Salam Perkenalan

Kini Dan Silam (http:matamin.blogspot.com)
yang sudah disabotase
Assalamualaikum,
Dan salam sejahtera,
Pada petang 9 Ogos 2009, blog Kampung Perdamaian Sukhirin – Kini Dan Silam (http://matamin.blogspot.com) tidak dapat log masuk, dicurigakan ada sabotase dari pihak-pihak tertentu. Oleh itu blog http://matamin02.blogspot.com dengan tajuk Kini Dan Silam diwujudkan untuk meneruskan paparan sejarah. Kami memohon maaf atas apa yang telah terjadi. Kami akan berusaha menggali lebih banyak lagi kisah-kisah lampau untuk dikongsi dengan semua.
Blog Kini Dan Silam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan para pembaca sekalian. Juga tak lupa kepada rakan-rakan blogger yang turut memberikan bantuan sehingga blog ini dapat wujud untuk mencungkil kembali kesan-kesan sejarah lampau.
Terima kasih
Mat Amin
Ulasan
Boleh tak kita menyelidik pencerobohan maya ini secara terinci, misalan meneliti "terms & conditions" blogger.com tentang apa-apa keselamatan data, atau forensik maya dsb.?
Ini langkah penting untuk mengelak pengulangan kejadian yang sama.
Mula-mula ingat sahaya tak diundang!
Saudara,
Jika sesiapa yang sudi menyiasat hal ini, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
Teruskan perjuangan, teruskan paparan sejarah yang silam, jangan mudah tunduk pada perang cyber pemerintah
Sahaya coba merasionalkan pencerobohan itu secara teknikal, dengan mengikuti bahan2 yang tersebar luas di internet, bebenang di sini mungkin boleh membantu:
http://www.google.com/support/blogger/bin/topic.py?hl=en&topic=12448
Masih ingat tak diundang.