Catatan

ALFATIHAH BUAT KAWAN TIWI – MUALAF REJIMEN KE-10

Imej
    Kawan Tiwi (nama sebenarnya Jamroonsri Salaeh) dari  kawasan Selatan Thailand telah manghadap Illahi pada 23 Januari 2021 di rumahnya Mukim Sako (Segor) Daerah Sungai Padi dalam usia 70 tahun. Beliau seorang puteri keturunan Cina dilahirkan pada16 Februari 1951 di wilayah Betong, Yala. Pada tahun 1973 beliau ditransfer ke Rejimen Ke-10 dan ditugaskan dalam Pasukan Penggempur Ke-14 di bawah pimpinan Abu Samah Mohd Kassim. Kemudian setelah Pasukan Penggempur Ke-14 pulang ke Kawasan sempadan beliau ditugaskan pula berkhidmat di  Pasukan Penggempur Ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin. Beliau adalah salah seorang mualaf Rejimen Ke-10 yang memilih Islam dan berkahwin dengan  perajurit Rejimen Ke-10. Alfatihah buat Arwah Kawan Tiwi, Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang2 yang beriman.

ALFATIHAH UNTUK KAWAN PIAH

Imej
    Kawan Piah atau nama sebenarnya Chek Dah Hitam telah meninggal dunia pada jam 6 am, 21 November 2020.   Beliau dilahirkan pada tahun 1942, menetap di Kampung Banggol Jering, daerah Sungai Padi, Narathiwat. Beliau ikut serta dalam Rejimen Ke-10 pada penghujung tahun 60-an dan berkhidmat dalam pasukan ini sehingga perjanjian damai Hadyai ditandatangani   pada tahun 1989. Di dalam pasukan beliau bertugas dalam regu penyusun massa dan unit produksi, membekalkan makanan untuk pasukan induk Rejimen Ke-10. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah Taala.

KAWAN DAHLAN PERAJURIT KAWASAN SEMPADAN MENINGGAL DUNIA

Imej
  Hari ini, 7/9/2020 Kawan Dahlah telah menghadap Illahi pada kira2 jam 2.30 petang tadi. Kawan Dahlan atau nama sebenarnya Masae Tasa dilahirkan pada 21 Oktober 1948   di Kampung Teras, Daerah Sungai Padi, Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand. Beliau menyertai pasukan Rejimen Ke-10 pada tahun 1969. Sebelum itu beliau menyertai pasukan lasykar rakyat yang diorganais oleh regu penyusun massa Rejimen Ke10 yang bergerak cergas di kampungnya. Beliau berkhidmat di pasukan induk Rejimen Ke-10 sepanjang masa, menjadi salah seorang anggota pasukan pengawal kawan2 pimpinan. Semoga roh beliau diletakkan di kalangan orang2 yang dikasili Allah.

PERISYTIHARAN PENUBUHAN REJIMEN KE-10 TPNM

Imej
Hari ini pada 71 tahun yang lalu, tepatnya pada 21 Mei  1949 sebuah pasukan gerila Melayu Rejimen Ke-10 telah dirasmikan oleh Abdullah C.D. di hutan Kerdau, Temerloh, Pahang. Rejimen Ke-10 terdiri dari anggota PKMM, API, AWAS, Kesatuan Buruh Melayu dan lain2 yang telah diharamkan penjajah British pada bulan Jun 1948. Dalam Manifesto penubuhannya, Abdullah C.D. menyatakan bahawa: “Hari ini lembah Sungai Pahang, medan perjuangan Datok Bahaman sekali lagi menyaksikan peristiwa bersejarah, di mana  patriot2 kesuma bangsa berkumpul dan dengan satu tekad berikrar untuk meneruskan tradisi mulia perang patriotik dan perang tani dahulu kala di peringkat sejarah yang baru dan lebih tinggi bagi menyingkirkan penjajah British demi kemerdekaan penuh tanah air dan pembebasan bangsa.” “Rakyat segala bangsa khasnya kaum tani Melayu sudah pasti gembira tak terhingga menyambut saat yang dinanti2kan ini manakala penjajah British dan boneka2nya  takut dan benci bukan kepalang terhad

Dikir Revolusioner: SENANDUNGKAN PARTI NAN MILITAN

Dikir ini dinyanyikan oleh team kesenian Kompeni Ke-21 Rejimen Ke-10 TRM pada tahun 1980-an.

SELAMAT 90 TAHUN PKM

Imej
90 tahun yang lalu, iaitu pada 30 April 1930 Parti  Komunis Malaya (PKM) telah dirasmikan di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kongres yang bersejarah itu telah dirasmikan oleh Ho Chi Minh. Ia adalah parti politik yang julung kali ditububuhkan di Malaya. Titik sejarah penubuhan ini telah menandakan bahawa kesedaran masyarakat Malaya telah mencapai suatu kesedaran yang baru. Suara Revolusi Malaya (SRM) dalam rencana pengarangnya bertajuk 50 TAHUN PKM pada bulan Jun  1981 menyebut:  "PKM lahir dalam syarat sejarah berikut: Pada tahun 1917, revolusi sosialis Oktober proletar telah mencapai kemenangan yang gilang gemilang di Russia dan telah membuka zaman baru sejarah umat manusia. Di bawah bimbingan Marxisme-Leninisme, revolusi proletar di negara kapitalis dan revolusi nasional demokratik di tanah jajahan atau setengah jajahan berkembang menggelora, kekuatan imperialis telah sangat diperlemah dan dunia kapitalis mengalami krisis politik dan ekonomi yang sangat teruk. Untuk me

SELAMAT HARI WANITA PEKERJA ANTARABANGSA

Nyanyian dari perajurit wanita Rejimen Ke-10 sempena merayakan Hari Wanita Pekerja Antarabangsa pada 8 Mac 1989 MARCH GERILA WANITA Bendera merah berkibaran Sangkakala berkumandang Kami gerila wanita Betapa bangga dan gembira Kami gerila wanita Ke medan perang maju jaya Takluki   gunung harungi taufan Tak kenal sulit rela berkorban Sanggup terjun lautan api Gagah perwira serikandi Parti yang bijak pimpin kita Hati merah penuh tenaga Berani berjuang berani menang Tertempa dalam kancah perang Mara maralah Gerila wanita yang mulia Basmi musuh durjana Bertempur di medan sentiasa