Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010 DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
29 Disember 2009, Kampung Perdamaian Sukhirin: Suatu perayaan secara sederhana telah diadakan untuk menyambut tahun baru 2010 Masehi (2553 Tahun Buddha) dan menyambut Hari Kanak-kanak Kebangsaan (Thailand) yang jatuh pada 9 Januari 2010. Kedua-dua perayaan ini dibuat secara serentak atas mesyuarat Jawatankuasa Kampung, Pimpinan Kehormat Kampung, Abdullah C.D., Jawatankuasa Sekolah Dasar Kampung Perdamaian Sukhirin dan Wakil Rakyat dari Kampung Perdamaian Sukhirin. Difahamkan kedua-dua perayaan ini digabungkan secara serentak untuk menjimatkan masa dan belanja penyelenggaraan.

SAID ZAHARI: TUNKU TIDAK BERNIAT SELESAI DENGAN CHIN PENG

Imej
http://www.merdekareview.com Lim Hong Siang | Dec 30, 2009 02:39:28 pm Bagaimana "seandainya" apa yang tercapai dalam Perjanjian Damai Haadyai antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, disempurnakan 34 tahun lebih awal, iaitu dalam Rundingan Baling pada tahun 1955? Sememangnya, adalah terlalu lewat untuk membuat sebarang "andaian" dalam sejarah. Apa yang berlaku telah berlaku dan berlalu. Namun, sejarah tidak harus tinggal hanya sebagai "bahasa" pemenang, atau pemegang kuasa, seandainya sejarah itu ditelaah untuk mengambil iktibar daripadanya.

SAID ZAHARI: PERIKEMANUSIAAN HARUS AMBIL KIRA PKM

Imej
http://www.merdekareview.com Lim Hong Siang | Dec 29, 2009 07:44:16 pm "Buta sejarah", demikianlah label yang dilontarkan terhadap generasi muda yang cuba mengangguk kepada kepulangan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke tanahair. Pada masa yang sama, mereka yang sedia untuk memberi laluan atas dasar perikemanusiaan, dipertikaikan sebaliknya sama ada "Chin Peng yang tidak perikemanusiaan" ini layak untuk menerima layanan "perikemanusiaan". Namun demikian, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (gambar kanan) tetap dengan pendirian bahawa Chin Peng berhak untuk pulang ke tanahairnya, Malaysia. Tokoh kewartawanan ini berada di tempat kejadian pada usia 27 tahun, menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana Rundingan Baling diadakan pada tahun 1955.

SAID ZAHARI: CHIN PENG BUMIPUTERA MALAYA

Imej
http://www.merdekareview.com Lim Hong Siang | Dec 29, 2009 11:34:02 am "Chin Peng lahir di bumi Malaya. Dia lahir di satu tempat, namanya Setiawan. Setiawan ini adalah sebahagian daripada bumi Malaya. Kalau dia lahir di bumi Malaya, maka dia adalah bumiputera Malaya..." Demikianlah hujah yang dianggap paling kukuh untuk mengulas isu kepulangan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) ke tanahair Malaysia, dari mulut bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari (gambar kanan). Untuk tokoh kewartawanan ini, tidak timbul soal sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak. "(adalah) Hak Chin Peng untuk balik. Bukan (soal) dia boleh atau tidak. Dari segi undang-undang, tak ada seorang yang boleh mengatakan Chin Peng tak ada hak (untuk) balik (ke tanahair). Tanahair Chin Peng bukan China, bukan Taiwan, bukan Hong Kong. But it is in Setiawan," tegas Said Zahari.

REFORMIS JALANAN: APA ANCAMAN ORANG TUA INI KEPADA NEGARA?

Imej
http://reformisjalanan.blogspot.com/ Tuesday, December 29, 2009 Orang tua ini, nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata. Saya hairan kenapa anak kelahiran Malaya sepertinya dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri. Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin. Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British.

BERFIKIR MENGIKUT ACUAN PENJAJAH

Imej
Isu kepulangan Chin Peng telah mendapat liputan yang meluas di kalangan berbagai lapisan masyarakat negara kita. Satu kesimpulan yang boleh dirumuskan ialah pemikiran generasi sekarang sudah maju, sudah mulai melangkah keluar dari kepompong sempit penjajahan walaupun catatan sejarah yang ada pada hari ini diolah mengikut kaca mata penjajah. Tulisan yang berjudul CHIN PENG: IKON KEBENCIAN YANG DIREKA yang ditulis oleh Puspawati yang disiarkan Merdeka Review mencerminkan minda yang bebas bagi mereka yang benar-benar ingin meneroka sejarah tanah air tanpa mengikut acuan mana-mana pihak.

CHIN PENG: IKON KEBENCIAN YANG DIREKA

Imej
Puspawati Rosman | Dec 24, 2009 10:03:41 am http://www.merdekareview.com Ketika saya sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa, hanya terdapat sebuah kedai buku di dalam kampus di mana saya dan mahasiswa-mahasiswa lain boleh mendapatkan buku teks dan bahan bacaan lain dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa, iaitu di Pekan Buku. Oleh itu, saya sentiasa pergi ke situ sekurang-kurangnya seminggu sekali - bukan sahaja untuk mendapatkan buku teks, tetapi juga bahan bacaan lain yang menarik minat saya.

MASALAH BANGSA MALAYA (MALAYSIA)

Imej
(Teks ceramah Abdullah C.D. yang disampaikan pada 24 Julai 1988) I Dalam sejarah benua Asia terdapat tiga wilayah besar iaitu Alam Melayu, China dan India, masing-masing dengan sejarah yang lama dan peradaban yang kaya raya. Tiga wilayah ini merupakan tempat tumbuh dan berkembangnya tiga bangsa besar dalam sejarah Asia iaitu Melayu, China dan India, masing-masing dengan tamadunnya yang terkenal dari timur hingga ke barat. Seperti kita ketahui, dalam sejarah orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita. Mereka telah melampaui masyarakat primitif, kemudian masyarakat perhambaan serta masyarakat feudal. Dalam perjalanan sejarah yang panjang ini, bangsa Melayu telah terbentuk secara beransur-ansur iaitu dalam proses peralihan daripada masyarakat primitif ke masyarakat berkelas, daripada kumpulan pertalian darah atau perseikatan suku kepada negara. Menurut pandangan historikal materialisme, peralihan ini memulakan langkah pertama ke arah

WARGA KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN BERDIKARI SELESAIKAN MASALAH

Imej
Hujan yang sentiasa mencurah menyebabkan jalan menjadi becak. Untuk mengatasi masalah ini pihak Wakil Rakyat peringkat Tamboon telah berusaha membantu dengan menghantar jengkaut dan lori untuk memunggah batu dan pasir ke tempat yang becak

melayu raya projek new kolonial tunku

Imej
MELAYU RAYA PROJEK NEW KOLONIAL TUNKU Dalam perundingan London untuk kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman telah menerima syarat penjajah British untuk meneruskan perang penjajah British melawan Perang Pembebasan Nasional untuk kemerdekaan Malaya yang dilancarkan PKM serta terus menerus menekan gerakan kiri dengan Undang-Undang Darurat yang dikuat kuasakan British. Selain itu, Tunku juga telah menerima syarat penjajah British dalam berbagai bidang, politik, ekonomi, ketenteraan, kebudayaan dan lain-lain. Jelaslah Tunku telah menyimpang dari kemerdekaan yang sebenarnya. Ibrahim Fikri dan Saadon Zubir yang asalnya berjuang untuk kemerdekaan dari politik haluan kiri juga menerima pandangan Tunku Abdul Rahman tersebut dan ikut serta dalam perundingan London. Sebab itulah, walaupun sudah mencapai kemerdekaan, tapi perang melawan penjajah British tidak dapat ditamatkan, Undang-undang Darurat terus berkuat kuasa. Pada tahun 1961, akta tersebut diganti pula dengan Akta Keselamatan Dalam Ne

melanggar perjanjian adalah melanggar perintah Allah

Imej
MELANGGAR PERJANJIAN ADALAH MELANGGAR PERINTAH ALLAH Oleh Panji Darman Hakikatnya kebenaran akan tegak dan kepalsuan akan terhapus, sesungguhnya kepalsuan akan hapus (Al-Quran Bani Israil Q17:81.) Sikap munafik UMNO yang mewakili Kerajaan Malaysia dalam isu kepulangan Chen Ping sudahnya akan memalukan negara ini, membawa imej sebagai bangsa yang rendah tamadunnya. Apakah kerana UMNO kini sedang menghitung-hitung saat sakratul sehingga ia sanggup melanggar sebuah perjanjian yang begitu besar dalam sejarah Malaysia. Perjanjian Haadyai 2 Disember 1989 telah ditandatangani di hadapan khalayak masyarakat dunia, dihadiri oleh lebih kurang 300 - 400 wartawan di seluruh dunia dan perjanjian ini disaksikan dengan penuh istiadat. Hanya orang-orang yang berjiwa munafik sahaja yang akan memungkiri perjanjian dan suka mengungkit-ungkit perkara-perkara yang telahpun diputuskan.

BENDERA TENTERA

BENDERA TENTERA Uploaded by hmn07 . - Watch original web videos.

abdullah c.d. lucutkan gari dengan tangan kosong

Imej
ABDULLAH C.D. LUCUTKAN GARI DENGAN TANGAN KOSONG Dalam masa berlangsungnya Undang-Undang Darurat, Abdullah C.D. pernah ditangkap, digari dan digiring oleh 2 pasukan polis yang didatangkan dari Raub dan Kuala Lipis. Akan tetapi, di tengah jalan, beliau secara luar biasa melucutkan gari dari tangan dan secara cerdik melepaskan diri dari tembakan musuh. Peristiwa itu memberikan pengaruh yang amat besar di kalangan massa rakyat. Ada yang menganggap beliau memiliki ilmu batin yang tinggi. (Gambar kiri: Abdullah C.D. pada tahun 1950). Sila ikuti kisahnya yang telahpun dipaparkan dalam Memoir Abdullah C.D (II)- Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 , terbitan SIRD , 2007.

lagu bendera tentera

BENDERA TENTERA Senikata lagu BENDERA TENTERA Bendera tentera berkibar-kibaran Memandu kita maju ke depan Bintang keemasan bertanahkan merah Rakyat bangun berjuang terus berjuang Majulah kawan fajar sudah menyingsing Melawan musuh dengan perwra Untuk pembebasan nusa serta bangsa Perjuangan kita pasti berjaya Kita tentera anak rakyat Bersatu dan sepakat Memperjuangkan negara rakyat Menghalau penjajah dari Malaya Kibarkanlah bendera tentera Ke serata pelusuk Malaya

umno palsukan fakta dan nafikan ibrahim yaakob

Imej
UMNO PALSUKAN FAKTA DAN NAFIKAN IBRAHIM YAAKOB (http://mindaahad.wordpress.com/ Oleh Tarmizi Mohd Jam ) NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan ‘50 Tahun Kemerdekaan Negara’ tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan ‘Merdeka’ oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah? Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita, TARMIZI MOHD JAM. Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori

rahim nor kritik kerajaan tidak patuhi perjanjian

Imej
USUL BENARKAN CHIN PENG BALIK DENGAN VISA PELANCONG, RAHIM NOR KRITIK KERAJAAN TIDAK PATUHI PERJANJIAN DAMAI ( diterjemah dari Malaysiakini Bahasa Mandarin, 30 November 2009) Sempena peringatan ulang tahun ke-20 Perjanjian Damai Hadyai yang ditandatangani oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia, masalah Chen Ping ingin kembali ke tanah-airnya sekali lagi menjadi isu perbincangan yang hangat. Walau Timbalan PM, Datuk Seri Muhyiddin Yasin menolak kontan hasrat terakhir Chen Ping itu, tapi Datok Seri Rahim Nor, bekas Ketua Polis Negara yang pernah mewakili Kerajaan Malaysia dalam perundingan dengan pihak PKM kecewa kerana kerajaan tidak mematuhi perjanjian damai itu. Menurut perjanjian damai itu, kerajaan setidak-tidaknya harus membenarkan Chen Ping balik ke tanah-airnya dengan visa pelancong, katanya. Kritik Persatuan Bekas Perajurit dan Polis Terlalu Emosi Rahim Nor juga mengkritik, perbuatan Persatuan Bekas Perajurit dan Polis yang mengkritik Chen P

jawapan kepada ulasan penpusaka

Imej
JAWAPAN KEPADA ULASAN PENPUSAKA Salam Penpusaka. Selamat bertemu Penpusaka di "pentas" yang disediakan Pak Mat Amin ini. Pertamanya terima kasih ku lontarkan kepada Penpusaka kerana sudi juga memberikan ulasan. Di atas sikap berterus terang inilah aku menghormati pandangannya. Jadi aku juga ingin memberi sedikit pandangan terhadap ulasan yang berikan Penpusaka. Untuk memudah pembaca, jawapan aku diberikan warna hitam manakala ulasan Penpusaka diberikan warna biru. Salam ziarah, Sewaktu pendudukkan Jepun, PKM dibantu dan diupah oleh penjajah British menubuhkan MPAJA menentang penjajah Jepun.Jepun kalah dalam perang Dunia ke2 lalu menyerah diri kepada British dan meninggalkan Malaya. Kekosongan beberapa bulan, antara kepergian Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu, PKM telah mengambil kesempatan "mengganas" diTanah Melayu dengan ZALIM, memikirkan mereka akan menegakkan "Kerajaan Komunis" di Tanah Melayu sejajar dengan "arah

terkena serang hendap askar upahan penjajah

Imej
TERKENA SERANG HENDAP ASKAR UPAHAN PENJAJAH "Setelah selesai urusan musuh membersihkan medan pertempuran, barulah dikeluarkan perintah membakar lalang di rusuk kiri tempat kami bersembunyi itu. Jam pukul 1 lebih sedikit, kepansan terik matahari sudah cukup membakar tubuh kami. Apa lagi ditambah pula dengan kehangatan bahang api lalang itu. Cuma Allah sajalah yang tahu betapa panasnya yang kami tanggungi." Pada penghujung bulan Februari 1951, Ah Chin (isteri Chen Nan) seorang penanggungjawab Stet Komiti bersama satu pasukan utusan datang ke tempat saya. Oleh kerana utusan yang hendak pergi ke Mentakab itu banyak membawa benda-benda penting sedangkan hendak pergi ke organisasi Area Komiti di Kampung Batu 7 itu harus melalui beberapa tempat penting dan bahaya umpamanya menyeberangi Sungai Semantan, menyusuri Kinoni Estet, menyusuri Sungai Kepung di Al-Al Estet, kemudian menyeberangi jalan raya Mentakab – Bentong barulah masuk ke jalan kampung Tionghua Batu 7. Oleh itu, sebab

lanailestari: catatan ringkas ziarah kampung perdamaian sukhirin

Imej
LANAI LESTARI: CATATAN RINGKAS ZIARAH KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN di petik dari lanailestari.blogspot.com Tuesday, December 22, 2009 Apabila Sdr AmirRuslan mengajak saya untuk ikut serta kembara ke Selatan Thailand bagi menziarahi Kg.Perdamaian disana,tanpa bertangguh saya menyatakan persetujuan saya.Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk kesana,cuti sekolah bulan Mac sepatutnya saya ke sana tetapi oleh kerana orang tua uzur,maka terpaksa di tangguhkan.Manakala bulan Jun,pihak penanggungjawab terpaksa meminta saya membuat jadual semula memandangkan terlalu ramai rombongan kesana. Memang saya berkeinginan besar ke sana,mungkin darah Pahang/Temerloh yang mengalir disegenap urat nadi saya menggamit untuk melihat sendiri dengan mata dan mata batin 'para pengganas komunis' ini seperti laungan perang saraf sejak lebih 50 tahun (dan masih berterusan).Juga tentunya sebagai peminat sejarah saya perlu membuat sedikit 'research' sekurang-kurangnya untuk manfaat diri se

tok pawang memberikan sumbangan

Imej
TOK PAWANG MEMBERIKAN SUMBANGAN Setelah terlepas dari kepungan 120 orang askar upahan penjajah British Abu Samah dan Mat Teluk mendapat pertolongan Tok Pawang Haji Mat Taib di Kampung Sungai Nangka, Bolok Hilir, Semantan. Mereka semua adalah zuriat Datok Bahaman yang amat membenci penjajah British dan mencintai kemerdekaan tanah air. Dari sini kita boleh nampak bahawa perjuangan Rejimen Ke-10 mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat, khasnya di kalangan orang Melayu. Akan tetapi kerana kelicikan penjajah yang mendapat sokongan golongan pertengahan Melayu, perjuangan Rejimen Ke-10 untuk kemerdekaan tanah air telah dipesongkan sebagai “pengganas”, “anti-agama” dan sebagainya. Sehingga hari ini, media kerajaan terutamanya UMNO masih memberikan lebel tersebut kepada Rejimen Ke-10 - lebel yang telah disesuaikan dengan kehendak penjajah British. Sila ikuti tulisan Abu Samah yang disalin dari buku yang sama: Abu Samah sebagai seorang anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 selalu me

abu samah: 2 lawan 120

Imej
ABU SAMAH: 2 LAWAN 120 "Bila sampai saja ke arah tangga yang terakhir, seorang musuh yang menghendap di tepi tangga itu menerkam dan memeluk tubuh saya. Pergelutan untuk melepaskan pelukan musuh itu sangat hebat juga hingga sampai ke halaman tangga. Di sini sekonyong-konyong datang dua tiga orang musuh untuk membantu, seorang daripadanya menghentakkan bud rifle ke arah pinggang saya." -- Abu Samah Mohd. Kassim Pada 15 Oktober 1951, ialah peristiwa bersejarah kali kedua yang menentukan hidup matinya bagi saya di mana satu pergelutan hebat dengan 120 orang askar Melayu yang mengepung saya di rumah sendiri di Kampung Lanar, Mempatih. Tembakan hebat ke sasaran rumah mulai dicurahkan jam pukul 7.45 malam. Kejadian ini tersebar luas dan memberikan kesan-kesan yang mendalam kepada orang ramai. Selang beberapa tahun kemudian banyaklah orang-orang datang berkunjung ke rumah tersebut termasuk wartawan-wartawan untuk melihat kesan-kesan bersejarah yang dianggapnya sebagai suatu mi

lanai lestari: laungan azan di kampung komunis

Imej
LANAI LESTARI: LAUNGAN AZAN DI KAMPUNG KOMUNIS (dipetik dari lanailestari.blogspot.com ) Sesampai kami ke Kampung Perdamaian Sukhirin Chulaborn Patana 12,penempatan bekas anggota Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya,perkara pertama yang menambat mata saya ialah sebuah bangunan yang begitu sederhana berkubah kuning.Dihadapan bangunan berkubah kuning itu kelihatan 3-4 orang lelaki sedang duduk berehat dan berbual. Ya,setelah melalui jalan bertar dari muka kampung menuju ke rumah tetamu,kita akan bertemu dengan bangunan Masjid Kampung Perdamaian yang terletak berhampiran Rumah Tetamu dan saya kira lebihkurang 200 meter daripada rumah Abdullah CD.Bangunan Masjid ini begitu sederhana malah,belum siap sepenuhnya terletak di tebing anak sungai yakni di bahagian belakang masjid tersebut.Masjid di tebing kali dan sungai yang mengalir deras serta jernih dan dingin serta deruan air yang mengalir itu tentunya mencipta suatu pemandangan yang bertaut dan tentunya menjadi begitu kontras deng

mencari pusara datok bahaman

Imej
MENCARI PUSARA DATOK BAHAMAN Walaupun Datok Bahaman telah diiktiraf sebagai pejuang bangsa menentang penjajahan Inggeris, namun belum ada usaha yang bersungguh-sungguh menjejaki pahlawan bangsa tersebut. Sehingga kini, belum terungkap di mana letaknya pusara Datok Bahaman dan pengikut-pengikutnya. Untuk menyingkap misteri tersebut, Abu Samah Mohd. Kassim bersama Abdullah C.D. , Suriani Abdullah dan Siti Norkiah telah berkunjung ke Chiangmai pada tahun 1996. Seorang pegawai tentera Thai yang bertugas di Unit Penghubung di kampung Perdamaian Sukhirin telah membantu perjalanan mereka. Dalam catatannya yang diabadikan dalam buku SEJARAH DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN, terbitan Nan Dao Publisher, Hongkong 1996, Abu Samah menulis: Akan tetapi yang amat menarik minat saya ialah ketika kami berempat berkunjung ke Chiangmai, Utara Thailand. Sebagaimana di fahamkan bahawa Datok Bahaman dan pejuang-pejuang Pahang melawan penjajah British telah diusir ke Utara Thailand dan dilin

sokong pr: sekitar lawatan ke kampung perdamaian

Imej
SOKONG PR: SEKITAR LAWATAN KE KAMPUNG PERDAMAIAN Pada 14 hb Disember kami melawat Kg Perdamaian Shukirin, di Selatan Thailand yang menempatkan bekas anggota Regimen ke 10, penentang penjajah British. Rombongan diketuai oleh Hj Mohamad Sabu. Sokongpr dan Penjual Ubat di hadapan rumah Pak Abdullah CD. baca selengkapnya di sokongpr.blogspot.com dan penjualubat.wordpress.com

tahniah pakatan rakyat

Imej
TAHNIAH PAKATAN RAKYAT Kesepakatan yang diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat adalah langkah permulaan ke arah pembentukan barisan bersatu patriotik-demokratik semua kaum negara kita. Semoga pedoman yang digariskan Dr. Burhanuddin Al-Helmy dalam memimpin barisan bersatu PUTERA-AMCJA menjadi pembimbing barisan bersatu ini. Bersatu leburkan perkauman sempit Harakahdaily  SHAH ALAM, 19 Dis: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat untuk meleburkan semangat perkauman sempit untuk mencapai tujuan yang lebih besar iaitu mencapai tujuan bersama untuk seluruh masyarakat Malaysia. Kesepakatan ini diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ketika memberikan ucapan utama mereka di Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pagi ini.

LAGU OH MARIANA

Oh mariana by hmn07 (Dipetik dari filem video terbitan Studio TV Rejimen Ke-10, 1989)

oh mariana: lagu perjuangan

OH MARIANA - LAGU PERJUANGAN Oh Mariana sebuah lagu perjuangan, tak diketahui dari mana asalnya, tetapi popular di kalangan AWAS dan dinyanyikan juga di Rejimen Ke-10. Video bawah adalah persembahan dari bekas Ketua AWAS Pahang, Siti Norkiah Mahmood Baginda. Klip video ini disedut dari filem video terbitan Studio TV Rejimen Ke-10, 1989 Oh mariana by hmn07

pahlawan liberasi: parti komunis malaya

Imej
PAHLAWAN LIBERASI: PARTI KOMUNIS MALAYA By hyderyjtan Beberapa hari dahulu,Malaysia meraikan “Hari Pahlawan” yang bertujuan mengenangkan “wira-wira” yang mengorbankan diri demi negara. Siapakah wira-wira beliau?tentera serta polis yang mengorbankan diri demi mempertahankan ibu pertiwi dari “ancaman gerilla komunis”,yah,bermakna komunis itu adalah jahat & mereka yang menentangnya baru berhak dijadikan wira pahlawan negara mulia ini.Perang saudara komunis itu digelar sebagai ancaman?Betulkah jika dicaci teruk macam ini,manakah bukti? Cuba kita membaca buku teks sejarah sekolah menengah,komunis itu membunuh peladang,bunuh polis,baker rumah,mengebom landasan keretapi,bunuh rakyat,jikalau semua ini adalah benar,apakah sebabnya?Tetapi kita tidak melihat sebarang pengajian ,bahkan terus dimomokan oleh kerajaan yang bergelar sebagai“patriot” sendiri. Zaman peperangan adalah pembunuhan antara dua kumpulan,siapa yang betul ataupun salah sebenarnya tidak dapat disangka.Malaysia merupa

lagi-lagi xpdc ke sukhirin

Imej
LAGI-LAGI GAMBAR XPDC KE SUKHIRIN klik tajuk bawah untuk paparan penuh Bersama Pejuang (http://lanailestari.blogspot.com) klik tajuk bawah untuk paparan penuh Berkunjung kerumah Abdullah CD.. (http://penjualubat.wordpress.com)