Kampung Perdamaian

KAMPUNG PERDAMAIAN Sebagai menunaikan tanggungjawabnya yang termaktub dalam perjanjian perdamaian yang ditandatangani 3 pihak di Haadyai pada 2 Disember 1989, Kerajaan Diraja Thailand melalui Ketumbukan Ke-4 telah memperuntukkan perbelanjaan mendirikan 4 buah kampung perdamaian untuk bekas Tentera Rakyat Malaya. Difahamkan bahawa belanjawan ini diambil dari belanjawan perang melawan gerila TRM. Pada awalnya pihak bekas perajurit menamakan kampung-kampung ini sebagai Kampung Perdamaian 1, 2, 3 dan 4. Akan tetapi pihak tentera Thai menamakannya sebagai Ban Rattanakiti 1,2,3,dan 4. Pada tahun 1993 4 buah kampung perdamaian ini secara rasmi dimasukkan dalam projek pembangunan Chulabhorn. Dengan itu keempat-empat kampung ini diberi nama baru Ban Chulabhorn Patana 9, 10, 11 dan 12. Bagi menyempurnakan rancangan membangun kampung dan kehidupan baru untuk bekas perajurit TRM, satu unit yang diberi nama Unit Penghubung telah dihantar ke 4 buah kampung tersebut, memastikan semua perkara berk