Wawancara dengan Abdullah C.D.

Sempena Menyambut Kemerdekaan Abdullah CD adalah seorang tokoh pejuangan kemerdekaan veteran yang ulung. Beliau pernah mendapat pendidikan di Clifford School, Kuala Kangsar. Kerana fikiran beliau yang cerdas terbuka, beliau telah menerima pengaruh progresif dari bangku sekolah lagi, khasnya oleh guru-guru yang demokratik, ahli-ahli KMM dan tokoh veteran revolusi Indonesia tahun 1926 yang tinggal di Malaya (kini Malaysia). Demi cita-cita kemerdekaan tanah air, beliau telah menyertai KMM, PKMM dan PKM. Beliau adalah rakan seperjuangan akrab tokoh nasional yang terkemuka seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad, Mustapha Hussein dan lain-lain. Pada bulan Mei 1949, beliau telah mengasas dan memimpin Rejimen ke-10, satu-satunya pasukan Melayu yang berjuang melawan penjajah British secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Kemudian, pada tahun 1985, beliau dipilih sebagai Pengerusi PKM. Soalan: Banyak orang, khasnya angkatan baru, sangat ingin mengetah