SELAMAT TAHUN BARU 2010 DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

29 Disember 2009, Kampung Perdamaian Sukhirin: Suatu perayaan secara sederhana telah diadakan untuk menyambut tahun baru 2010 Masehi (2553 Tahun Buddha) dan menyambut Hari Kanak-kanak Kebangsaan (Thailand) yang jatuh pada 9 Januari 2010. Kedua-dua perayaan ini dibuat secara serentak atas mesyuarat Jawatankuasa Kampung, Pimpinan Kehormat Kampung, Abdullah C.D., Jawatankuasa Sekolah Dasar Kampung Perdamaian Sukhirin dan Wakil Rakyat dari Kampung Perdamaian Sukhirin. Difahamkan kedua-dua perayaan ini digabungkan secara serentak untuk menjimatkan masa dan belanja penyelenggaraan.