkan dalam Malaysiakini.com.   Mengfaraidkan harta awam Hishamuddin Rais Dis 3, 10 - 10:58am (http://www.malaysiakini.com/columns/149869)

MENGHARGAI PERDAMAIAN (3)

Imej
Apabila membaca keratan akhbar Utusan Malaysia di bawah, kita dapat rasakan bentuknya sama dengan propaganda yang pernah dilancarkan sebelum merdeka. Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya yang ikut menandatangani perjanjian tersebut amat menghargainya dan menganggap sebagai satu catatan sejarah perdamaian di rantau Asia Tenggara bahkan dunia dan melaksanakan perjanjian itu sebaik mungkin. Akan tetapi malangnya 1 pihak lagi iaitu Kerajaan Malaysia tidak menghargainya. Bahkan propaganda anti-komunis terus menerus diasak dalam media mereka. Mereka masih meneruskan apa yang diinginkan kaum penjajah.

MENGHARGAI PERDAMAIAN (2)

Ucapan Indradjaja

MENGHARGAI PERDAMAIAN (1)

2 Disember 1989, suatu perjanjian perdamaian telah ditandatangani antara 3 pihak - Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya. Perdamaian itu dicapai berkat doa dan usaha rakyat berbagai kaum negara kita yang inginkan perdamaian terwujud dan juga berkat toleransi ketiga-tiga pihak.  Berdasarkan logik di atas, Chin Peng telah merumuskan dalam ucapannya ketika melawat perkhemahan Rejimen Ke-10 pada tahun 1989 bahawa: "Siapa yang menang dalam dalam perundingan kali ini? Ketiga-tiga pihak menang, polisi ketiga-tiga pihak yang menang, rakyat yang menang!" Berikut adalah ucapan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng dalam perayaan menyambut 20 tahun perdamaian di Hotel Lee Gardens pada tahun 2009. ucapan Chin Peng 1 Ucapan Chin Peng 2

MENGAPA CLIFFORD MEMECAT DATOK BAHAMAN DARI JAWATANNYA

Imej
Hugh Clifford Penjajah British telah mengambil sederaten langkah untuk menguasai Negeri Pahang. Jauh pada tahun 1880-1881, melalui Frederick Weld ia telah memainkan taktik lunaknya untuk memujuk sultan dan pembesar-pembesar Pahang. Pada tahun 1885, Gabenor Chechil Clemente Smith pula telah mengirim rombongan yang diketuai Swettentam ke Pahang. Pada tahun 1887, Frederick Weld menghantar pegawai tingginya bernama Hugh Clifford bersama-sama  Wan Mansor, adik Sultan Pahang yang lari ke Singapura. Clifford telah menjalankan dasar pecah belah, mempergunakan pertentangan di kalangan pembesar-pembesar, mencampurtangani perselisihan antara saudagar-saudagar dengan orang-orang besar di daerah-daerah serta menghantar ramai orang British dari Singapura ke Ulu Pahang. Pada bulan Julai 1887, Gabenor sendiri datang ke Pekan, menuduh Sultan melanggar perjanjian. Dengan demikian dia telah mengajukan beberapa syarat kepada Sultan antaranya mendesak Sultan meminta maaf, mengakui kekuasaan British ke a

JOMO K.S.: WARISAN EKONOMI MAHATHIR

Imej
sila klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas

AIDILADHA DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
16 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah, umat Islam di Selatan Thailand menyambut ketibaan Aidiladha dengan penuh kesyukuran. Kampung Perdamaian Sukhirin yang terletak di wilayah Narathiwat digenanangi suasana mulia dan gembira menyambut hari lebaran dengan sembahyang sunat Aidiladha dan berkorban. Berikut adalah gambar-gambar sekitar sambutan Aidiladha di Kampung Perdamaian Sukhirin yang dirakam oleh anggota KINI DAN SILAM.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

سلامت هاري راي عيدالاضحى کيني دان سيلم مڠوچڤکن سلامت هاري راي عيدالاضحى کڤد سلوروه اومت اسلام تراوتما کڤد ڤارا ڤمباچ کامي. سموݢ عبادت کوربن کيت دتريما الله تعالى

BIAR MATI DIPANGKAL BANIR:SITI MARIAM IDRIS DALAM KENANGAN

Imej
BIAR MATI DIPANGKAL BANIR:SITI MARIAM IDRIS DALAM KENANGAN  oleh Ahmad Nizam Hamid (http://lanailestari.blogspot.com/2010/11/biar-mati-dipangkal-banirsiti-mariam.html) "Janganlah balik lagi,kita berador* di rumah Wan dulu ",begitulah ulas kata sayu yang keluar dari mulut wanita kecil molek itu.Saya hanya mampu tersenyum dalam sayu juga. "Belum puas lepas rindu dah nak balik", dengan mata sayu dan dalam nada memujuk wanita itu menujukan kata-katanya kepada saya. Mariam Binti Idris,15 Disember 1927-5 November 2010

SITI MARIAM IDRIS SERIKANDI REVOLUSIONER LUBUK KAWAH

Imej
SITI MARIAM IDRIS SERIKANDI REVOLUSIONER LUBUK KAWAH Siti Mariam Idris mempunyai beberapa nama perjuangan, antaranya Atom, Tabah, Sitah, tapi setiap perajurit menyapanya dengan panggilan Tun. Beliau adalah salah seorang komander kompeni Rejimen Ke-10 dan ahli Jawatankuasa Kawasan PKM. Di dalam pasukan, beliau juga merupakan ibu yang pengasih bagi para perajurit baru baik lelaki mahupun wanita. Beliau dilahirkan di Kampung Balik Gantang, Mukim Sanggang, Daerah Temerloh, Pahang pada 15 Disember 1927,  akan tetapi membesar di Lubuk Kawah. Ayahnya Idris seorang petani miskin dan juga seorang guru silat, meninggal dunia ketika Siti Mariam berumur 11 tahun. Ibunya bernama Saadiah,  bekerja sebagai petani.

ALFATIHAH UNTUK MAK YAM OLEH PENJUAL UBAT

Imej
 (http://penjualubat.wordpress.com/) Penghujung tahun 2009..saya dan rakan-rakan telah berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwath, Selatan Thailand (sebuah perkampungan tempat bermastautinnya bekas kader dan perajurit Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya yang dibangunkan selepas Perjanjian Damai 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989). Klik disini..

BELASUNGKAWA OLEH AHMAD NIZAM HAMID

Imej
Belasungkawa al-Fatihah. saya mendapat khabar duka,Siti Mariam Binti Idris,83 tahun telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini.Allahyarhammah dilahirkan di Kg Lubuk Kawah,Temerloh dan tuntutan zaman ketika itu telah membawa beliau menyertai Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya di bawa h PKM.Beliau sanggup meninggalkan keluarga dan memanggul senjata menjadi gerila bagi melawan penjajah Inggeris.Allahyarhammah meninggal dunia di Kg.Perdamaian Sukhirin Chulaborn Pattana Sukhirin Thailand.InsyaAllah saya akan menulis kenang-kenangan bersama Allahyarhammah di blog saya.kepada saya beliau adalah manifestasi semangat anak Pahang dan Temerloh yang bersedia berkorban bagi mengejar cita-cita kemerdekaan dan beliau adalah produk sejarah zamannya.Al-Fatihah

BERDOA DAN BERTAHLIL UNTUK ARWAH SERIKANDI

Imej
Selepas solat Isa, rakan seperjuangan di Sukhirin mengadakan majlis berdoa dan bertahlil semoga roh Allahyarhammah Siti Mariam di tempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PEMAKAMAN SERIKANDI SITI MARIAM IDRIS

Imej
Jenazah dibawa keluar dari kediamannya diiringi azan Jenazah disembahyangkan di Masjid Darul Aman

PUTERI LUBUK KAWAH PULANG KE RAHMATULLAH

Imej
Pada pukul 9.05 (waktu tempatan) pagi Jumaat, 5 November 2010, seorang puteri terpuji Lubuk Kawah telah pulang mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwath, Selatan Thailand. Beliau adalah Siti Mariam binti Idris, 83 tahun, seorang pejuang kemerdekaan, bekas kader Rejimen Ke-10 TRM. Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin selepas solat Jumaat.

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

Imej
SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI . Cahaya keadilan pasti menembusi kegelapan, membawa kebahagiaan dan kemakmuran untuk semua! dari warga Kampung Perdamaian Sukhirin

SEDIKIT PERKENALAN TENTANG DATOK BAHAMAN

Imej
(Catatan ini adalah tulisan Allahyarham Abu Samah Mohammad Kassim dan pernah dimuatkan dalam buku Sejarah Dan Perjuangan Kemerdekaan) Nama lengkap beliau adalah Datok Bahaman bin Tok Noh, berasal dari Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Datok Bahaman adalah anak yang ketiga daripda 6 orang adik beradik . Yang tua bernama Tok Muda Ishak, yang kedua bernama Tok Musa Usoh, yang keempat bernama Mah, yang kelima bernama Syaayah dan yang keenam bernama Juriah. Datok Bahaman mempunyai 13 orang anak daripada 5 orang isteri, 8 lelaki dan 5 perempuan. Antara anak lelakinya ialah Tok Muda Darus, Tok Mat Lela (yang ikut serta bersama Datok Bahaman dari mula tercetusnya perang; luka di bahagian lutut terkena tembakan askar penjajah British di Batu Hampar, sebelah hulu Mentakab, kemudian terusir ke Chiangmai, Utara Thailand dan balik ke Semantan pada tahun 1913 sebagai menunaikan amanat bapanya yang berbunyi: Apabila kon (aku) meninggal dunia, awak baliklah ke Semantan, Pahang. Datok Mat Lela menin

MERDEKA TANPA TUMPAH DARAH: APA KOMEN KOMANDER REJIMEN KE-10

Merdeka Tanpa Tumpah Darah: Apa Komen Komander Rejimen Ke-10 Uploaded by hmn07 . - Check out other Film & TV videos.

TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAN

Rejimen Ke-10 sebuah pasukan tentera rakyat yang berjuang untuk menghalau penjajah British dari bumi persada. Walau apapun yang digambarkan oleh kaum penjajah dan konco-konconya, kenyataan sejarah membuktikan bahawa Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan yang tak terkalahkan. Bayangkan kekuatan penjajah British yang dikerah untuk menentangnya berjumlah hampir setengah juta. Dengan berasaskan anggota seramai 17 orang, ia berkembang menjadi 3 kompeni. Melalui perjuangan yang sengit dalam tahun-tahun 1950-an, kekuatannya menyusut kepada 1 kompeni sahaja. Akan tetapi kemudian ia berkembang semula menjadi 3 kompeni lebih.  Berikut adalah sebuah tarian bertajuk TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAN yang  dipersembahkan oleh team kesenian pasukan, dirakam oleh Studio TV Rejimen Ke-10. . Lagu TENTERA RAKYAT TAK TERKALAHKAH  yang mengiringi tarian ini digubah  sempena menyambut ulang tahun ke-30 berdirinya Rejimen Ke-10. Tarian: Tentera Rakyat Tak Terkalahkah Uploaded by hmn07 . - Independent web v

SELAMAT HARI HARTAL

Imej
63 tahun yang lalu, golongan kiri terdiri dari parti-parti dan pertubuhan patriotik-demokratik telah melancarkan hartal di seluruh negara menuntut kemerdekaan penuh tanah air. Penjajah British dan tali barutnya bagaikan cacing kepanasan berhadapan dengan perjuangan rakyat tersebut. Beberapa bulan selepas itu, kaum penjajah telah mengisytiharkan undang-undang darurat mengharamkan semua parti-parti tersebut dan menyumbat para aktivis dan pemimpinnya ke penjara. Walaupun hartal itu telah berlalu, tapi semangatnya tak pernah padam. Ia terus menyala memberikan kekuatan kepada kita untuk terus berjuang demi sebuah negara yang benar-benar merdeka, adil dan demokratik. Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo . Video oleh Fahmi Reza, dipetik dari http://10tahun.blogspot.com/

CERPEN: SAINGAN YANG MELUMPUHKAN

SAINGAN YANG MELUMPUHKAN. .... sebuah cerpen Dr. Nasir Hashim ‘Assallammu’alaikum, silalah masuk. ’ Nada salam bersama jemputan dihembuskan dalam satu nafas. ‘ Wa’laikumsalam …. tak apalah. Saya jenguk-jenguk aje. ’ Serba salah dibuatnya. Aku melepaskan senyuman plastik. Aku bukan nak masuk. Bukan nak jenguk-jenguk. Aku nak berteduh untuk seketika aje. Tidak lebih dari itu. Lepas itu nak belah. ‘Tak mengapa. Silalah ... mana tahu ada yang suka. ’ Sebenarnya aku baru saja melintasi jalan raya. Singgah ke kedai ini kerana ingin mengelak serangan matahari. Panas terik tanpa kesudahan. Tanpa belas kasihan. Mata ku berair cuba menangkis debu-debu dan silauan matahari. Tidak payahlah bercerita tentang titisan peluh, meletup-letup membasahi bumi dan bagaimana aku berdoa panjang agar ditimpa hujan lebat. Debu-debu pula berputar ligat kerana disambar kereta-kereta yang tak sabar menguji kepantasan kudrat horse-power . Semoga mereka selamat sampai dan tidaklah menjadi tetamu-tetamu i

Sajak: BERSORAK ATAS LAHIRNYA PASUKAN PAHLAWAN

HIDUP PERJUANGAN PEKERJA

Imej
Rang undang-undang ditarik balik, piket diteruskan (Mkini)                                          Abdul Rahim Sabri Okt 12, 10 8:06pm                                Walaupun kerajaan telah menarik balik rang undang-undang bagi meminda Akta Kerja 1955 yang dibidas oleh pelbagai kumpulan, piket yang dirancang lebih awal sebelum ini tetap diteruskan. Piket itu diteruskan petang ini di dua tempat berasingan Bangi dan Balakong, Selangor dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Di Bangi, piket oleh 15 peserta berlangsung di hadapan Pasar Raya Warta selama 30 minit diketuai oleh koordinator NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini. Menurut Nalini, mereka tetap meneruskan bantahan walaupun pindaannya telah ditarik balik oleh parlimen hari ini "sebagai simbol kemenangan" mereka. "Kita buat hari ini sebagai simbol penentangan walaupun kita tahu akta ini dipinda. Kita mengumumkan kemenangan kita, sebab itu kita ber

PERISYTIHARAN PENUBUHAN REJIMEN KE-10

klip video ini sedutan dari filem PAHLAWAN KEMERDEKAAN yang diterbitkan oleh Studio TV Rejimen Ke-10 pada tahun 1986.

ABDULLAH SUDIN PIMPINAN MARKAS BESAR REJIMEN KE-10

Imej
Penandatanganan persetujuan damai 3 pihak antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya telah membawa perdamaian baru di kawasan sempadan dan Malaysia. Ketika bekas perajurit sedang giat membangun kampung dan mengusahakan ekonomi, kami telah dikejutkan dengan pemergian Abdullah Sudin, anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 pada 7 Mei 1995. Abdullah Sudin pernah menyertai KMM, API, PKMM, PKM dan MDU. Pada tahun 1940-an, beliau diterima menjadi anggota PKM dan Liga Anti-British di Singapura. Di samping itu beliau juga bekerja dengan akhbar Utusan Melayu dan menyusun tokoh patriot demokrat dalam Utusan Melayu. Pada tahun 1952, polis British cuba menangkapnya. Akan tetapi beliau dapat meluluskan diri dan berpindah ke Indonesia atas pengaturan organisasi PKM. Di Indonesia, beliau melakukan kerja parti seperti membangun ekonomi parti bawah tanah, menghubungi Parti Komunis Indonesia, kerja front persatuan di kalangan tokoh-tokoh atasan Kerajaan Indonesia dan lain-

PSM: FORUM SOSIALISME 2010

Imej
Seni Kiri + Forum + Malam Revolusi KOPERAT DIUTAMAKAN---RAKYAT DIKORBANKAN. SERANGAN NEOLIBERAL-SUATU ANALISA KRITIKAL BUSINESS FIRST---PEOPLE LAST A CRITICAL ANALYSIS OF THE NEO-LIBERAL ASSAULT 23-24 Oktober 2010 SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL, KUALA LUMPUR 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur SOSIALISM 2010- FULL PROGRAM SERANGAN NEOLIBERAL – KOPRAT DI UTAMAKAN DAN RAKYAT DI MISKINKAN OKTOBER 2 3 &24 -2010 23-okt.2010 (Saturday/Sabtu) 8.30 AM - PENDAFTARAN 9.00 AM- Persembahan Multimedia Serangan Neo-Liberal- Pengalaman Malaysia 9.10 am Opening Remark/ Ucapan Pembuka Tirai Dr. Nasir Hashim – Serangan Neo-liberal – Koperat diutamakan & Rakyat dimiskinkan 9.30 AM – DISKUSI PANEL PERTAMA Moderator : Mashaliza Hamzah – CIJ & SIS

SURIANI: PERSIAPAN AWAL PKM HADAPI PENINDASAN PENJAJAH

Imej
Seiring dengan itu, intelijen British juga mencari saya di Pejabat PKM dan di rumah abang saya di Singapura, tapi kerana telah berwaspada, saya dapat bersembunyi. Tak lama selepas itu, saya berundur ke Johor... Kira-kira dalam bulan Mei 1948, penjajah British memperketat perisikannya terhadap kader-kader PKM. Memandangkan situasi itu, kader-kader terbuka telah menyelenggarakan mesyuarat di Singapura. Ketika itu parti ada gerakan terbuka dan gerakan rahsia. Saya sebagai Ketua Setiausaha Pejabat Parti adalah kader yang terbuka. Kira-kira lebih kurang 20 orang lebih kader menyertai perbincangan. Dalam perbincangan itu, pihak pimpinan memberitahu supaya membuat persiapan rapi kerana penjajah British mungkin akan mengadakan tekanan ke atas parti dan kekuatan demokratik dan progresif. Seiring dengan itu, intelijen British juga mencari saya di Pejabat PKM dan di rumah abang saya di Singapura, tapi kerana telah berwaspada, saya dapat bersembunyi. Tak lama selepas itu, saya b

PERTEMUAN 3 PEMIMPIN

Ketibaan Pak Zaman di Sukhirin telah disambut dengan penuh mesra oleh Pak Abdullah C.D. dan Pak Rashid Maidin. Ketika video ini dirakam, Pak Rashid baru saja tiba di Kampung Perdamaian Sukhirin dari Kampung Perdamaian Yala. Video di bawah menyaksikan pertemuan 3 pemimpin penting Rejimen Ke-10.

DARI KEDAI HITAMPUTIH: RASHID MAIDIN DALAM KENANGAN

Imej
dvd dokumentari PUTERA SEJATI TANAH AIR RASHID MAIDIN dvd dokumentari PUTERA SEJATI TANAH AIR RASHID MAIDIN Durasi: 42 minit Format: DVD-r Penerbit: Muzium Sejarah Kampung Sukhirin Distributor: Alteraktif Harga: rm9 akan mula dijual pada 01okt2010 sebagai meraikan kelahiran rashid maidin pada okt 1917. Posted by sulaiman ibrahim at 12:05 AM --- untuk maklumat lanjut sila ke http://thekedaihitamputih.blogspot.com

RASHID MAIDIN: BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN

Imej
Dari p engamatan seharian dan analisis politik yang sistematik, PKM telah nampak jelas bahawa akan sampai ketikanya nanti penjajah British akan melancarkan penindasan besar-besaran, ganas lagi berdarah. Maka, pihak kepimpinan pusat PKM telah mengeluarkan arahan kepada kader-kadernya di dalam pelbagai organisasi untuk berundur ke desa. Berjuang Untuk Kemerdekaan Usaha gigih kami dari PKM, PKMM dan pelbagai pertubuhan seperti kesatuan-kesatuan buruh dan persatuan-persatuan anak negeri, serta juga oleh tokoh progresif berbilang kaum menyebarkan cita-cita ‘Merdeka’, telah disambut hangat oleh semua lapisan rakyat seluruh tanah air. Pekikan ‘Merdeka!’ kedengaran berkumandang di sana sini. Seruan Merdeka di kalangan orang Melayu yang paling lantang ketika itu ialah dari PKMM dan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), kemudian Pembela Tanah air (PETA), (pengganti API yang diharamkan oleh penjajah British) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM),

CHEN NAN @ HAJI HASHIM MENYUMBANGKAN JIWA REMAJA DEMI KEMERDEKAAN TANAH AIR

Nama asal Kawan Chen Nan iaLah Chen Kwang Chang. Pada masa Perang Anti-Jepun beliau bernama Lao Yang; masa perjuangan secara damai selepas tamat Perang Dunia Kedua bernama Ah Mu dan pada masa Perang Anti-British bernama Chen Nan. Kawan-kawan Melayu membahasakan beliau sebagai Kawan Haji Hashim. Nama Haji Hashim diberikan oleh Allahyarham Ahmad Boestamam ketika beliau bermesyuarat bersama kawan-kawan dalam PKMM. Kawan Chen Nan lahir di Taiping, Perak pada tahun 1921. Masa kecil menerima pelajaran dalam bahasa Cina dan Inggeris. Semasa belajar di Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuala Lumpur, beliau sudahpun memperhatikan peristiwa-peristiwa penting dalam negeri, mengambil berat jesejahteraan dan kesengsaraan rakyat, tidak puas hati pada pencerobohan dan pemerintahan imperialis British. Kerana itulah beliau menyertai gerakan pelajar. Dalam gerakan itu, beliau telah bertemu dengan kader Parti Komunis Malaya (PKM), kemudian beliau menjadi anggota PKM, dan menjadi seorang anasir cergas dalam

RASHID MAIDIN: MENGOBARKAN SEMANGAT MERDEKA

Imej
Masa itu merdeka hanya lahir dari mulut golongan kiri sahaja. Masih ada lagi golongan United Malay National Organisation (UMNO), mereka bukan saja tidak mahu kemerdekaan, tapi menentang gerakan kami pula. Masa itu UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Mereka berkata kami berjuang, tetapi ‘buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon.’ Mengobarkan Semangat Merdeka Kerja menerbitkan akhbar juga ada pahit manisnya. Dari segi kewangan menerbitkan akhbar, kami terpaksa berjimat cermat. Itu pun mujur jugalah pengarang kami terdiri dari orang-orang progresif yang sama-sama bercita-cita dan bersemangat kemerdekaan. Mereka tidak pentingkan sangat soal ganjaran, tapi bekerja dengan penuh kesedaran untuk perjuangan. Untuk menjimatkan wang, kami beli kertas besar, jadi terpaksalah potong sendiri. Setelah akhbar dicetak, saya terpaksa pula mengedarnya ke kedai-kedai buku untuk dijual, kemudian memungut hasil penjualannya pula. Dalam perjalanan mengurusk

KAWAN NORDIN, PUTERA TERPUJI ANAK TANI MISKIN

Imej
Kawan Nordin dilahirkan di sebuah pondok usang di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. Ayahnya seorang petani miskin yang rajin dan jujur. Sejak kecil Kawan Nordin hidup dalam kesusahan. Pada 20 Jun 1948, kaum penjajah British mengharamkan semua pertubuhan yang berjuang untuk kemerdekaan serta melakukan penangkapan di seluruh negara. Ramai aktivis politik masuk hutan memanggul senjata menentang penjajah British. Kezaliman kaum penjajah British dan anjing buruannya telah membangkitkan kesedaran nasional di dada Kawan Nordin. Dengan keinginan kuat untuk menghalau kaum penjajah British dari bumi tanah air Kawan Nordin telah menyertai pasukan asas Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pada akhir tahun 1948. Apabila Rejimen Ke-10 dirasmikan pada 21 Mei 1949, beliau menjadi salah seorang anggota pengasas pasukan tersebut. Beliau berani bertempur, tekun bekerja, memperhatikan politik, giat belajar,kemajuannya cepat meningkat. Pada tahun 1949 beliau menjadi anggota PKM dan d

MAJLIS PELANCARAN BUKU THE ROAD TO REFORM

Imej
Majlis Pelancaran buku The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor : 7:30 malam Isnin, 27hb Sept Salam sejahtera, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) menjemput anda ke majlis pelancaran buku The Road To Reform: Pakatan Rakyat In Selangor di Petaling Jaya. The Road to Reform merupakan buku pengenalan tentang pengalaman reform Selangor yang pertama lagi menyeluruh, berikutan Pilihanraya Mac 2008, dengan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional. Dengan susunan sekitar empat aspek teras perubahan – politik, ekonomi, sosial dan budaya – Para penulis fokus pada kedua-dua pencapaian dan kesukaran ketika merealisasikan cita-cita Pakatan. Buku yang ringkas, padat lagi mudah diperolehi ini wajib dibaca bagi sesiapa yang prihatin terhadap dasar dan politik perubahan Malaysia pada persimpangan yang penting serta genting ini. Antara penulis-penulis yang hadir pada majlis pelancaran buku ialah: Abdul Aziz Bari, Wong Chin

DI MANA BUMI DIPIJAK: PEMBENTUKAN MALAYSIA

Imej
2 Feb. 1963 - Operasi 'Cold Store' di Singapura: Penindasan terhadap golongan kiri, kononnya kerana menentang pembentukan Malaysia; ada tahanan politik yang ditahan berpuluh-puluh tahun tanpa bicara. 4 April 1963 - Indonesia umumkan 'Konfrontasi' membantah pembentukan Malaysia. 16 Sep. 1963 - Malaysia dibentukkan (tanpa Brunei) tanpa persetujuan rakyat. Indonesia dan Filipina menentang rancangan British ini. Penentangan terhadap Malaysia dijadikan alasan untuk menahan beribu-ribu pemimpin dan aktiis pembangkang tanpa bicara. Antaranya, Dr. Burhanuddin, Presiden PAS, Pak Sako, Pengerusi Parti Buruh, Boestamam, Ketua Parti Rakyat, dan Aziz Ishak, bekas Menteri UMNO. 1965 - Kongres Ekonomi Bumiputera pertama menuntut kemajuan ekonomi Melayu. 9 Ogos 1965 - Singapura keluar dari Malaysia. 31 Ogos 1957 - Hamid Tuah dan pengikutnya yang kelaparan tanah membuka ladang tanpa izin pemerintah di Teluk Gong dengan sokongan mahasiswa serta cerdik pandai. Okt. 1967 -

BABAK KEDUA PENUKARAN KUDA

Imej
Pada pertengahan bulan Januari tahun 1953, McDonald memanggil Onn bin Jaafar dan rakan-rakannya ke Ipoh untuk bersidang. Mereka yang ikut serta dalam sidang tersebut ialah Onn bin Jaafar, E.E. C. Thuraisingam, P.P. Narayanan, Menteri-menteri Besar Perak dan Kelantan serta Yong Seok Ming, Sia Yu Chiang, Wai Chi Kang, Kim Sui On dan seorang Serani dari Pulau Pinang bernama V. Shelly, Tan Cheng Lock anak beranak sudah bermasam muka dengan Onn bin Jaafar, jadi mereka berdua tidak hadir. Di sidang itu McDonald telah menganalisa situasi politik dan berkata bahawa Perikatan MCA-UMNO dikuasai orang Cina. Dia meminta para hadirin mengkaji masalah jalan keluar bagi Parti Kemerdekaan dan Onn bin Jaafar menurut situasi politik ketika itu. Dia mengusulkan penubuhan Badan Politik Pusat yang terdiri dari wakil-wakil semua parti politik dan pertubuhan, dua tiga orang pegawai British seperti dia juga boleh turut serta untuk membincangkan masalah pemerintahan sendiri. Itulah jalan yang paling baik ka

PERANG DI MALAYA: 1 GERILAWAN LAWAN 65 ASKAR BRITISH

Imej
Tidak lama setelah Henry Gurney mati, Parti Konservatif telah berkuasa semula di Inggeris. Kekalahan Inggeris di Malaya sangat mencemaskan benggolan-benggolan Parti Konservatif. Pada bulan November tahun 1951, Setiausaha Tanah jajahan Oliver Lyttleton diutus untuk bergerak di negeri kita, kemudian Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi merangkap Pengarah Gerakan yang baru pada bulan Februari tahun 1952. Ketika itu, imperialis British dalam petunjuknya kepada Temper berkata”Malaya harus dijadikan sebuah negara yang mewujudkan pemerintahan sendiri sepenuhnya pada masa yang dianggap sesuai. Kerajaan Inggeris yakin benar negara ini akan tetap tinggal dalam Komanwel dan pemberontakan komunis sedang menghambat kemajuan politik negara ini”. Oleh kerana itu, katanya, “tugas utama Gerald Templer ialah memulihkan undang-undang dan ketertiban Malaya agar dapat menghapuskan halangan di jalan kemajuan”. Dalam ucapannya setelah ia memegang jawatan itu, Gerald Templer berkata baha

FELDA

Imej
Oleh: Dr. Nasir Hashim HASRAT PENEROKA LADANG TIDAK KESAMPAIAN ‘Li (Rosli) bangun nak …. Bangunlah.’ Entah berapa kali rayuan Ayah berdendang di telinga ku. Aku mencelikkan mata. Jam di tangan mengisyaratkan 4:30 pagi. Menggosok mata lagi. Selalunya Emaklah yang mengejut aku pada pagi-pagi buta seperti ini. Bukan Ayah. ‘Tolong Ayah toreh getah nak. Ayah tak berapa sihat. Takut tak sempat dapat kuota kerja.’ Setahu aku, semenjak aku melangkah masuk Maktab hinggalah sudah bekerja, Ayah tidak lagi menyuruh aku menoreh getah ataupun memungut sekerap getah. Ayahlah yang selalu mengingatkan Emak supaya jangan kejutkan aku dari mimpi. Dah lah aku balik sekali sekala. Maka biarlah aku tidur sepuas-puas hati. Begitulah kehendak Ayah ku. Tapi …. Kali ini Ayah perlukan tenaga ku. Kalaulah aku dapat membantu Ayah .…. apa salahnya. Dapatlah aku mengimbau kembali zaman muda ku di Kampong Bombai, Melaka. Dulu, bukan aku tidak pernah menolong Ayah menoreh getah, membekukan getah, memerahk

SUASANA AIDILFITRI DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
menjelang solat sunat Aidilfitri Solat Sunat Aidilfitri Menziarahi Bapa Abdullah C.D. dan Ibu Suriani --- Gambar dirakam oleh Aman

KENANGAN RAYA DI REJIMEN KE-10

Klip 1 Selamat Hari Raya (clip 1) Uploaded by hmn07 . - Arts and animation videos. Klip 2 Selamat Hari Raya (clip 2) Uploaded by hmn07 . - Independent web videos. Klip 3 Selamat Hari Raya (clip 3) Uploaded by hmn07 . - Watch original web videos. Klip 4 Selamat Hari Raya (clip 4) Uploaded by hmn07 . - Discover more animation and arts videos.

BUKU BARU DARI GERAKBUDAYA - SEPTEMBER 2010

Imej
Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan Abdul Hadi Awang Publisher: Jundi Resources Year: 2010 129 Pages RM15.00 / SGD10.50 Buku ini ditulis oleh seorang ulama gerakan Islam tersohor tanahair yang telah puluhan tahun tidak pernah jemu untuk menyampaikan Islam yang syumul kepada masyarakat, tokoh maestro kebangkitan Islam ini juga telah mengarang lebih daripada 40 buah buku bernunsakan fikrah dan dakwah yang tersebar ke seluruh Negara semenjak dekad 80-an. Tuan Guru selain memimpin pertubuhan siasah cum dakwah terbesar di negara ini, juga disela-sela kesibukan itu juga sentiasa berbakti di ladang ilmu dengan berkhutbah, berkuliah, membentangkan kertas kerja , menyampaikan tazkirah dan pelbagai program. Panduan di antara ilmu dan segudang pengalaman maka lahirlah karya ini bagi menambahkan koleksi maklumat dan suluhan ilmu kepada masyarakat Islam di negara ini. Buku ini membicarakan persoalan penting di alaf baru ini, persoalan Pal