selamat datang

SELAMAT DATANG
Pada 14 Disember, satu rombongan saudara – saudari dari Malaysia telah mengadakan lawatan muhibah ke Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Kampung Chulabhorn Patana 12. Difahamkan kedatangan mereka adalah untuk melihat dengan mata kepala sendiri keadaan bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang memberhentikan perjuangan bersenjata pada 20 tahun silam.
Atas nama Bapa Abdullah C.D. dan seluruh bekas perajurit Rejimen Ke-10, Kini Dan Silam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anggota rombongan tersebut terutama buat Tuan Haji Mohamad Sabu kerana sudi menziarahi dan mengambil tahu tentang kami baik masa kini juga sejarah silam, serta memohon ampun maaf sekiranya terdapat apa sahaja baik pertuturan atau tingkah laku yang tidak menyenangkan.
Ulasan
Tahniah. Semoga rakyat Malaysia memperolehi pandangan yang jelas mengenai perjuangan kemerdekaan tanah air!
SH