tahniah untuk dr. syed husin ali
Pada hari ini, Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, telah mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Negara.

Beliau telah ditahan dibawah ISA selama 6 tahun dengan pertuduhan jahat dan beliau disiksa semasa dalam tahanan itu, suatu penyiksaan diluar batas-batas kemanusiaan.
Beliau adalah diantara intelek-intelek Melayu yang mampu hidup mewah, tetapi menolak kesenangan untuk diri sendiri demi perjuangan membela rakyat.
Kedudukannya didalam Dewan Negara adalah suatu keistimewaan untuk rakyat. Beliau bukan sahaja seorang pejuang, beliau adalah seorang intelek dan menggunakan ilmu yang ada pada dirinya untuk perjuangan.
Tahniah untuk Tuan Haji Dr Syed Husin Ali!
Ulasan
pejuang kental
sejak tahun 60,an lagi
TAHNIAH!!!