inikah ertinya kemerdekaan?
Ketika ditanya kepadanya pengertian dan nikmat kemerdekaan, Norazizi berkata, tak ada apa-apa nikmat yang dia dapat…saya cuma hidup dalam rumah kecil ni saja. “Inilah rumah kami tiga beranak sejak 4 tahun lalu. Tak ada duit nak besarkan rumah. Api (elektrik) tak ada..guna pelita saja. Air minuman dan mandi ….menumpang dari rumah jiran-jiran terdekat, katanya. Norazizi berkata, wakil rakyat tak pernah datang menjenguk, kecuali musim pilihanraya ramailah yang datang”.
Apakah di zaman teknologi yang serba canggih ini masih ada insan yang hidup dengan menggunakan pelita minyak tanah. Lebih-lebih lagi di zaman merdeka dengan pelbagai kemajuan dan kemegahan yang sebahagiannya dikatakan mencapai taraf dunia. Bagaimana agaknya keluarga ini menyambut hari raya yang akan menjelma tak lama lagi? Terbayang di fikiranku seolah-alah anak-anak mereka menuntut baju baru, kuih muih dan sebagainya.
Sebagai seorang anak tani miskin, aku juga pernah merasai masa seperti itu, masa ayah membajak sawah dengan lembu / kerbau, masa warga kampung mencangkung di tepi sungai atau atas titi untuk membuang kotoran. Itu semua cerita puluhan tahun dahulu. Masa sekarang, anak-anak tani terpaksa pergi ke muzium untuk melihat peralatan membajak, lembu dan kerbau tidak perlu bekerja lagi, mereka cuma perlu cepat besar untuk mendapatkan daging.
Apakah ini ertinya kemerdekaan?
Apakah ini ertinya membela rakyat?
Apakah ini hadiah Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat?
Ulasan
Zaman Malaysia gemilang sekarang, kalau seseorang itu hanya tahu meminta subsidi tidak mahu berusaha dan bekerja.... dia akan ketinggalan...
mmg amt dikesalkan
tp yg pastinya bkn mereka shj yg susah
malah ramai lg yg kita masih xketahui
menyalahkan mmg mudah
sng sj kita hina BN krn kegagalan mereka
tp kita sbg bangsa melayu
apa sumbngn kita pd bangsa?
sekadar ingin mengungkit kisah lama
wira yg xdidendang
kejahatan UMNO yg tidak berkesudahan
adakah jika PR memerintah segalanya akan berubah?
pasti ada kelemahan
setelah sekian lama sy perhatikan blog ini,
ternyata mmg ada unsur politik sebenarnya blog ini
bertopengkan utk membongkar sejarah
sebenarnya ia lbh pro pembangkang
yg lps biarlah lepas
jikalau mat amin hidup aman disana
maka teruskanlah kehidupan di sana
usah dicampur urusan rakyat m'sia
biarkan politik berhadapan politik
usah dipinta belas ikhsan simpati
dari perjuangan yg terpinggir
jikalau dahulu sudah gagal
jgn diikut emosi gagal
kelak yg bersimpati
akan bertukar benci
mudah saja utk dijwb persoalan diberikan
tp dlm nada politik,belum pasti bila penyudah akan dicapai
musuh kepada musuh kita adalah rakan perjuangan
tp sebelum menyokong musuh kepada musuh kita,
ada lbh baik dikaji tindak tanduk
mereka
kelak tersilap, gagal utk kesekian kalinya
anak bangsa jua menjadi mangsa
lg kesekian kali muncul golongan meraih simpati
dari perjuangan yg xdidendang
lg kesekian kali
sedih ku melihat bangsa sendiri bertelagah sesama sendiri
utk mencapai matlamat yg sama
berbunuhan kita sesama
cuma utk memilih siapa berada di persada kuasa
KMM, PKMM. API, AWAS, Barisan Tani yang menjadi teras Rejimen Ke-10 adalah organisasi politik.
Berjuang untuk kemerdekaan tanah air semoga semua rakyat dapat menikmatinya. Semoga golongan yang terdapat dalam gambar itu juga merasai manisnya kemerdekaan.
Sekarang hanya kaum kapitalis yang memegang kekuasaan yang mengecapi kenikmatan itu. Sedangkan rakyat hanya mendapat "remah-remah roti" sahaja.
Parti mana pun, ideologi apapun, jika tidak dapat menyelesaikan masalah yang terpapar dalam gambar itu akan dihumbankan oleh rakyat.
mungkin tidak akan berlaku
dalam sistem kominis/sosialis.
Tetapi tidak dalam sistem kapitalis
dimana rakyat perlu bayar
termasuk infrastruktur.
Yang Berkuasa membeli seberapa murah,
menjual seberapa mahal. Pertolongan mesti ada komisen/persen....dll